Padang Terap jauh terpencil di sebalik bukit bukau dan hutan rimba banat, nyaman diselimuti kabus pagi ketika menyambut kelahiran seorang bayi kecil. Tangisan bayi kecil pada awal pagi 9 September 1965 mengiringi kesakitan dan kegembiraan seorang ibu; Sofiah. Rumah kayu kecil yang selayaknya hanyalah sebuah pondok menerima insan baru, setelah seorang abang dan seorang kakak menghuni di bumbung yang sama. Pondok kayu kini tiada lagi kerana didirikan Sekolah Agama Ahmadiah (Maktab Mahmud Padang Terap), dan saya sendiri tidak pernah melihat rumah tempat kelahiran setelah berpindah ke tempat baru di belakang Pondok Padang Nyior.
Tok Bidan Esah teruja melihat bayi kecil lelaki ini yang ditumbuhi bulu-bulu janggut di bawah dagunya. Taajub. 'Mahu dia jadi orang hebat ni..' bisik Tok Bidan kepada Mak Lang Nah, kakak kepada Sofiah yang masih menahan kesakitan.
Berita kelahiran bayi kecil mula tersebar dari mulut ke mulut. Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kami, setiap kelahiran dan kematian akan diziarahi dan dilawati. Malah sakit demampun kami saling kunjung mengunjungi. Kalau kematian biasanya datang membawa beras sekepol dua, kalau kenduri kendara membawa gula dan susu, kalau kelahiran dibawanya beras mahupun duit kupang.
Kedatangan bayi baru ini menjadi tarikan tersendiri. Selain anak Tok Guru Pondok; Haji Yaakob bin Haji Jasin, orang suka hendak tengok janggut si kecil yang tumbuh tiga tompok, dari dalam perut lagi.
Janggut ini tiadalah istimewa apa-apa. Istimewanya hanyalah menimbulkan kemarahanku apabila teman sepermainan memanggilku 'Tok Janggut' dan puas saya mengejar mereka dengan buluh ditangan keliling kampung.
Showing posts with label autobiografiku. Show all posts
Showing posts with label autobiografiku. Show all posts
Wednesday, May 27, 2009
Friday, May 8, 2009
SELAMAT HARI IBU
Allah berikan hanya seorang ibu dan seorang bapa kepada kita. Biar apapun dia, bagaimanapun keadaannya, hanya mereka yang selayaknya dipanggil ibu dan bapa. Hanya setelah berkahwin adalah pula tambahan seorang ibu dan seorang bapa (atau lebih, he he)..
Jasa ibu bapa tiada penghujungnya. Bukan sekadar 'tanggungjawab' sahaja mereka membesarkan kita, malah lebih dari itu, pada kasih sayang, pengorbanan, ketulusan, kesungguhan dan tiada noktah untuk mereka memikirkan bagaimana keadaan kita sejak lahir hinggalah ke hari ini..
Allah meminjamkan kepada saya seorang ibu yang baik, yang cantik, berambut panjang, berkulit cerah, dalam tempoh enam tahun sahaja. Tempoh masa itulah; saya memanggilnya 'mak' dan dia menjawab 'ya'. Pada tanggal 11 Februari 1972 dia kembali menemui Tuhannya, sedangkan saya belum pun menghadapi peperiksaan penggal 1 di Darjah Satu.
Sebelumnya, saya selalu memanjat belakang emak dan bergurau senda. Katanya; 'Kalau mak mati, kamu hendak tinggal dengan siapa?' Pada usia sekecil saya, saya menjawab; 'Tinggal dengan makcik.' Dan itulah ketentuan Allah.. Saya tinggal dengan Mak Cik dengan asam garam kehidupan yang sukar diduga.
Kepada mereka yang masih punyai ibu, punyai bapa, ruangkanlah sedikit masa untuk menatap kedut-kedut tua yang terlukis pada wajah mereka. Ruangkanlah sedikit usaha untuk menyelami khabar berita mereka sebelum mereka kaku dibaluti kapan, sebelum mereka tergalang oleh timbunan tanah yang memisahkan kita selamanya.
Selamat hari ibu.

Wednesday, April 29, 2009
MOHD ASRI KAMIL
Ramai kawan-kawan kita semasa bersekolah dahulu. Ada yang terlalu rapat dan ada yang datang dan berlalu begitu sahaja. Rakan saya seorang ini terlalu lama tidak ketemui, hilang khabar entah di mana. Saya bersekolah sekali dengan Asri di Maktab Mahmud semasa tingkatan 1 - 3. Dia pernah tinggal di Kuala Kedah dan membawa roti untuk dijual pada setiap pagi ke sekolah, dan selalunya basnya lewat sampai dan dia akan ditahan oleh pengawas. Kami akan berebut membeli rotinya...
Semasa tingkatan 2 - 3 dia tinggal serumah dengan saya di 378 Lorong Molek, Spg Kuala, Alor Setar. Semasa Tingkatan Empat, saya berpindah ke Kolej Islam Kelang dan khabarnya entah di mana hingga kini. Saya mendapat tahu dia berpindah ke Perak (Taiping?) dan sesekali imbauan kenangan bersamanya masih segar dalam ingatan..
Di manakah si Asri?

Subscribe to:
Posts (Atom)