Monday, November 23, 2009

RINGKASAN

Lama menyepi..

Konvensyen Amalan Pengurusan Terbaik di Shah Alam; menarik dan pengalaman yang indah..
Sempat uruskan persiapan bengkel penulisan Akademik 2, UPENA di PUncak Alam dan UPENA Pusat.

18/11 Prof MKI melahirkan harapan tingginya kepada CITU untuk terus berperanan, ini yang terasa berat bahu memikul, Insya-Allah banyak perkara yang boleh dan akan kita buat.. Esp bila Us Sidek jadi Ketua Baru.. tentunya bersemangat..

19/11: Menghadiri Program Pej Agama; Tahsin Khutbah dengan PTA Segamat yang baru; Syeikh Mutalib.

Ambil result UPSR Ahmad Zaim, Alhamdulillah syukur dia peroleh 5A. (hanya 10 orang 5A Di SK Bk Hampar.
Kembali ikuti program Pej Agama hingga tengah hari

Petang meeting AJK UPENA jam 2.

Jam 3.30 Ke SK Bk Hampar; ikuti Hari KEcemerlangan sekolahnya, sebelum sempat ke bank..

Ambil poster daripada Fasiha; 18 poster utk Yayasan PEmbangunan Insan

malam, belikan hadiah-hadiah untuk zaim n atifi kpd guru-guru mrk..

20/ masuk kerja.. dan ke PD program YPI

21/ (shida n anak-anak datng ke PD), 11 malam terpaksa pulang seorang ke Segamat, buat preparation utk keesokan harinya; Program Nur Bistari Majlis PEmbangunan Wanita & Keluarga Parlimen Segamat; bagi kursus kepimpinan.. tidur jam 4

22 pelaksanaan program di atas..

malmnya, tahlil rumah En Ramli Yahaya, penghuni baru di Sgt Jaya

Friday, November 13, 2009

SATU

nombor
titik
suap
sudu
bundle
botol
hari
jam
suara

...terbaharu
Malaysia

...tak tentu
hati

Thursday, November 12, 2009

PERSATUAN PENULIS JOHOR (DAERAH SEGAMAT)

PPJ Daerah Segamat agak lama tidak bergerak, mungkin bergerak tetapi tidak dijelmakan dalam bentuk nyatanya. Sebagai usaha untuk menghidupkan kembali PPJ Daerah Segamat, kami akan adakan satu pertemuan pada 13 November 2009, jam 3.00 petang di UiTM Johor Kampus Segamat.

Tujuannya untuk menyatukan kembali ahli dan bukan ahli (yang berminat) untuk menggerakkan kembali NGO ini.

Saya harap rakan-rakan kita di luar sana dapat menghadiri majlis pertemuan ini. Datanglah untuk kita lakukan sesuatu untuk bangsa tercinta.

Tuesday, November 10, 2009

KESUNTUKAN RUANG..

November dan Disember ternyata padat.

3 Nov: MKSP/ Jamuan IID/ meeting UPENA acad writing 2pm/ taklimat Datuk Othman Jais- UMNO mlm)
4 Nov Meeting KAPT pertandingan Amalan pengurusan terbaik pd 16-17 nov
5 Jaga exam
6 paper CTU 151 n 241 masuk
7 - 8 Nov Meeting bina Modul YPI/JPM di PD
8 Nov kenduri EN Salam ke Mekah
10 Nov Taklimat JAJ di Masjid Bt Anam - Sahabat Dakwah Masjid/ meeting MaQalah 2009
11 Nov Shah Alam PRA PTK
13 Meeting PPJ Daerah Segamat - first meeting
15-17 Ke Shah Alam; KAPT jaga booth (Shida ke JB)
18 - Meeting CITU dengan Prof, PEngarah.(Shida ke JB)
19 Meeting UPENA - acad writing
20 - 22 Bengkel Bina Modul YPI/JPM di PD (pertemuan Penyair Nusantara, tak pergi)
24-26 Bengkel UPENA Jom tulis Artikel akademik, di Puncak Alam.
27 Raya haji; korban lembu 4 ekor
4 -6 Dis Bengkel Penulis Muda Johor - YWJ 2009 di UiTMJ
7 - 10 PTK 6;


List very urgent to do:

PTK; kertas renungan/ Research proposal/
dan nak sambung lagi ke...

Ya ALlah permudahkanlah urusan kami

Friday, November 6, 2009

BLOG SHIDA



Semalam Shida mula buat blog. Katanya malas nak tulis-tulis, tak ada apa yang hendak dikongsikan. Saya bantu uploadkan bahan dan foto, terbitlah blog TINTA HATIKU.

Thursday, November 5, 2009

TAXI DRIVER.. BE AWARE

SEKADAR MEMANJANGKAN MAKLUMAT/INFO

KL Taxi Driver....Girl please read this!!!!

Please take a few minutes to read this and please pass it on to every female you know and care about.. On Saturday, 4th July 2009 at 6:45pm my sister boarded a taxi at the Wangsa Maju LRT to return home. At the end of the road, the taxi driver stopped to pick up another male passenger who seemed to be going off the same direction. Well, my sister didn't suspect anything funny as they looked genuine, and he was going her direction and she was in a hurry.. Little did she suspect that she was in for a huge trauma! But when she asked the taxi driver to turn into the junction where she lives, the driver pretended to miss it and the male passenger said that since they were already nearer to his place, why not send him off first and the driver politely asked my sister if that's ok and she thought she was doing a good deed! As soon as they got to the end of the housing area next to the big walls of the Academy TV3, the male passenger, locked all the doors and
leapt to the back and held a knife at her throat and forced her to bend her head down - she had to give up her jewelry, and the $200 cash she had. Not satisfied with only that much, they threatened for more so they drove off to Maybank Jln Setapak and took out everything she had that was around 7:30pm ....The driver returned the card after clearing the account! Then they drove off to the back area of Tasik Titiwangsa and dropped her off there. Left her with only $10 and ask her to take another taxi home! My sister had to walk a long way back to the main road to get help and she is really traumatised by all these. Later at the police station we found out that she was victim #3 that same day! Let's remind everyone we know, as it could easily happen to us too or to anyone we care about.


The lesson to be learnt here:
1. always check the plate # BEFORE you board a taxi.
2. always check the other things that a taxi should have - the driver's ID, the inside number etc, etc.
3. NEVER allow the driver to pick up another passenger - No matter what! If they do, get off and just pay the man.
4. avoid taking the taxi alone, if you can.
5. be extra careful if it is after office hours.

Tuesday, November 3, 2009

DOSA SIAPA INI

Dosa siapa: Ebit G Ade

Kudengar suara jerit tangismu sesepi gunung
Kulihat bening bola matamu sesejuk gunung
Oh engkau anakku yang menanggungkan noda
Sedang engkau terlahir mestinya sebening kaca
Apa yang dapat kubanggakan
Kata maafkupun belum kau mengerti

Dosa siapa ini dosa siapa
Salah siapa ini salah siapa
Mestinya aku tak bertanya lagi

Kudengar ceria suara tawamu menikam jantung
Kulihat rona segar di pipimu segelap mendung
Oh engkau anakku yang segera tumbuh dewasa
Dengan selaksa beban mestinya sesuci bulan
Apa yang dapat kudambakan
Kata sesalku pun belum kau mengerti

Dosa siapa ini dosa siapa
Salah siapa ini salah siapa
Jawapnya ada di renung hati ini

Monday, November 2, 2009

PLAT NOMBOR KERETA & NOMBOR-NOMBOR


Plat nombor kereta membawa keindahan tersendiri. Plat nombor yang membezakan kenderaan si A dan kenderaan si B. Ada orang beranggapan, ia tidak penting; tidak membawa apa-apa makna.

Memang begitu. Tetapi perkara ini kena belajar dahulu. Ustaz Bungsu (UiTM Sabah) memperkenalkan makna nombor kepada saya, walaupun nombor itu tidak membawa apa-apa tuah. Sekadar suka-suka.

Saya menempah nombor 313 untuk Unser, tetapi tidak dapat hanya dapat 413. Kalau dapat 313, berangan untuk saya letakkan 'Ahl Badr' seiring dengan jumlah tentera Badr bersama-sama Rasulullah s.a.w. Untuk kereta kedua; saya dapat nombor 9965; iaitu tarikh lahir sendiri. Hinggalah nombor telefon peribadi begitu juga..

Biasanya kereta-kereta besar menggunakan nombor terpilih. Rakan saya akhirnya dikenal sebagai Jaafar 13; kerana motor besarnya, rumahnya.. bernombor pilihan itu. Ustazah Aisyah menggunakan 1055; saya tanya kenapa? Kerana itulah nombor yang semua familinya pakai."Kami ada 10 orang adik beradik, 5 lelaki dan 5 perempuan.' jelasnya lagi. Sahabat kita. si Ros 9696.. mungkin ada maknanya tersendiri.

Kemudian, kita baca pula pada huruf yang mengiringi plat kereta; Ada rakan kita yang pakai AGD (katanya; Aku Gadis D...., he he), kereta kancil comel di atas ni pakai JLL; maksudnya; Jangan Lambat-Lambat, Jalan Laju-Laju... Ataupun boleh dipositifkan maknanya; Jangan Laju-Laju; Jalan Lambat-Lambat... terpulanglah.. (Sori Kak Rina)

Friday, October 30, 2009

RAKAN YANG AKAN BERPINDAH




UiTM Johor meraikan mereka yang akan berpindah; Us Lokman, Us Dhiaudin, Maslinawati, Nani Shuhada, Zarina Denan dan Sdr Hisyamul. Selamat berangkat ke tempat baru..

Kami juga raikan mereka di Hotel VIP, buat high tea.. seronok berceloteh dengan Us Zaluddin dan rakan-rakan lain.. Ust Zaluddin nak jadi Pengarah UiTM Negeri Sembilan, tentunya beban tugas amat berat.. Tak apa, UiTM Johor sedia membantu.

DERMA UNTUK SEK AGAMA BULOH KASAP

Kami sedang menyiapkan sebuah bilik tambahan; bilik guru dan kakitangan. Malangnya peruntukan tidak mencukupi untuk bikinan tile dan gril serta kelengkapan lain. Kos dianggarkan dalam RM5000 sahaja.

Sesiapa yang sudi untuk menderma sebagai amal jariah, bolehlah memasukkan ke akaun berikut;

Badan Kebajikan Sekolah Agama Buloh Kasap
No Ak: 0105-0000466-71-8
Bank Muamalat Segamat, Johor.

Atau boleh hubungi saya; Ahmad Nawawi Yaakob 013-7759965 (CITU, UiTM Johor)(saya selaku Pengerusi Badan Kebajikan Sek Ag Buloh Kasap)

Sumbangan tuan puan amat dihargai.

(Mohon dipanjangkan kepada rakan-rakan kita yang lain, terima kasih)

MENCARI JIRAN.. (BANGLO UNTUK DIJUAL)


Sebuah banglo di Taman Yayasan, selorong dengan rumah saya hendak dijual.. Rumah dua tingkat penuh.

Jika berminat boleh hubungi Mrs Soh di talian 07-9316192 @ 017-7141088

Mengharapkan seorang jiran yang baik...

Wednesday, October 28, 2009

SEDEKAD PENTADBIRAN TAN SRI VC


Sedekad pentadbiran Tan Sri Dato' Sri Ibrahim Abu Shah sebagai Naib Canselor UiTM. Selayaknya beliau digelar 'Bapa Pembangunan UiTM' jika tidakpun 'Bapa Pembangunan Bumiputera Negara'.

Kami berkumpul untuk mempersembahkan sesuatu kepada seorang ketua, bapa yang kami sanjungi.. Langkah awal bermula di sini..

Doakan dipermudahkan urusan, amin..

Tuesday, October 27, 2009

KARPET BARU MASJID AS-SYAKIRIN, UiTM J


Karpet baru. Masjid UiTM Johor mendapat karpet baru yang lagi hebat, sejuk dan lembut. Hanya dahi-dahi ini sahaja yang masih enggan sujud kepada-Mu.

Wahai kaki dan tangan, langkahlah deras ke masjid menjamah karpet baru.. rugi kalau tak rasa..

YANG DATANG DAN YANG PERGI



Hari ini UiTM Johor meraikan pemergian Prof Madya Ustaz Zaluddin Sulaiman, TP HEP yang dilantik sebagai PEngarah UiTM Negeri Sembilan mulai 1 November 2009. Selama 7 tahun bertugas sebagai HEP, tentunya terlalu banyak sumbangan dan jasa yang beliau taburkan kepada universiti.

Secara peribadi, saya rakamkan penghargaan terima kasih dan sekalung tahniah di atas kepercayaan universiti kepada Ustaz. (The first ustaz become a Pengarah UiTM) Saya juga mohon kemaafan andai kata ada yang tidak kena dalam tindakan dan perbuatan kita. Selamat berjuang di tempat yang baru.. Amanah ini tentu besar ertinya kepada Ustaz dan CITU, khasnya.

TPHEP diambil alih oleh PM Abdullah, dan selamat bertugas.. DOnt worry, ramai yang sedia membantu..

Monday, October 26, 2009

MAQALAH 2009 DAN SEJAMBAK KASIH (AYAH & IBU)




MaQalah adalah buletin Unit Kualiti UiTM Johor yang sepatutnya diterbitkan setiap semester sekali, namun ia agak terlewat. Kali ini siap dicetak pada 20 Oktober lalu dan diedarkan keesokan harinya. MaQalah memaparkan perkembangan UiTM Johor termasuklah aktiviti kualiti yang menyeluruh kita masukkan. Sebagai Ketua Editor, berulang kali dibaca, namun ada juga yang tertinggal satu dua benda..

Insya-Allah MaQalah jilid 2 2009 menyusul dalam masa terdekat. Kami bertuah mendapat pencetak baru yang bagus kualitinya, murah dan mudah urusannya. Tahniah Sdr Ghazali yang masih muda menguruskan syarikat percetakan sebesar ini.


Buku 'Sejambak Kasih Untukmu Ayah' dan 'Sejambak Kasih Untukmu Ibu' adalah tugasan kelas yang saya berikan sebagai latihan kepada pelajar untuk mereka membiasakan diri dalam penulisan. Hasil buah tangan pengalaman mereka bersama-sama ibu dan ayah (dalam dua kelas) terbitlah buku ringkas seperti ini. Saya pesan kepada mereka supaya mereka sampaikan buku ini tanda kasih dan sayang kepada ibu bapa..

CERAMAH TEAM WORK DI KEMAS SEGAMAT



Pertama kali dapat masuk ke Pejabat Kemas Segamat di Gemereh ini. Puan Hjh Puspakhairani telah lama saya kenal, dan kali kedua mengenali Sdri Nur Syazarina (Ana) dan beberapa orang lagi pegawai KEMAS. Ceramah (bukan sekadar ceramah, lebih kepada latihan dan motivasi) dengan kaum ibu semuanya, amat teruja. Tetapi ternyata, mereka ini memberi respond yang amat baik.

Sengaja saya bawakan lagu tema 'Gemilang' dendangan Ella dan mereka mengikutinya dengan baik. Ingat, pada setiap orang itu, ada kebaikannya. Jangan dicela seluruhnya..

Bimbingan seperti ini ternyata lebih mendekatkan kita menghargai insan lain, berkongsi idea dan menyentuh hati ke arah perubahan sikap ke arah yang lebih baik. Saya pesan kepada kaum ibu di situ, doakan kebahagiaan kepada saya; kepada ustaz Nawawi.. dan mereka tertanya, kenapa?

Bukankah kita ini saling bersaudara, dan saudara itu tentunya saling kasih mengasihi dan doa adalah jalinan ikatan kasih sayang kita... OOO.. gitu ker..

RADEN GALOH DAN BERBASIKAL SK BATU ANAM




Hari Sabtu agak penuh dengan beberapa aktiviti. Pagi viva pelajar semester akhir bersama-sama En Khairudin dan tamat sekitar jam 11.30 pagi. Tuan Hj Hasan di TY akan menerima tetamu urusan meminang anaknya si Yatie, terpaksa saya ketepikan jemputannya kerana bertembung dengan program di Kemas sebelah petang.

Masuk ke pejabat menyediakan slide show untuk sesi ceramah/motivasi kepada guru dan petugas KEMAS Segamat; bahannya masih bertaburan dan syukur kerana punyai ruang waktu yang baik.

Azan Zohor menggerakkan saya ke Masjid Assyakirin dan Alhamdulillah dapat bertemu Raden galoh yang menyampaikan ceramahnya pada siri Wacana Intelektual di UiTMJ. Prof dan Unit Korporat (bersama-sama Raden Galoh) menantikan ketibaan rombongan murid SK Batu Anam berbasikal ke sini.

Bebarapa orang guru SK Batu Anam memang saya kenal rapat termasuklah Guru Besarnya, Cikgu Bardin Utih, Ustaz Rusdi, CIkgu Jawahir dll.. Selamat datang ke UiTM Johor.

TEATER 'SRIKANDI TANAH JAUHAR'




Jumaat petang (23 Okt) kami bertolak dengan sebuah bas ke Auditorium RTM untuk menyaksikan teater ini, tajaan DBP dan RTM di bawah seliaan Puan Rahimah Muda, seorang pengarah teater yang berbakat besar.

Perjuangan 'wanita' dalam lipatan sejarah Melayu tidak banyak diserlahkan. Tun Fatimah yang menjadi mangsa kerakusan Sultan Muzafar Shah membunuh keluarganya; Tun Mutahir. Pengaruh luar dari kalangan 'keling' (Koja Hasan) dan Portugis melemahkan lagi institusi kesultanan Melaka. Akhirnya pejuang MElayu hanya dilabelkan sebagai lanun, sedangkan penjajah itulah bertuankan bangsa kita.

Sampai bila?

Friday, October 23, 2009

GENSET (GENERATOR) PEMBEKAL LETRIK



Lori sebesar ini membekalkan kuasa elektrik kepada UiTM Johor setelah sistem pembekalan elektrik rosak. Seroang rakan TNB di TY memaklumkan alkisahnya sewaktu kunjungan raya baru-baru ini. Alat yang lama, tentulah perlu diganti dan malangnya alatan berkenaan sudah tidak wujud lagi di pasaran.. Akhirnya lori inilah yang digunakan dengan kadar sewaan yang agak tinggi.

Apabila aircond sudah tidak berfungsi, komputer di bilik kuliah dan pejabat tidak dapat diguna, mulalah gelabah satu dunia. Dan amat kasihan kepada pelajar asrama yang bergelap panas beberapa waktu. Luahan mereka terserlah dalam beberapa blog.

(Syukurilah nikmat Allah; itu yang penting..)

Thursday, October 22, 2009


INVENTION, INNOVATION & DESIGN UITMJ 2009: MODUL PENDEKATAN i





Bebekalkan 'Model Pendekatan i' kami (Nor Haniza dan Mazlyda) menyertai IID UiTMJohor. Kesuntukan masa bukan alasan, semuanya bikin beres,terutamanya Hany dan Maz yang memang cekap dan cepat.

Pameran berjalan lancar dan ramai juga mereka yang datang. Boleh juga saya berceloteh itu dan ini.. Pengalaman pertama menyertai IID seumpamanya. Syukur kerana saya dapat menyampaikan sesuatu kepada pengunjung; berkongsi mesej dakwah dan keagamaan utk kita hayati.

Tahniah dan terima kasih kepada penganjur. Saya hanya AJK Protokol di bawah Pn Ogy.. best kerja dengan Ogy ni,lancar gitu.

SASTERAWAN NEGARA KE 10


Tahniah Dato' Dr Anwar Ridhwan di atas pemilihan beliau sebagai Sasterawan Negara. Kami bertuah kerana dijemput menghadiri majlis penganugerahan berkenaan pada 20 Okt lalu; Mr Lee, Hj Amin, dan Zailani turut hadir di Golden Palace Hotel Sri Kembangan.

UPENA pernah membawa Dato' Anwar ke Pulau Aur, menaiki bot nelayan selama 4 jam untuk berkongsi pengalaman dalam penulisan. Dato' nampak tenang dan kami amat terharu di atas kesudian Dato' menyertai kami.

Setelah itu, banyak kali pula kami bertemu Dato' dalam berbagai program kesusasteraan negara. Sekalung tahniah kepada Dato' atas anugerah ini. Kami berbangga dan gembira.

(Ramai penulis yang dapat kami temui pada malam itu teramsuklah Zaharah Nawawi, Nisah Haron, Mahaya, Hatta Azad Khan, Zakaria dll)

Tuesday, October 20, 2009

SEJAMBAK KASIH UNTUKMU IBU


Kami sedang beruasah keras bagi menyiapkan buku kecil ini sebagai kenangan buat ibu, dan yang penting kenangan buat kelas D2B3. Inilah sidang editornya; Husna, Syuhada dan Hafezah Aizan.

MAJLIS PERTUNANGAN UST SALMAH


Hari Ahad 18 Okt lalu Ustazah Salmah menikahkan anak lelakinya dan menerima pertunangan anak perempuannya serentak. Majlis pertunangan dilangsungkan sebelah petang, dan rombongannya dikatakan dari Semenyih tetapi yang datang rupanya orang Batu Pahat dan orang Jementah jua..

Dunia ini sempit rupanya.. sepusing sepusat jua hendaknya. Tn Haji Roslan pun hadir sama memeriahkan majlis.

(Petangnya ke rumah Sasai)

SAMBAL TAUN KULIT (BELULANG) LEMBU



Masakan tradisi Jawa. Kulit lembu diproses (dibakar, dibersihkan dan direndam)dimasak lemak dengan lengkuas muda dan cili (yang tidak dipotong), dinamakan taun kerana boleh dimakan setahun lamanya, kalau tidak basi...

Saya kagum dengan kesungguhan Tn Haji Dalail (Selancar 2)yang bersusah payah untuk menyediakan masakan warisan ini pada majlis kenduri perkahwinan anaknya Sabtu lalu. Enam ekor kulit lembu dimasak untuk majlis sebesar itu, dan tentu mereka yang biasa dengan masakan ini akan teruja benar, termasuklah Shida. (Siap dibekalkan sedikit untuk kami...) Dan saya terfikir, tentunya orang Kedah, Kelantan dan Terengganu akan berasa pelik dengan makanan seperti ini..

(Jadual Sabtu agak padat; kenduri En Ghani di Teluk Kelubi, open house CIkgu Muzafar dan Cikgu Arifin, Ustazah Norizan Jementah, dan En Roslani Bt Anam, dan terakhir malamnya di Us Kamarulzaman. Malam pening kepala kepanasan..)

Tiada patah
hanya kata
entah
dimanetah
reti

(catatan oleh anak-anak dan pelajar-pelajar...)

Monday, October 19, 2009

TOT FINISHING SCHOOL PROGRAM



13 - 14 Oktober lalu kami berkesempatan mengikuti program ini sebagai persiapan dan persediaan bagi menjayakan program pelajar yang akan tamat hujung semester ini. Pembimbingnya ialah Cik Azizah M Ibrahim, ratingnya ok je lah..

Nampak gaya kami kena kursus sekali lagi untuk lebih mantapkan silibus dan games (simulasi) dalam LDK yang akan dibawa nanti.. Programya 5 hari tau dari 16 - 20 Nov 2009.

JAMUAN RAYA CITU



Ringkas dan bersahaja. Yang penting kita ada makan-makan dan jumpa-jumpa.

Friday, October 16, 2009

INVENTION, INNOVATION & DESIGN (IID 2009) UiTM JOHOR

Dah satu lagi projek dan program akademik yang julung kali diadakan di UiTM Johor. Projek Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri yang diketuai Pn Azizah Aris mendapat penyertaan amat menggalakkan. Difahamkan sekitar 60 penyertaan melibatkan sebahagian besar warga pendidik UiTM Johor. Tahniah.

Dan hari ini kami baru siapkan satu rangka utk IID juga... Diharapkan idea kami akan menjuarai IID 2009 dan mengalahkan peserta yang hebat-hebat.. Eewah, berangan la tu. Dengar khabar, Prof pun masuk juga, ada 4 lagi tu..

Kak Zah dah berangan nak ke Geniva, bukan setakat Shah Alam sahaja. Cita-cita mesti tinggi.

OK selamat berIID untuk UiTM Johor.

Wednesday, October 14, 2009

HANIS ZALIKHA


Dia adalah pelajar saya yang baru dikenal. Pada awal semester, tidaklah dikenal siapa pelajar ini.. Saya memberikan tugasan aasigment kepadanya tentang blog sebagai medium dakwah.

Selanjutnya ada pula projek menghasilkan buku kecil berjudul Sejambak Kasih buatmu Ayah/Deddy.. Semua tugasan siap dan saya kira OK dengan tugasan yang diberi. Malah buku itu cepat dapat diedarkan kepada kelas mereka.

Hanya setelah semua projek siap, baharulah saya kenal dan diperkenalkan dengan pelajar ini.. Seorang pelakon dan modeling juga. Blognya diikuti lebih 2700 follower yang tentunya menjadi medan 'dakwah' yang baik untuk dicanangkan. Akhirnya, banyak yang saya belajar daripadanya dan terima kasih atas bantuan yang diberi.

Semoga dia beroleh kecemerlangan dalam hidup dan tentunya harapan kita untuk melihatnya sebagai agen perubah yang baik dan berkesan dalam bidang yang diceburinya.

Tuesday, October 13, 2009

PELAJAR DAN PEMBENTANGAN 2






Tidak dinafikan, ada yang merungut apabila tajuk assigmentnya seakan susah dan sukar, namun setelah dibantu dan diberikan panduan, ternyata mereka gembira membikinkan sesuatu yang baru dalam diari pembelajaran mereka.

Belajar bukan hanya di dalam kelas, belajar yang lebih utama ialah belajar untuk mengenal kehidupan, menghargai dan menyumbang kepada masyarakat. Itu yang semakin terhakis dalam kehidupan pelajar masa kini. Entah kenapa?

PELAJAR DAN PEMBENTANGAN






Kelazimannya, pelajar perlu menyiapkan tugasan assigment dan pembentangan dalam setiap kelas CTU. Kebanyakan pelajar, saya tugaskan mereka membuat penyelidikan sama ada dalam bentuk tinjauan, soal selidik, pemerhatian mahupun berbentuk kualitatif. Kajian seperti ini telah mendedahkan mereka kepada aspek penyelidikan sebenar walaupun banyak yang masih tidak betul dan tidak tepat. Namun ia usaha awal.

Apabila soal selidik dibuat, lazimnya saya meminta mereka menggunakan perisian SPSS dan terpaksalah saya ajarkan (pandukan) mereka di pejabat. Banyak perkara yang tentunya mereka belajar; belajar berkomunikasi dengan orang lain, belajar mencari bahan, belajar perisian komputer dan berbagai lagi.

Tajuk-tajuk assigment yang berbentuk semasa ternyata lebih menarik untuk didengar dan diamati. Malah ia lebih hampir dan memberi kesan kepada penyelidik mahupun pendengar (pada sesi pembentangan). Terharu apabila ada yang bertemu manusia peleseran di pusat bandar, menyelami masalah dan kepedihan hidup mereka. Semuanya sebagai iktibar kepada kita, semoga anak-anak didikku menjadi insan penilai, pemaaf, penyabar dan bersyukur dengan limpahan nikmat Allah.

Monday, October 12, 2009

SEORANG TUA YANG KUTEMUI



Marhaban di TY belum berakhir. Malam tadi (11/10) ke rumah Azuar dan Wak Redza. Selanjutnya ke rumah Din Spring dan Rasyid; berakhir di rumah Hamdan dan CIkgu Juwahir. Shida dan Nuha ikut serta. Makanan berlebihan.. yalah, kalau nak makanpun banyak mana sangat...

Kisah orang tua...

Saya solat Jumaat lalu di Masjid Teluk Kemang dengan sesaknya orang ramai berkempen. Khutbah si khatib muda dan doanya begitu baik, suaranya nyaring dan bersemangat. Ketika melangkah keluar, seorang tua menyapa dan bersalaman dengan saya.

Bertanya asal dari mana dan dia mendoakan kesejahteraan bersama-sama. Terlintas untuk saya bertanya, kenapa dalam ramai jemaah, Tuan Haji Jamil Salim, 72 berasal dri Batu Pahat, memilih saya untuk menyapa... Kita kan berkelana, bermusafir menuju Allah.

Dan selamat bermusafir wahai kelanaku.

KOMPANG MASUK PENTAS




Berlatih sekian lama, akhirnya Sabtu (10/10) kumpulan kompang rakan muda Al-Muhajirin dijemput ke majlis kenduri Tn Hj Jaafar Maskor (raja motor besar), bagi mengiringi pengantin.

Dua hari mereka berlatih bersungguh-sungguh dan ternyata persembahan mereka tidak menghampakan. Tahniah. Kelihatan si Ah Beng juga turut serta dalam team ini. (jadi 1Malaysia).

Dan hari ini (10/10) adalah ulang tahun Atifi yang ke 10 tahun. Tahniah anakku si debab.. (yang pakai baju merah tu...)

NIKAH DAN TUNANG



Apabila ahli kariah mahu bernikah dan bertunang, biasanya kami adakan majlis. Kali ini pernikahan Nora anak En Sudin Yahya (Din Spring) ditemukan jodoh dengan Yusri dari Selancar 2.

Sementara itu, Puan Sharifah Kalthom melangsungkan pertunangan anaknya; Faharana dengan Mohd Fadil dari Kedah. Kami menjadi tuan rumah dan Kak Pah adalah jiran terdekat kami.

Gamaknya orang Kedah pelik apabila majlis pertunangan diadakan besar-besaran seperti ini. Itulah, lain padang lain belalangnya.

SEMINAR PEMBANGUNAN INSAN: YPI





Kursus ini berlangsung di Hotel Selesa Port Dickson, serentak dengan demam pilihanraya kecil DUN Sungai Pinang. Ia dijayakan sebuah konsultan Fitrah Perkasa yang pada saya sekadar ceramah baisa-biasa sahaja hanya ditambah power point presentaion sahaja.

Namun ada yang menariknya dengan sentuhan Us Mohd Nasib Zawawi yang lahir dari amalan dan ketulusannya berkongsi ilmu dan amal kepada peserta. Program tiga hari dua malam lebih mengajar soal solat, misi dan halatuju seorang muslim.

Hanya ceramah-ceramah biasa...

PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG




Kebetulan menghadiri Kursus anjuran Yayasan Pembangunan Insan, JPM di Hotel Selesa, PD pada 9 - 11 Okt, serentak dengan pilihanraya kecil Bagan Pinang. Begitu meriah sepanduk dan ramainya manusia berkampung di Port Dickson bagi menyokong kedua belah parti.

Ternyata DS Isa Samad masih diperlukan penduduk setempat walaupun gerakan PAS bukan calang-calang berhadapan jentera kerajaan yang begitu besar. Cumanya sampai bila orang Melayu akan bertuhankan parti politik; sedangkan parti itu hanyalah wasilah untuk mencapai matlamat lebih besar; REDHA ALLAH. Kenapa perlu mencaci cela (oleh kedua belah pihak) semata-mata untuk menunjukkan kehebatan diri?

(Saya impikan kempen pilihanraya dengan kedua-dua calonnya berdiri di atas stage yang sama, berhadapan audion yang sama untuk menyatakan pendirian masing-masing. Tapi sampai bila?

Catatan: MCA; Persidangan Agung Luar Biasanya memecat Soi Lek dan Ong Tee Kiat;MCA dapat Presiden baru Liow Tiong Lai? Parti berteraskan bangsa India - Magal Sakti dilancarkan DS Najib menjadi pesaing terdekat MIC,

NGE QUI YIN, 52

Seorang wanita Cina ini mungkin tiada terkenal untuk diperkenalkan pada dunia. Namun saya (dan kami) di Taman Yayasan mengenali dan menghargai keberadaannya. Dia seroang yang rajin menolong majlis-majlis kenduri kendara di sini, malah banyak aktiviti di surau, dia turut membantu.

Dia rajin mengemas, membasuh pinggan mangkuk, menyapu sampah (dan kadang kala karpet di beranda surau) juga dibersihkannya. Malam-malam Jumaat biasanya dia datang menghidangkan makanan kepada jemaah dan menyelesaikan cucian pinggan mangkuk ketika kami sedang solat Isyak. Datangnya tidak berajak,ia sukarela. (Imbuhannya sedikit surau hulurkan RM... dan botol kertas terbuang dikutipnya untuk dijual).

Pada majlis kenduri kendara juga wanita ini datang membantu, dan dia akan menukarkan pakaiannya berbaju kebaya pendek untuk menyesuaikan diri dengan majlis. Dia pernah berkata kepada saya; "Kalau awak buat kenduri kawin nanti, saya mahu tolong awak.."

Itulah kisahnya seorang wanita Cina yang mengutip tin, botol dan membersihkan klinik Hidayah dan berbagai kerja lagi untuk menampung keluarga. Kami yang kenal dengannya, timbul rasa kasih dan seronok bergurau itu ini.

Dan pada 7 Oktober lalu, dia dikatakan jatuh di bus stop di Taman Yayasan dan meninggal dunia. Malam Jumaat lalu setelah mendapat berita, kami datang menziarahinya. Beberapa jemaah surau hadir termasuklah CIkgu Ramlee, Hj Khalid, Husin, Wan Zul dan ramai lagi memberi penghormatan terakhir.

Inilah pengalaman pertama saya menziarahi jenazah orang Cina. Adatnya seorang anak akan duduk di laluan masuk ke keranda, dan saya kena menjemputnya berdiri untuk memohon kebenaran melihat jenazah. Ketika kami menatap wajah si mati, anak perempuannya memberitahu (bercerita) kepada jenazah tentang kedatangan kami menziarahinya.

Ramai yang menghulurkan sumbangan kepada keluarga berkenaan.

Wednesday, October 7, 2009

AIDIL FITRI DI UiTM JOHOR

Hari ini UiTM Johor mengadakan jamuan Aidil Fitri dengan diundang pesara-pesara dan ketua jabatan daerah. Jamuan raya seperti ini amat penting diadakan bagi memupuk semangat kekitaan dan cintakan organisasi di samping menjadi ruang (dan peluang) berhubung dengan agensi luar.

Ucapan Prof ringkas seringkas-ringkasnya; selamat hari raya....dan pelbagai jaudah disediakan oleh jabatan-jabatan.

MARHABAN DI RUMAH





Malam tadi kami menerima tetamu yang agak ramai dari Surau Al-Muhajirin, jiran dan rakan-rakan sekolah Shida. Ruang rumah penuh jemaah beraya dan marhaban. Sebelumnya kami bermarhaban di rumah Sdr Faizul. Malam ini dua rumah sahaja, berbanding malam sebelumnya sembilan buah rumah.

Menu utama nasi ayam ditempah daripada En Idris; Shida masak bihun sup asam, agar-agar dan ketupat palas. Ketupat palas begitu sinonim dengan kami, bagaikan kemestian pula jadinya. (Tidur dua jam utk siapkan cucuk ketupat, sebelumnya...).

Makan-makan bukanlah keutamaan, ziarah dan bermaafan menjadi pati pada mulianya Syawal. Gembira amat apabila ramai yang datang dan menghulurkan salam kemaafan, erat berhubung bagaikan sebuah keluarga yang besar. Ketulusan rakan-rakan bersalaman menyuntik benih syukur dan kasih kepada mereka.

