Monday, January 28, 2008

Kumpulan Yasin Wanita

Di Negeri Johor telah menjadi tradisi wujudnya kumpulan Yasin di taman perumahan mahupun kampung. Di Taman Yayasan, tempat saya bermastautin telah ditubuhkan juga NGO ini dengan tujuan yang satu; untuk menyatukan kaum ibu dan menjadi medan ikatan silaturahim.

Pada awal penubuhan, saya melontarkan idea kepada kaum ibu yang menziarahi kami di rumah saya. Alhamdulillah bermula 2006, wujudlah Kumpulan Yasin Wanita Taman Yayasan Fasa 2 (KYTY2) sebagai penaja. Bermula dengan 20 - 30 orang kini ia setapak maju dengan digerakkan jawatankuasa sukarela..

Semalam (27 Januari 2008) diadakan mesyuarat Agung Tahunan KYTY di rumah saya; no 12, Bistari 5/10, Taman Yayasan. Syukur saya kepada Allah atas usaha kecil kita dahulu, kini NGO mampu bergerak dengan baik.

Terima kasih kepada isteri saya, Puan Rashidah AD yang setia membantu (sebagai Setiausaha; dan kadang kala banyak juga kerjanya yang saya kena siapkan) dan berkorban untuk ummah dan agama.

Selamat berbakti.

No comments: