Thursday, October 26, 2017

GUNUNG LEDANG VIA ASAHAN


Ini kali ke dua saya mendaki Gunung Ledang, tapi kali ini melalui Asahan, Melaka. Ia suatu pengalaman yang amat indah, pemandangan yang cantik dan trek yang mencabar.

Ia adalah 'day-pack' bermula pagi dan kembali semula petang.

Kami sampai ke lokasi pendakian agak lewat, 9.00 pagi. Melapor diri dan membuat pembayaran dimulakan dengan straching, dan pendakian bermula jam 9.20 pagi.

Laluannya ada yang landai dan ada pula yang memuncak. Saat  yang paling indah ialah mendaki batu besar berpegang pada tali. Pemandangan sungguh luar biasa.

Setelah melalui batu besar, anda boleh berehat seketika di denai air jernih dan ada tandas disediakan. Malah khemah kecil juga disedikan bagi merehatkan badan. Oleh kerana day pack, kami tidak berehat lama, terus sahaja mendaki ke puncak Ledang.

Anda akan melalui puncak pertama iaitu gunung ? (dah lupa) dan menuruni semula sebelum tiba di kemuncak Gunung Ledang.

Sebelum kemuncak, anda perlu menaiki tangga dan bergayut pada tali melalui batu besar yang memang curam. Ia satu pengalaman yang sungguh manis dan mencabar.

Tiba di kemuncak sekitar jam 12.30 pagi di puncak Ledang. Cuacanya agak panas, boleh berfoto beberapa keping sebelum terus turun semula ke bawah dan berehat seketika. Makanlah makanan yang dibawa, sebelum bergerak turun terus ke bawah.





Encik Musa guider kami, anak muda yang kental dan hebat.

 Puncak Gunung (?) puncak kedua tertinggi sebelum puncak Ledang. Kelebihan track Asahan - Ledang ialah anda berpeluang menakluki dua puncak gunung. Tetapi tidaklah anda berpeluang melalui KFC yang ada pada trek Sagil.








Akhirnya tiba ke puncak Ledang, bersebelahannya ialah puncak telekomunikasi yang tinggi, cantik menarik untuk dilihat. Anda boleh melihat hingga ke Melaka dan Segamat, jika tiada awan.



puncak telekomunikasi yang cantik dilihat dari puncak Ledang.


1 comment:

Unknown said...

assalam saya nak tau cara nak naik gunung ledang.kite nak kene daftar kt mana.sbb kami sekeluarga nak naik puncak tapi x tau camne