Kawan-kawan Shida berbual panjang termasuklah Pengetuanya, Puan Hajah Zainab dan kami terasa keakraban pada tali ukhuwah ini. Semoga Allah merahmati kita semua.

Berkemas hingga awal pagi..

Tuesday, October 6, 2009

HARISHA

Nama ini sedap sekali disebut, meruntun hati yang laram. Nama ini datang dan bermain dalam mimpi dan realiti. Betul. Betul ia datang..

Rupanya ia sejenis makanan berasaskan quaqer oat yang diadun bersama ayam ataupun daging. Daging dan ayamnya dihancurkan dan jadilah rupanya seperti wajik...Mungkin dikukus sebelum dimakan bersama sedikit madu dan cili. Rasanya sedap, tetapi malang tak sempat nak ambil gambar..

Itulah Harisha yang dirindui dan dikasihi.. Kagen bangat gitu...

PENGUNJUNG..

Ada apa pada nombor, pada angka? Angka adalah perlambangan kepada pencapaian sesuatu, kayu ukur menentukan keberhasilan atau tidak. "Awak dapat nombor berapa", Awak dapat berapa A?' adalah soalan harian yang menjawab soal angka.

Angka juga menjadi hitungan Allah. Allah menimbang amalan manusia berbaki baik atau buruk pada hari akhirat. Angka yang Allah tampilkan tidak berpaksi kepada angka semata-mata, malah pada niat dan ketulusan di sebalik angka berkenaan. Tidaklah Allah kisahkan si fulan mengerjakan solat tawarih 20 rakaat atau 8 rakaat sahaja, sedangkan ketulusan dan niat tidak bersama-sama. Amat malang pula kiranya angka itu kosong dan niat serta ketulusan tiada terkesan sama sekali.

Angka amat penting untuk dijaga, angka amat penting ketika Allah menilai kita pada setiap hari... (Ya Allah, takutnya dengan kealpaan diri).

Angka-angka pengunjung blog (pada purata 50 pelayar setiap hari)...

9 September 2009, Wednesday 90
10 September 2009, Thursday 81
11 September 2009, Friday 84
12 September 2009, Saturday 27
13 September 2009, Sunday 15
14 September 2009, Monday 50
15 September 2009, Tuesday 114
16 September 2009, Wednesday 71
17 September 2009, Thursday 21
18 September 2009, Friday 21
19 September 2009, Saturday 15
20 September 2009, Sunday 9
21 September 2009, Monday 22
22 September 2009, Tuesday 7
23 September 2009, Wednesday 15
24 September 2009, Thursday 32
25 September 2009, Friday 21
26 September 2009, Saturday 35
27 September 2009, Sunday 19
28 September 2009, Monday 45
29 September 2009, Tuesday 68
30 September 2009, Wednesday 60
1 October 2009, Thursday 38
2 October 2009, Friday 57
3 October 2009, Saturday 25
4 October 2009, Sunday 26
5 October 2009, Monday 73
6 October 2009, Tuesday 8
Total 1,149

Monday, October 5, 2009

KUNTUMAN ROS


Bunga ros (mawar) memang cantik dijadikan hiasan laman. Saya bukanlah penggemar bunga-bungaan namun beberapa pokok bunga ditanam Shida keliling rumah mencuit rasa hati untuk menatapi keindahan alam ciptaan Allah.

Ini kuntuman ros putih (nak hadiahkan utk ros kut) dan bunga bendi bersekali.. he he

KUIH LOMPAT TIKAM


Ia sejenis kuih tradisional yang dipercayai berasal dari Terengganu (?). DIbuat daripada tepung beras dan berkuahkan santan yang dicampur gula melaka. Rasanya sedap dan enak sekali. Amat sesuai untuk orang dewasa ataupun kanak-kanak sebabnya lembut dan senang ditelan begitu sahaja.

Sudah dua kali Ayahanda Hj Khalid buat kuih ini dan diberikan kepada kami. Terima kasih ayahanda dan bonda, walaupun kami anakanda ni selalu lupakan bonda dan ayahanda..

MAIN PONDOK-PONDOK


Sewaktu kecil dahulu, selalu kami bermain pondok-pondok. Kami tebang kayu-kayu hutan yang panjang dan pendek untuk dibuat tiang, halang, rasuk dan lantai. Atap biasanya daun palas dianyam ataupun ambil sahaja daun rembia dianyam dengan batang bemban bersulamkan buluh.

Bukan sekadar pondok-pondok, malah masak memasak juga diadakan di dalam pondok. Kami kreatif mencipta berbagai jenis mainan dan memanfaatkan kemahiran ini untuk hidup berdikari. (Mungkin anak-anak hari ini tidak banyak pengalaman seperti ini, sayangnya).

Nostalgia pondok kini menjalar ke rumah-rumah taman dan banglo. Maka pondok pun didirikan tapi dengan belanja dan pertukangan upahan yang tiada melibatkan kemahiran kendiri lagi.. Tapi itupun dinamakan pondok-pondok juga. (Saya dilahir dan dibesarkan di dalam pondok, betul-betul pondok; pondok pengajian.

NASI AYAM MUSTAFA GEMAS DI TY



Akhirnya dia berjaya membuka cawangannya di Segamat setelah bekas stafnya terlebih dahulu 'mencuri' resepi dan membuka cawangan di Taman Yayasan. Kedua-duanya nasi ayam Gemas. Tuan Hj Mustafa mungkin terbatas jangkauan perniagaannya, tidak nampak peluang yang perlu direbut, namun ia bukanlah terlalu lewat untuk melangkah lebih jauh.

Kami dijemput pada majlis pembukaan Ahad lalu, 4 Okt)

Tahniah kepada beliau yang masih setia memotong ayamnya dengan kunjungan tetamu yang ramai. (Saya pernah meminta PUan Noraini pelajar PLK membuat assigment ttg perniagaan beliau, dan banyak perkara yang dimaklumi ttg perniagaannya). Semoga beliau berjaya melangkah jauh.

CERAMAH DAN SAMBUTAN AIDIL FITRI KEMAS 2



Sekali lagi saya dijemput menyampaikan ceramah pada majlis Kemas, dan Kemas Buloh Kasap (gabungan BK, Tandong, TY dll) berhimpun di dewan Kolej Komuniti YPJ. Bersama ibu bapa dan anak-anak tadika tentunya tidak terkawal suasana. Namun ceramah saya diterusakn juga dalam situasi yang sebegitu dan semoga ada yang Allah bukakan hidayah untuk kita bersama-sama.

Kenalan; Cik Nor Shazarina Abd Majid (Penyelia Perhub Parliman Kemas Sgt), Pn Raihan Yusuf (jln Pemuda), Pn ROsita Mustafa (Pengarah KK YPJ SGT), Us Hj Hanafi YPJ, cikgu Maspiah Kemas TY)

SOLAT HAJAT PMR SMK SK



NYDP PIBG kena hadir apabila YDP tiada. majlis dirasmikan Pegawai Pelajaran Daerah, En Yasiran dan saya mengimamkan solat hajat sebelum solat Asar disempurnakan. Kadang kala banyak benda yang dibuat tanpa terduga, dan kita menyempurnakan majlis seadanya.

Anak-anak PMR, do your best!

BERBASIKAL JELAJAH MALAYSIA



Team berbasikal jelajah Malaysia semperna sedekat pentadbiran VC UiTM bermula pada Jumaat lalu (2 Okt). Tahniah atas usaha baik seperti ini, dan tentunya kami nak tulis sedikit ttg Tan Sri VC...

CERAMAH KEIBUBAPAAN KEMAS 1


Kemas Zon Gemereh (gabungan Kemas Bomba, Gudang Garam, Berata, Firdaus dan Gemereh) mengadakan majlis Aidil Fitri dan ceramah keibubapaan. Saya dijemput berceramah bersama-sama ibu bapa di sana. Menarik walaupun riuh rendah dengan anak-anak tadika, mereka teruja menyaksikan slid show yang saya bentangkan..

Semoga mendapat manfaat kepada semua.

Kenalan baru; Pn Azizah (MC)Pn Norpawazi Shamsuri (Penyelia Pra Sek Kemas), Tn Hj Muda Langsing (Pengerusi Kemas Gudang Garam/ bp mertu En Ahmad Kamil UiTM, Norzailawati Saundi (TBR)

Friday, October 2, 2009

GEMPA DAN GEMPAR

Samoa bergegar Selasa lalu dengan kematian 149 (direkodkan), Padang, Sumatera pula bergegar Rabu lalu mengorbankan hampir 1000 nyawa. Sebahagian lagi kemusnahan oleh fenomena alam yang Allah turunkan kepada manusia. Setiap kali bencana tiba, tangisan, kekesalan, keperitan dan kepedihan yang dilangsungkan pula oleh kemiskinan meramas keselesaan manusia.

Kemusnahan alam tidak akan berakhir, ia berpanjangan sehinggalah 'kemusnahan besar' ketika tiba masanya kelak. Saat kehancuran pastinya akan tiba, sama ada kita suka atau tidak, bersedia atau tidak, endah atau tidak... semuanya pasti datang dan 'kita kembali kepada Allah'.

Bencana berurutan seperti ini tidakkah lagi mengkhabarkan akan kemusnahan yang bakal menyusul? Bencana seperti ini tidakkah lagi menginsafi manusia yang melihat, manusia yang terlibat dan manusia yang mengerti? Sampai bila lagi manusia akan kembali kepada Tuhan, kembali mentaati-Nya biar susah mahupun senang.

Tuesday, September 29, 2009

PERSIDANGAN ANTARABANGSA BAHASA MELAYU BAHASA DUNIA

Rakaman foto yang paling berharga untuk menggambarkan kesediaan 'orang besar' bersama rakyat. Kami terharu atas kesudian YAB MB Johor, Datuk Haji Abd Ghani Othman meraikan perserta Persidangan.


Kemeriahan raya masih terasa namun orang YWJ, UM, DBP, UPSI bertungkus lumus menjayakan persidangan besar ini. Besar pada makna dan besar pada perjuangan bangsa.

Sebagai peserta, saya turut gembira menyertai persidangan untuk menduniakan bahasa Melayu yang suatu ketika dahulu ia adalah lingua franca di rantau ini; hingga ke persada China dan Tanah Arab. Kenapa mahu meminggirkan bahasa sendiri, bukankah bahasa itu jiwa bangsa?

MARHABAN DAN AKIKAH DI RUMAH AYAHANDA


Sabtu malam Ahad diadakan majlis marhaban dan berzanji meraikan akikah Batrisya dan Adam (cucu En Ghani dan cucu Ayahanda Hj Khalid, anaknya Suhaimi). Masakannya sungguh sedap, terutamanya masak manis kambing. (Sam dan Talib memang hebat, tau)

Dua ekor kambing dikorbankan dan sambutan meriah juga walaupun pada minggu pertama beraya. Maklumlah ramai yang belum pulang lagi dari kampung halaman.

Ayahanda dan Bonda nampak ceria walaupun sebenarnya mereka tidaklah segagah mana..

FERI PULAU PINANG




Dua hari beraya di kampung tidak cukup ruang untuk bersua semua saudara mara. Hanya yang terpilih dan terbiasa sahaja kami jengah. Kak Nab hampir hilang daya ingatan, Mak Ngah Timah masih sihat tetapi tidak lagi tinggal di Pondok, Kak Chah yang menjaganya.

Kami berpakat tiga beradik untuk menginap di Hotel Naza Pulau Pinang bersama anak-anak. Seronoknya bersama-sama keluarga.. amat pilu hendak berpisah dengan abang/kakak dan anak-anak tersayang…

Pulangnya kami menaiki feri, pengalaman pertama kepada anak-anak, kasihan.

Singgah di Sungai Nibung sebentar (5 petang) dan bertolak pulang ke Segamat jam 8 malam (tiba jam 1 pagi).

CUCU SAUDARA


Kami mempunyai ramai cucu dan cicit saudara. Raya kali ini seorang lagi cucu saudara memeriahkan suasana..

KUALA NERANG MENGGAMIT MEMORI



Abang Sanusi

Bapa dan emak menakan masih sihat. Pak Su Man dan Mak Long Hawa makin terhad langkahnya, namun sapaan dan keseronokan mereka menyambut kami pulang, amat mengharukan.

Rumah Kampung berwajah baru. Setiap tahun pulang beraya pasti ada perubahan yang Abang Sanusi buat. kali ini tembok baru siap gagah berdiri menyerikan banglonya.

Rumah pusaka arwah ayah dan emak tidak didiami sesiapa. Ia sepi dan terbiar begitu. Abang Sanusi dan anak-anak mereka yang menjaga rumah warisan ini. Mahu kami wakafkan kepada penghuni pondok yang mahu menjaganya, namun tiada lagi yang sesuai untuk dipilih.

Terima kasih kepada Abang Sanusi dan Abang Johari yang bersusah payah selama ini. We love you all… love our family.

BERAYA DI KAMPUNG BT 23, SG NIBUNG SEKINCHAN





Kami pulang ke kampung selepas solat tarawih terakhir dan sampai di sana sekitar jam 4 pagi. Bersahur dan solat Subuh sebelum mengkadakan tidur... he he, menantu malas ni...

Ketupat pulut daun palas menjadi kewajipan saya menyediakannya, dan yang lain itu, emak dan Shida yang buat..

Abah kurus sangat, dah tak lalu makan. Asyik makan maggie jer... Emak ok... Syukur.

Solat raya dengan khutbah kerajaan negeri Selangor lain sikit rentaknya, namun semuanya selaras dengan keperluan syarak kita. Baraan sempat saya ikut pada sesi petang sahaja. Orang lama dah tak ada, terkenangkan Pak Sidang Hj Rusni yang baik orangnya. Pak Sidang baru; Haji Dawam macam tak nak campur baraan pula.. itu kurang baik dari segi dakwah dan masyarakat..
Semoga komuniti Jawa di Bt 23 akan terus harmoni dalam segala aspek.

LANGSIR RAYA


SHIDA memang pakar menjahit langsir. Hampir semua langsir dan sketing di SMK Seri Kenangan, Segamat termasuklah di surau sekolahnya, adalah buah tangan Shida. Dalam sibuk-sibuk itulah yang menjadi sebahagian sumber tambahan di samping amal jariah kepada pihak berkenaan. Seronok apabila melihat langsir baru di Surau An-Nur SMKSK yang cantik dan berseri..
Rakan-rakan yang tahu juga menempah daripadanya. Namun bukan seminggu boleh siap langsirnya, ada yang sampai setahun, kalau tidak dipaksa-paksa (oleh pelanggan). Dan saya yang menghadapinya hari-hari terasa amat berat dan tidak sanggup...

"Hai, lagi-lagi langsir!!!"

Dan langsir di rumah kami ini (foto) disiapkan dalam masa 4 jam sahaja... Dari pagi hingga jam 12.00 dua hari sebelum raya!

JUALAN DAGING AIDIL FITRI



Dalam tempoh 2 jam habis semua daging tempahan jualan Koperasi Masjid Al-Muhajirin dijual. Syukur kerana usaha murni seperti ini dapat membantu jemaah dan masyarakat sekitar. Malah ramai lagi yang bertanyakan masih berbaki atau tidak...

Alhamdulillah kita telah nampak jalannya bagaimana mahu berniaga, semoga sedikit sebanyak ekonomi umat Islam terpelihara. (Nak jaga iman dan nak jaga amal bukan senang).

DRIVER KOLEJ ISLAM KELANG


Penghujung Ramadan lalu, surau dikunjungi jemaah tabligh selama tiga malam. Salah seorang jemaahnya yang diamati memang kenal orangnya; Sdr Abdul Rahman bekas (pencen) driver di KIK dahulu. Luahannya pada harta wakaf KIK yang banyak jatuh ke tangan orang lain mengharukan rasa dan tanggungjawab. Terlalu banyak harta wakaf daripada keturunan Sultan Selangor, kerajaan Brunei yang hilang entah ke mana...
Ketabahan Sdr Abd Rahman berdakwah mengkagumkan kita. Semoga usaha dakwahnya dimanfaatkan orang ramai.

Monday, September 21, 2009

SALAM LEBARAN

Beraya bersama anak-anak di Sungai Nibung memang meriah. Menghadapi masyarakat Jawa dengan tradisi baraan dan ucapan halus mereka memang susah untuk saya hadapi suatu waktu dahulu. Namun kini, ia sudah jadi kelaziman pula.

Namun teks ucapan 'mohon maaf' dalam bahasa Jawa tidak saya ingati sampai kini. Saya akhirnya menulis nota khas bagi mengucapkan kalimah keramat ini, tertutamanya bila bertemu wak-wak (emak saudara) dan embah-embah (nenek).

Dan inilah kalimah keramatnya; 'Kuluputanku seng okeh-okeh nyalok ngapiro'; maka dijawabnya pula; 'bodo-bodo' (sama-sama) (Bukannya bodoh tau.. he he)

Petang ini mahu bertolak pulang ke Kedah pula..

Selamat hari raya untuk semua.

Thursday, September 17, 2009

TADARUS RAKAN MUDA


Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya anjurkan program ini pada penghujung minggu Ramadan khas untuk rakan muda. Kali ini program berlangsung dari 16 - 17 Sept 09 dengan 41 orang peserta remaja yang terlibat. Syukur.
Saya hanya meminta setiap kumpulan (7 - 8 kumpulan) membaca juzuk 30 sahaja dan terserlah keupayaan mereka membacanya. Apa yang penting ialah penglibatan remaja dalam aktiviti seperti ini, kita menyediakan ruang dan peluang untuk mereka mengambil bahagian.
Selain itu, kita juga sediakan duit raya kepada peserta terlibat... Surau kami amat bertuah kerana pengurusannya memahami nilai wang untuk diguna, nilai wang untuk dimanfaatkan kepada ahli jemaah. (Ada masjid yang simpan duit banyak-banyak tetapi tidak digunakan, rugi).

Wednesday, September 16, 2009

KHATAM AL-QURAN DI UiTMJ








Majlis khatam petang kelmarin (15 Sept) meriah terasa. Adunan jubah putih yang dipakai menampakkan keseragaman ahli tadarus yang terdiri dari kumpulan pelajar (lelaki dan perempuan), staf pentdbiran wanita, pensyarah wanita dan staf lelaki..

Prof dalam ucapannya mengingatkan keupayaan kita berpuasa genap sebulan, tetapi kenapa kelangsungan puasa pada tidak dapat diteruskan pada bulan-bulan lain. Allah hendak menguji kita... Dan sentiasanya Allah menguji hamba-hamba-Nya agar mereka sentiasa beringat.

Tuesday, September 15, 2009

LAGU RAYA TAHUN INI

Banyak lagu raya yang mencuri hati pendengar termasuklah lagu M. Nasir (Suatu hari di hari raya) dan lagu Anuar & Elyana. Lagu lama masih juga menjadi hiasan pada kegembiraan menyambut Syawal.

Bergurau dengan anak-anak, kami cipta sebuah lagu raya dengan rentak dan melodi lagu M. Nasir (Suatu hari di hari raya).. beginilah lebih kurang seni katanya;

Suatu hari di hari raya
dua hari di jalan raya
tiga hari di lebuh raya
empat hari dah jadi hantu raya
oh mengapa?...


he he.. jangan mare..

SALAM AIDIL FITRI: MAAF ZAHIR DAN BATIN

SALAM AIDIL FITRI buat semua pelayar blog dan rakan muslimin muslimat. Kesempatan ini saya mohon kemaafan atas kekhilafan dan kelalaian semasa kita berhubung, semoga kemaafan daripada kalian akan menjernihkan jiwa kita pada hari mulia ini.

Buat baik berpada-pada
buat jahat jangan sekali
mohon maaf segala ada
pada hari mulia aidil fitri

Buah jambu buah ciku
minta mak nak duit saku

Jalan-jalan ke Kuala Nerang
singgah sebentar di Pekan Selasa
rakan dan taulan bersama riang
salam dihulur juadah dirasa

Monday, September 14, 2009

RAKAN TADARUS UiTM




Bertadarus banyak kelebihannya. Dalam banyak kali kita membaca al-Quran, rupanya masih banyak ayat atau kalimah yang 'semacam baru pertama kali' kita bertemu. Itulah ajaibnya al-Quran. Bertadarus membenarkan saling tegur menegur, memperbetulkan bacaan di samping menghayati bacaan rakan-rakan yang sedap (dan ada juga yang sekadarnya).

Apa yang penting ialah kesediaan untuk membaca bersama rakan-rakan tidak kira kedudukan apa dan jawatan apa. Semuanya nampak selesa untuk menegur dan membantu. Subhanallah, alangkah beruntungnya dalam organisasi seperti ini wujud di UiTMJ dan ambillah iktibar dari resam kita bertadarus.. Saling tegur menegur tanpa mengambil kisah, dengan hati yang terbuka menerimanya.
(Mengenangkan keseronokan ini, terasa amat sayang hendak meninggalkan Ramadan)
Esok akan diadakan majlis khatam al-Quran peringkat UiTMJ yang akan bermula pada jam 5.30 petang. Kepada rakan dan pelajar, dijemput memeriahkan majlis. Tentunya best.

KHATAM AL-QURAN DAN IFTAR




Sabtu lalu (11 Sept) Surau Al-Muhajirin mengadakan majlis Khatam Al-Quran dan iftar. Persiapan rewang memasak bermula dari awal pagi. Istimewanya kali ini 50 ekor itik sumbangan Haji Husin untuk dimasak. Itik-itik itu ditangkap dan disembelih sendiri oleh jemaah sebelum diproses (buang bulu, bersihkan) dengan sempurna.

Ramai yang kaget kerana itulah pengalaman pertama memproses itik, termasuklah saya. Itik dimasak rendang, sedap juga rasanya dengan perencah dan ramuan yang lengkap, santan pekat berkilat.

Hidangan lain, rebung lemak daging, ayam kicap, ulaman dan cencaluk. Memang berbaloi.

Makan dan majlis tidaklah sehebat mana, apa yang lebih hebat ialah inilah ruang untuk ahli jemaah bergotong royong, bersatu dalam menjayakan program, berkenal mesra sesama kita dan semuanya dibuat untuk mendekatkan diri kepada Allah dan masyarakat.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang membantu dan menjayakan majlis berkenaa. Alhamdulillah, sambutannya meriah dan ramai yang hadir.

BILA CINTA BERBISIK

Bila cinta berbisik
derap kauthar
ulit
pada YM, Facebook
hampeh lagi SMS
ayat pelangi
anyam
anyam dengan hati
(dan ruh kudus)
cintaku tak akan padam!
sekian
kesian

Friday, September 11, 2009

MERIAM BULUH DAN HIASAN RAYA



Tiba-tiba muncul meriam buluh, lemang dan hiasan indah di Lobi Bangunan Pentadbiran UiTMJ memeriahkan suasana raya. Nostalgia betul apabila melihat meriam buluh yang betul-betul boleh dimainkan, boleh berfungsi. Rasanya kalau tak takut pengawal marah, boleh kami beli 'carbait' dan meletup satu dua bunyi untuk waktu berbuka mahupun waktu sahur... Amacam, jom kita main..
Sewaktu kecil dahulu selalu kami main meriam tanah kerana ia lebih senang dibuat. Busut (pungsu) berhampiran surau memang sesuai ditebuk lubang dan dihala ke arah orang ramai yang berjemaah. Bunyinya berdentum dentam, tapi kami tak berani nak main sehinggalah jemaah selesai bertarawih ataupun petang-petang menunggu waktu berbuka. Kawan-kawan di pondok ramai yang pakar-pakar buat meriam tanah.

KHATAM AL-QURAN

Tadarus berjalan di sepanjang Ramadan. Di Surau Al-Muhajirin diadakan selepas tarawih dan selepas Subuh. DI UiTM, setiap hari jam 8 pagi di Pejabat Pentadbiran (lelaki), Bilik Seminar (wanita), jam 12 kumpulan pensyarah wanita (di BM CITU), dan jemaah lelaki selepas Zohor di Masjid. Saya sempat ikut sana sikit, sini sikit.

Tadarus menemukan kita dengan rakan-rakan baru, membaca dan membetulkan salah silap sebutan dan bacaan. Seronok dengan ketulusan dan keikhlasan sahabat saling membantu.

Kini Majlis Khatam pula diatur. Di Surau Al-Muhajirin akan diadakan pada 12 Sept (Sabtu) bermula jam 5.30 petang hingga waktu berbuka puasa. Jemaah dan orang ramai dijemput hadir dengan menu istimewa rebung masak lemak bersama perut (babat), masak kicap itik dan lain-lain.

Masjid As-Syakirin UiTM diadakan pada 15 September (Selasa) yang tentunya meriah dengan kehadiran staf dan warga setempat.

Mengenangkan semua ini, terasa begitu istimewanya Ramadan, begitu sayangnya mahu meninggalkan Ramadan yang berbaki hanya 9 hari sahaja lagi.

Ya Allah rahmatilah kami, ampunilah dosa kami dan permudahkan urusan kami di dunia mahupun di akhirat.

Thursday, September 10, 2009

10 TERAKHIR RAMADAN

Pantas. Amat pantas masa berlalu dan kini Ramadan berada pada sesi penghujungnya. 10 hari terakhir Ramadan bermula malam ini dengan tidak kita sedari tika amalnya masih kurus dan luluh.

Tentunya kita berazam untuk mendapatkan Ramadan yang terbaik, mendapatkan Lailatul Qadar yang terbaik seperti dijanjikan Allah kepada hamba-hamba-Nya. Bagi kita memburu Lailatul Qadr, usah difokuskan pada malam tertentu sahaja, malah seeloknya pada setiap malam dengan pelbagai amal ibadah selayaknya.

Ada petua tertentu yang meramalkan malam Lailatul Qadr; berdasarkan tarikh awal puasa. Oleh kerana puasa kita bermula pada hari Sabtu, dikatakan malam lailatul qadr pada malam 23.. Wallahuaklam...

Panjangkan doa keberkatan untuk semua rakan bloger kita

Wednesday, September 9, 2009

ANAK YATIM



Menjaga dan mengasihi anak yatim antara amalan dan suruhan agama. Ramai anak yatim sebenarnya yang ada di keliling kelalang kita, sama ada kehilangan bapa atau ibu dan kedua-duanya. Anak-anak yatim (tidak semestinya miskin) perlu diberi sedikit perhatian dan empati yang tinggi, kerana mereka kehilangan sesuatu dalam hidup mereka.

Saya dulu juga anak yatim; pada usia tujuh tahun (21 Feb 1972) emak pergi selepas seminggu dikesan sakit perut (yang entah apa penyakitnya) dan pada usia 13 tahun ayah pula dijemput Allah secara tiba-tiba. Sejak itu, saya sedar tingginya langit yang hendak dijunjung, luasnya bumi hendak diteroka. Namun bersyukur dengan kudrat Mak Cik (ibu tiri) dan abang-abang yang membantu, kelangsungan pelajaran dan pendidikan dapat diteruskan. Seringnya saya berdoa semoga Allah limpahkan rezeki dan kemudahan untuk belajar. Dan saat mendapat berita melayakkan diri ke Kolej Islam Kelang adalah saat yang amat indah dan penuh bermakna.

Bersyukur kerana saya mendapat tempat terbaik untuk belajar, bersyukur kerana kebergantungan kepada keluarga semakin berkurang dan banyak peluang dan ruang tentunya untuk terus melangkah jauh.
Namun saya sedar, terlalu banyak masyarakat setempat yang membantu kami untuk berjaya. Saya secara peribadi terhutang budi kepada makcik-makcik dan atuk-atuk, Pak Teh (terutamanya), petani-petani dan orang kampung seluruhnya yang membekalkan wang saku, ada yang menyerahkan zakat padi, ada yang bersedekah itu ini semata-mata untuk kami belajar.

Saya dibesarkan oleh masyarakat dan tentunya akan kembali kepada masyarakat untuk berbakti.
"Ya Allah, Kau ampunilah seluruh insan yang pernah membantu kami baik kecil mahupun besar, Kau lapangkanlah kubur mereka sebagai taman-taman syurga.."
*Sebahagian anak-anak yatim yang diraikan oleh PEWANI di Masjid As-Syakirin baru-baru ini.

Tuesday, September 8, 2009

CANTIK



Berwajah baru dan cantik kelihatan. Kolej Taming Sari kelihatan ceria dengan pilihan warna terang.

Paparan khat yang mendamaikan (jiwa dan mata) yang memandang.

090909

Esok tarikh 090909 menjelma.. tarikh ini amat cantik dan hanya muncul 10 tahun sekali... dan genaplah usia hamba Allah ini pada tanggal berkenaan 44 tahun.. happy bday to me

UPSR ZAIM BERMULA

Peperiksaan UPSR hari ini bermula hingga 10 Sept dan Ahmad Zaim Adli, anak ke tiga kami terlibat sama. Doakan kejayaan dia, berjaya dengan cemerlang hendaknya.

Thursday, September 3, 2009

KHAT CANTIK



Kerja menulis khat di cermin rumah bermula selepas Maghrib. Sentuhan tangan Nur Hasan seorang hafiz tentunya lebih bermakna pada setiap kalimah yang dicoretkan. Kerjanya teliti dan kehalusan seni tangannya menyerlah dan menarik sekali.

Saya berterawih 8 rakaat sebelum pulang melihat tugasan mereka yang masih belum siap.
Jam 9.45 menghadiri meeting surau; meeting untuk Majlis Berbuka Puasa dan Khatam Al-Quran pada 12 September nanti dan program koperasi surau; jualan daging lembu sempena hari raya..

Pulang ke rumah jam 11.15; tulisan khat masih belum siap dan sentuhan akhirnya tamat jam 11.30 malam. Bihun sup mengiringi juadah akhir mereka sebelum pulang. Terima kasih Sdr Nur Hasan, Drs Saiful Anuar, Imam (?) dan ... yang menambahkan keceriaan pada rumah kami.

Kami memilih ayat dari al-Furqan ayat 74 suntingan doa semoga Allah anugerahkan kepada kita isteri dan anak-anak yang menyejukkan mata, menjadikan pemimpin kalangan mereka yang bertakwa.. Amin.

KERETAPI TERGELINCIR


Macam manalah keretapi ini boleh tergelincir? nasib baik tiada yang meninggal. Sempat juga menjengah sekejab di Batu Anam melihatkan kelibat keretapi tergelincir. Dan si Ibrahim mendapat satu perkataan baru; TERGELINCIR; walaupun sebutannya kurang tepat..

Wednesday, September 2, 2009

AKHIRNYA CUTI SEM SEKOLAH

Selamat Hari Merdeka ke 52 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hari ini berakhirnya seminggu anak-anak bercuti di rumah. Puas dipujuk Afif untuk dipotong rambutnya, dan pagi ini dia menyerahkan kepada abahnya untuk dikemaskan rambut tebal cacak. Nampak makin hensem si Afif ni. Risau pula.

Kami menghantarnya ke MRSM Jasin lebih awal kerana petang nanti ada urusan lain. Selamat belajar wahai anakku...

Petangnya pula kami menghantar Ain ke SMK Seri Kenangan, juga lebih awal. Team Seri Hijrah yang melukis khat di dinding perpustakaan SMKSK hampir siap. Ayat-ayat khatnya cantik ditulis, dan lebih manis apabila pelukis khatnya bukan calang kepalang. Abu Hasan seorang hafiz yang belajar di Thailand, Saipul pula lulusan master pengajian Islam. Dan dua orang lagi graduasi pasentren Indonesia. Semuanya dari Indon tetapi telah lama menetap dan mencari rezeki di sini.
Petang/malam ini mereka berjanji akan menyiapkan khat di rumah kami pula.. Tunggu. (Majlis berbuka puasa bersama Pengarah di UiTM terpaksa menguzurkan diri).

Tuesday, September 1, 2009

ANAK BURUNG LAYANG-LAYANG

Anak burung layang-layang ini cacat. Biarpun bulunya telah penuh namun dia tidak boleh terbang. Puncanya ia pernah terjatuh dari sarangnya di hadapan pintu rumah. Cicipannya setiap hari menyebabkan kami mengambilnya dari sarang dan melihat dari dekat. Ternyata ia tidak boleh terbang.

Hendak menjaganya juga tidaklah kami mampu, melainkan memulangkan kembali ke sarangnya di atas siling rumah. Wahai ibu burung, kau jagalah sendiri anakmu ini...

AH BENG MASUK TEAM KOMPANG


Ah Beng anak jiran Cina sebelah rumah lama berkawan dan bermain di rumah kami. Hanya pada minggu ini, baharulah dia datang ke rumah untuk menyertai team kompang. Walaupun tidak ramai yang hadir (11 orang) namun latihan berjalan lancar dijayakan oleh mereka sendiri. Hud dan Fahmi boleh menjadi ketua di samping Muhaimin dan Zaim.

Saya sertai dengan tazkirah; bacaan hadis untuk iktibar dan asuhan anak-anak. Semoga sedikit amalan yang kita lakukan, akan mendapat faedahnya besar suatu masa kelak, Insya-Allah.

BAJU RAYA

Petang Sabtu kami anak beranak ke Bandar Utama membelikan baju raya untuk anak-anak. Pusing dua tiga kali, jumpa itu dan ini dan melaburlah sedikit di sana sini pakaian anak-anak. Nuha dapat dua pasang baju, yang lain sehelai sahaja... Sedikit juadah berbuka dibeli sebelum pulang jam 5.30 ptg.

Membazir itu amalan syaitan, tapi kalau tak beli tak adalah pula baju baru yang hendak digembirai anak-anak menjelang Syawal. Belilah asal berpada.

MAKIN PARAH, MAKIN BERCELARU

Lama juga saya tidak berkesempatan menulis. Dan terlalu lama saya tidak membuat sebarang ulasan berkaitan politik dan polimik semasa. Isu Kartika, pilihanraya Permatang Pasir, krisis MCA, Adun Terengganu dan berbagai isu lain yang didiamkan. Malas memikirkan terlalu banyak yang tidak kena dan serba tidak kena dengan kehendak semasa.

Pakatan BN semacam menanti saat kehancuran jika tidak diselesaikan secepat mungkin. Kelangsungan Samy Vellu sebagai Presiden terlama adalah bebanan kepada parti dan kehancuran kepada BN. Sedar atau sengaja tidak mahu sedar, sifat rakus kepimpinan SV memakan diri sendiri dan memusnahkan rakan sekongsi. Kenapa BN dan UMNO tidak mahu campur tangan dalam hal ini. Kenapa perlu dibiarkan 'bebanan' ini berterusan yang merosakkan BN jua.

MCA lebih banyak pertelingkahan dalaman; Ong Tee Kiat tidak suka kepada Chua Soi Lek; biarpun CSL telah dimaafkan pengikutnya, malah melantiknya sebagai ke dua parti. Apabila gergasi bergaduh, maka banyaklah isu-isu besar dihemburkan termasuklah isu bangunan Port Klang itu. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa sering sahaja dikaitkan dalam apa jua isu.

Kadang kala berpegang pada prinsip; jangan campuri urusan parti kompenan tidak boleh dibiarkan kerana ia menggugat kekuatan parti induk. Mana yang boleh dicantas, mana yang boleh dimusnahkan, eloklah diambil tindakan segera. Biar rakyat nampak ketulusan dan keseriusan kita dalam menegakkan kebenaran dan keadilan.

Thursday, August 27, 2009

SEJAMBAK KASIH UNTUKMU AYAH

IDEA. Idea anugerah Tuhan terbesar kepada hamba-Nya. Saya masuk mengajar ke kelas 1, 2, 3 dan seterusnya. Berbagai pendekatan saya gunakan untuk menarik minat pelajar belajar, sapaan dan sentuhan yang kadang kala menjadi dan kadang kala sepi. Tapi itu semua adalah ikhitiar kita untuk menyampaikan sesuatu yang 'bermakna' kepada pelajar yang menjadi amanah kita.

Masuk ke kelas B4, saya mendapat idea untuk mengumpul rentetan pengalaman pelajar yang mereka lalui bersama-sama bapa/daddy masing-masing. Saya meminta seorang pelajar yang pada pemerhatian saya, dia rajin menulis dan tahu menulis untuk mengepalai projek ini. Syukur kerana Hanis Zulaikha memang berkebolehan menulis dan tahu membuat editan dengan baik.

Akhirnya manuskrip 'Sejambak Kasih Untukmu Ayah' terkumpul dan siap untuk dicetak. Cetakan awal mungkin tidak secantik mana, tetapi saya harap ia amat bermakna kepada anak-anak di kelas berkenaan dan tentunya sama-sama menghargai insan yang bernama AYAH!

Tuesday, August 25, 2009

PROGRAM ANAK ANGKAT PENGARAH

Prof mengambil inisiatif sendiri bagi membantu pelajar yang tidak pandai membaca al-Quran. Pelajar dikumpulkan dan diagihkan kepada para ustaz/pembimbing bagi membantu mereka membaca al-Quran. Kelmarin (24 Ogos) dilancarkan majlis yang mulia ini walaupun Prof nampak kurang sihat.

Dulu-dulu dalam kelas memang saya pernah pelawa pelajar yang mahu belajar al-Quran. Ada yang menyahut namun sahutan mereka tidak kekal lama atas pelbagai alasan, sibuk dan tak sempat! Hanya beberapa kerat sahaja yang mengambil manfaat daripada kawujudan 'ustaz/ustazah' di Uitm. Kenapa jadi begitu?

Saya mendapat seorang anak angkat untuk dibimbing; Mohd Syamim. Semoga usaha kecil seperti ini akan membawa keberkatan kepada kita yang mengajar dan yang menganjur.

Monday, August 24, 2009

JUMAAT SEBELUM PUASA

Hari ini agak sibuk; saya menguruskan tahlil ringkas di Kelab Pensyarah dan membawa sedikit juadah nasi lemak ayam. Diikuti pula majlis perasmian tadarus al-Quran staf yang disempurnakan Prof Dr Hj Muhd Kamil. Majlis tadarus nampak menarik dan terkesan kerana baca beramai-ramai.

Ucapan Prof tersentuh apabila disebut nama Tn Hj Razali dan berbuka apa sahaja yang Imam Azrul buat... dan poligami... he he.. tak tau apa citernya...

IMAM TARAWIH LAJU



Giliran saya mengimamkan solat tarawih malam tadi di surau TY. Kebetulan pula YB Datok Othman Jais dan rombongan (En Ahmad Zaidi Sajidan, Penghulu BK, Tn Hj Ali Ketua Kampung BK1, dll) datang berziarah.
Komen Shida, terawih laju sangat dan jemaah wanita ketinggalan... Subhanallah. Selepas ini, kena perlahan sikit pergerakan antara rukun-rukunnya. Selamat berterawih kepada semua.

KUNTUMAN KUNING



Pelbagai pokok hiasan di pinggir jalan, baik yang besar mahupun kecil. Sesekali tiba waktunya berbunga, cantik amat lanskap diamati. Kuntuman bunga kuning ini menenggelamkan hijau daunnya. Sepanjang laluan di Jalan Kapar - Meru keindahan panorama ini terserlah.

IKAN BELACAK



Sejenis ikan yang hidup di gigi air laut, hinggap di kayu bakau mahupun batu-batu. Rupanya seakan berudu tetapi sukar hendak ditangkap. Warnanya sama seperti batu singgahan..

BERPUASA DI SG NIBUNG, SEKINCHAN





Tidak sedar semacam routin pula, menyambut puasa setiap tahun di Sungai Nibung. Jumaat (21 Ogos), setelah menjemput Afif di Tangkak, kami pulang ke Sekinchan. Solat Maghrib di hentian Dengkil bertemu Tn Hj Roslan. Lama juga tidak bertemu beliau, seorang bekas guru yang amat menghormati orang lain, itu kelebihan yang saya kagumi padanya.

Sepatutnya kami tiba lebih awal, tetapi kemalangan di Kuala Selangor telah menarik waktu sejam lebih terperangkap. Tiga empat kenderaan yang terlibat dan nampak teruk kemalangannya. Tiba di rumah jam 10.30 malam sebelum makan-makan, dan tarawaih hanya di hujung mata yang kuyu.

SOLAT HAJAT DAN CERAMAH DADAH

Khamis malam Jumaat lalu (20 Ogos) gabungan Sek Keb Buloh Kasap, Sek Men Buloh Kasap dan Sek Agama Buloh Kasap mengadakan program solat hajat peperiksaan dan ceramah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Sambutan menggalakkan dan saya bertugas sebagai pengacara majlis. Ia sempena 100 tahun SK BK dengan kerjasama pihak Masjid Buloh Kasap dan JKKK-nya.
Ceramah AADK yang disampaikan En Naharudin Nawawi (anak saya tu..) Ketua Pegawai AADK Segamat, amat menarik dan terasa bertapa maklumat seperti ini perlu diketahui semua pihak. Saya berangan mahu membawanya masuk ke UiTM, terutamanya kepada pelajar baru, dan pelajar lama juga. Cegah dadah sebelum parah.

CENDAWAN


Malas aku jengah lagi
sperma padam
racun rumpai
sampah dan sumpah

Malas aku jengah
hadir tak punya makna
biar hujan mencurah
peduli aku

Tulah pada keramat
'bagai cendawan tumbuh pada musim hujan'
Luluh lupus.

Friday, August 21, 2009

SELAMAT DATANG RAMADAN DAN SELAMAT BERPUASA

Ahlan wa sahlan ya Ramadan. Ramadan kembali berteduh merafakkan limpah ramhmatnya kepada kita. Ramadan membawa seribu keberkatan, keelokan dan keindahan untuk kita bersama-sama menyempurnakan ibadah puasa dan ibadah sunat yang lain.

Ramadan terlalu istimewa untuk kita hayati; ia adalah bulan yang lebih baik daripada 1000 bulan, pada bulan ini diturunkan al-Quran, bulan ini dilimpahi rahmat dan keampunan Allah kepada mereka yang mahu kembali. Maka apakah lagi kemuliaan yang hendak dicari, selain daripada kita menyempurnakan amal ibadah sebaik mungkin.

Bulan ini bukannya bulan pesta-pestaan untuk makan-makan, untuk berbelanja lebih, mahupun untuk memperbaharui langsir, sofa, kereta dsb. Ia adalah bulan untuk tumpuan ibadah seharian. Fokus pada ibadah puasa, fokus pada ibadah tarawih, qiamullail dan tadarus al-Quran. Itulah yang sebaiknya untuk kita hayati bersama.

Kepada rakan-rakan blog, saya mohon ampun dan maaf atas kealpaan dan kesalahan saya selama kita berinteraksi di mana jua. Salam Ramadan untuk semua. Doakan untuk kebaikan bersama..

Thursday, August 20, 2009

ABDUL HADI INDON





Dia adalah insan biasa dari Indonesia yang berhijrah mencari rezeki di bumi bertuah Malaysiaku ini. Lebih lima tahun dia berjejak ke sana sini, dipergunakan majikannya atas alasan mencari rezeki, namun dengan sikapnya yang baik, ringan tulang, selalu ke surau dan mudah membuat itu dan ini tanpa disuruh, menjadikan dia lebih dikenali daripada rakan-rakan Indon lain. Dia juga sering menjadi bilal dengan suaranya yang lunak dan menyentuh.

Saya mengambilnya sebagai rakan dan kawan, sahabat dan saudara. Pernah dia membantu saya menanam sawit, meracun, mengecat rumah dan berbagai kerja sampingan yang termampu dibuat. Kehadirannya di Taman Yayasan memberi kesan (dan sumbangan) besar kepada kami. Dalam majlis kenduri kendara, program di surau, banyak yang melibatkan hamba Allah bernama Hadi ini. Soal cat mengecat memang kepakaran beliau dan hingga malam tadi, saat-saat terakhir berada di Malaysia, masih juga berkesempatan mengecat besi khemah dan pagar surau.

Hari ini dia kembali ke Indon dengan seribu kenangan pastinya. Malam tadi lama kami berpelukan, dia tidak tertahan sebaknya menghargai persahabatan yang terjalin. Kami sekeluarga sempat membawanya makan malam dan menghadiahi sehelai kain buat Yanti, isterinya yang ditinggalkan beberapa waktu.

Untukmu Hadi, ambillah pengalaman di sini untuk kau bina hidup baru di tanah kelahiranmu. Jagalah agamamu, jagalah masyarakatmu dan jagalah keluargamu. Jadilah pemimpin kalangan umatmu di sana. Pertemuan kita, Allah yang tentukan dan perpisahan ini juga Dia yang takdirkan. Salam perpisahan dan semoga Allah memberkati persahabatan ini buat selamanya.
(Abdul Hadi Marhudin, 34. Desa Gunung Sugi, Kacamatan Salem, Kabupaten Berabes, 52275 Jawa Tengah)

(SMS Hadi malam tadi; Malam ini tak bisa pejamkan mata. Jiwaku kan jauh dari insan yang bermakna dalam hidupku. kasih sayangmu kan ku kenang sampai akhir hidupku, Allah sj yg mampu membalasnya, Ustad sihat selalu. 20/8/09; 12:26)

Wednesday, August 19, 2009

SEK KEB BUKIT HAMPAR SEGAMAT

Jam 11 tadi saya dijemput menyampaikan ceramah/motivasi kepada calon UPSR. Berbaki 20 hari sahaja lagi UPSR menjelang, rata-rata murid nampak bersedia dan berharap untuk cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Anak-anak perlu disentuh, diberikan sedikit nilai dan keinsafan untuk mereka sedar bahawa 'mencipta kejayaan itu' amat penting. Peluang dan ruang yang Allah berikan perlu direbut sebaik mungkin, kerana kita tidak pernah pasti bilakah masa detik kita akan berakhir.

Kepada anak-anak yang bakal mengambil peperiksaan, didoakan semoga semuanya berjaya termasuklah anak saya; Ahmad Za'im Adli. Do your best for ummah.

Tuesday, August 18, 2009

DAN AKHIRNYA TERMETRAILAH


Dan akhirnya setelah bergosip dan berbagai penafian serta lingkaran isu yang berserakan, mereka disatukan atas nama cinta.. Ramai yang mendoakan pasangan ini, dan termakbullah doanya. Amacam, ada yang teruja?

MESYUARAT JKKK & SEKOLAH-SEKOLAH BULOH KASAP

Malam tadi meeting ini dijalankan di Masjid Buloh Kasap bagi menjayakan Majlis Solat Hajat, Yasin dan ceramah AADK pada 20 Ogos (Khamis) ini. Tok Ali, Ketua Kampung mempengerusikan meeting bagi menggabungkan SK BK, SMK BK, dan Sek Agama BK hasil kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Segamat dan Komuniti Setempat.

Saya ditugaskan menjadi juru acara dalam majlis kelak..

Orang kita perlu dimajliskan, diprogramkan barulah mereka bergerak (bersolat, bertahlil, berceramah), jika tidak barangkali susah sendirian hendak lakukannya. Diharapkan tidak begitu.

PERIHAL ANAK-ANAK

Anak-anak adalah nikmat dan ujian daripada Allah, anugerah yang tiada ternilai pada perkongsian hidup sehari-harian. Perihal anak-anak tiada penghujungnya pada setiap detik dilalui. Ada sahaja ceritera dan alkisah yang mereka lakukan setiap hari.

Anak-anak sentiasa baik pada pandangan ibu bapa. Biar bagaimanapun nilai dan perlakuan, sentiasalah ibu bapa memandangnya molek dan baik. Namun rasional dalam kita menangani isu anak-anak adalah amat perlu dan penting. Ada masanya kita bergaul mesra dan mereka membantu itu ini dalam urusan harian. Ada masanya pula mereka melakukan kesilapan, dan kesilapan itu perlu diperbetulkan setegasnya.

Atifi semalam kena rotan kerana mengambil duit umminya, Zaim pandai mencari idea yang diada-adakan untuk mendapatkan duit 'tambahan', dan Ain pula sengaja menyorokkan pen drive umminya, Nuha pula mengambil barangan kawan... Aduh, beratnya terasa ujian seperti ini. Memang saya 'tangani' hal ini seadanya dalam keluh kesah dan rasa bertanggungjawab mendidik mereka.

Banyak perkara perlu dimuhasabah lagi, terutamanya kita sebagai ibu bapa...

Monday, August 17, 2009

YASINAN DAN KOMPANG





Ahad (16 Ogos) agak kalut di rumah kami. Paginya latihan kompang anak-anak dibimbing En Ghani. Saya hanya sempat menyediakan sedikit sarapan untuk mereka, sibuk ke pasar membeli itu dan ini. En Ghani memperkenalkan pula angklung kepada anak-anak kompang.. meriah jadinya.

Petangnya pula majlis Yasinan Wanita KYTY2 bermula jam 2.30 petang. Kami sekeluarga memasak, termasuklah Ibrahim, Nuha, Atifi dan Zaim. Masakan utama mi kari, sedikit bubur jagung/ dan agar-agar. Air sirap limau sahaja. Dalam pada itu, saya ke UiTM mendapatkan bahan untuk ceramah 'puasa' yang akan disampaikan kepada mereka.

Alhamdulillah nampak ramai wanita yang hadir (60 orang ada kut) dan majlis yasin berjalan lancar. Ayahanda Hj Khalid dan Bonda turut hadir dan terharu apabila Puan Hjh Zainab, Pengetua SMK SK juga hadir sama.. siap basuh pinggan lagi...)

(Bersyukur dengan kewujudan KYTY2 telah berjaya menyatukan kaum ibu di TY 2, ada aktiviti yasinan, marhaban dan kendarat. Dan yang paling penting mereka kenal sesama mereka dan berpanjanganlah interaksi kemasyarakatan di TY dalam usia 3 tahun..)

SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA


BPJI berjaya menganjurkan seminar berkenaan pada Sabtu 15 Ogos bermula dari jam 8.30 - 1.00 tengah hari. Dua penceramah jemputan iaitu Puan Azizah Abdullah (Pengurus Jbt Konsumer & Amalan Pasaran, Bank Negara Malaysia) dan En Mohd Fairuz Mohd Kapi (Ketua Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) Wilaayah Johor (Bank Negara).

Walaupun sambutan kurang menggalakkan, namun informasi yang dikemukakan amat berfaedah kepada peserta. Soal mengurus kewangan bukanlah mudah. Beban perbelanjaan yang kian meningkat, sedangkan pendapatan terhad telah menghambat pengguna dalam belengu hutang. Hutang yang keterlaluan terutamanya dalam penggunaan kad kredit, telah memufliskan ramai pengguna.

Di sini perlunya pengguna bijak mengurus kewangan sendiri, merancang perbelanjaan dengan baik dan teratur.

Beberapa perkara perlu difikirkan dalam perancangan ini;

-Kadar simpanan/tabungan antara 5 - 10 % daripada pendapatan bulanan (its a must)
-Menyimpan dahulu baru berbelanja (bukan berbelanja dahulu dan mengharapkan lebihan baru mahu menyimpan)
-Menyimpan sejak mula bekerja/ sedari awal kerana keuntungannya lebih besar
-Merancang membeli kenderaan (1 - 3 tahun berkerjaya)
-1 - 5 tahun untuk membeli rumah sendiri (jangan kerja sampai tua, rumah masih tak ada)
- 5 - 10 tahun untuk menunaikan haji (lebih baik haji muda, lebih bertenaga)
- pelaburan dalam skim yang halal dan dipercayai; jangan sesekali terlibat dalam skim cepat kaya
- Jauhi sama sekali berhutang dengan along
-Berbelanja mengikut kemampuan dan utamakan KEPERLUAN daripada KEHENDAK

Dan banyak lagi yang perlu difikirkan dalam soal kita menguruskan kewangan keluarga, kerana kegagalan mengawal kewangan adalah punca keruntuhan rumah tangga dan kebejatan sosial.

UGRAD: PENEMPATAN PELAJAR DI INDUSTRI

BPJI pada Jumaat lalu (2.45 - 5.30 petang) mengadakan taklimat kepada pelajar part 5 - 6 berkaitan dengan penempatan kerjaya dan latihan industri. Dewan penuh sesak dan majlis berjalan dengan lancar walaupun hujan lebat pada lewat petang.

Masalah utama pelajar sekarang ialah kemampuan mereka dalam soft skill terutamanya;
-kepimpinan diri
-komunikasi (BI dan BM)
-keyakinan diri
-maklumat semasa (isu semasa yang tidak pernah diambil tahu pelajar)
-keterampilan peribadi yang lemah
-writing skill; surat rasmi, penggunaan bahasa,
-adab dan perlakuan
-komitmen terhadap kerjaya

Wah banyak yang perlu dibereskan untuk melahirkan kualiti insan seperti ini. Dan ia sebahagiannya adalah tugas kita sebagai pensyarah.

Saturday, August 15, 2009

KHUTBAH JUMAAT; H1N1

Giliran saya berkhutbah dan mengimamkan solat Jumaat kelmarin di TY. Saya mencari beberapa bahan maklumat ttg H1N1 untuk dikhutbahkan, dan kebetulan pula pihak Jabatan Agama juga menyediakan teks khutbah tajuk yang sama. Kombinasi maklumat dijalinkan sebagai info kepada jemaah dan yang pastinya ialah kaedah pencegahan dan amalan preventif yang perlu dijaga.

Bahan tentang H1N1 akhirnya dapat saya bukukan untuk dibaca bersama (dan ramai yang mengambilnya untuk difotostat).

Khutbah berjalan baik dan doa pada khutbah kedua menyentuh hati yang tiba-tiba Allah ilhamkan doa; Ahhamumma anta as-Salam, waminka as-salam... doa yang selalu dibaca selepas solat; dan doa itu amat menyentuh rasa. Semoga Allah memakbulkan doa kami yang hina dina ini.

Selepas Jumaat diadakan solat hajat.

Friday, August 14, 2009

PERGI TAK KEMBALI- RABBANI

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

USTAZ ASRI RABBANI

Ketika saya sibuk menyusun maklumat mengenai H1N1, terbaca email mengenai pemergian Ustaz Asri penyanyi nasyid tersohor tanah air khasnya, Rabbani. Innalillah..

Lama kita kenal Asri, sejak dia bersama al-Arqam melalui kumpulan nasyid Nada Murni, terlalu banyak lagu dan nasyid yang dinyanyikannya yang kita hafal, kita ingat betul-betul. Semasa persembahan livenya di UKM (1986 +) kami amat teruja dengan penampilannya yang bersahaja dan menghidupkan dewan dengan baik sekali. Malah tidak dinafikan kumpulan inilah menjadi perintis kepada penyerlahan nasyid dalam bentuk baru (kontemporari) dan menempatkan nasyid pada persada dunia.

Melalui kumpulan Nada Murni, muncullah Raihan dan Rabbani yang berjaya memartabatkan dakwah lewat hiburan. Antara lagu lama yang menyentuh; Di Pondok Kecil, Ibu Mithali, Selawat, dan banyak lagi. Saya pernah menggunakan lagu Ibu Mithali untuk sesi ceramah/bimbingan kepada pelatih di Seri Puteri Kota Kinabalu dan ternyata kelunakan suara Ustaz Asri dan kelembutan sentuhannya mengusik rasa pelatih berkenaan. Ramai yang menangis keinsafan.

Rabbani pula membawa pelbagai irama seperti rap, rock, blues dan R n B dan ternyata ia mendekatkan nasyid kepada sasaran remaja. Perhatikan lagu Intifadah, Pergi tak kembali adalah irama luar biasa untuk sesebuah nasyid. Alhamdulillah kemunculan Rabbani merubah wajah pada elemen hiburan Islam.

Pemergiannya semalam adalah kehilangan besar kepada industri nasyid tanah air, kehilangan seorang tokoh seni terbilang, kehilangan pendakwah pentas yang mampu menyedarkan pendengar akan kebesaran Tuhan.

Semoga Allah tempatkan beliau bersama anbia dan syuhada.

We love you forever.

SOLAT HAJAT UPSR

Ahmad Zaim (anak ke tiga) akan menduduki UPSR pada 8 - 10 September ini. Semalam (13 Ogos) diadakan majlis solat hajat dan bacaan yasin di dewan sekolahnya, SK Batu Hampar. Tentulah besar harapan kami melihatnya berjaya cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Semoga dia berjaya dan mendapat tempat terbaik pada kelangsungan hidupnya.

MASJID JEMENTAH

Petang Rabu lalu (12 Ogos) sekolah-sekolah di Jementah mengadakan majlis solat hajat dan yasin serta motivasi di masjid Jementah. Saya berpeluang pertama kali berceramah di situ dihadapan pelajar dan ibu bapa. Gembira melihat kesungguhan pelajar mengikuti ceramah (dan slide show), dari jam 6.30 hingga menjelang Maghrib.

Apa yang penting ialah anak-anak Melayu Islam tidak boleh gagal, tidak boleh kecundang walau seorang pun. Itulah hakikat kita hari ini. (Pulang jam 10 malam)

Tuesday, August 11, 2009

TAZKIRAH

Batuk masih mengganggu saya untuk berkuliah. Memakai topeng mulut sekadar adanya ikhtiar dari terlindung dan melindung. Masuk ke kelas, lihat kehadiran pelajar semakin merosot, ada sahaja yang demam dan ada pula yang dikuarantin oleh pihak berwajib. Oleh itu, mengajar dalam dua pertimbangan; untuk pastikan pelajar faham berpandu silibus dan satu lagi, untuk mengurangkan kebimbangan pelajar pada keadaan semasa.

Ancamannya semacam serius, tetapi tidak tahu pula sampai ke tahap mana. Kalau mahu dikatakan serius (kemuncak) mungkin minggu depan atau bulan depan keadaannya lebih kritikal, kita tidak tahu.

Tazkirah H1N1 dan soal penjagaan kesihatan diberikan pada setiap kuliah, baik dalam nada serius mahupun nada lucu. Mesejnya cuma satu, bertautlah kembali kepada Allah, doa dan tawakal hanya kepada-Nya dan jangan lupa pada ikhtiar kita; menjaga kebersihan, mengelakkan pergaulan luas bebas, menutup hidung dan mulut dan lain-lainnya. Jika terbangun malam hari, solatlah tahajud untuk kebaikan kita bersama; jangan kedekut pada doa; berdoa untuk semua!

JUALAN BUKU UPENA

Semalam dan hari ini (10 - 11 Ogos) dilangsungkan pameran dan jualan buku UPENA. Dua sahabat kita dari Shah Alam; Sdr Munawar dan Fadhel datang membuat jualan langsung dengan potongan harga yang agak menarik.

Buku UPENA banyak yang berkualiti, cuma satu masalah utama ialah pasarannya yang agak terhad dan ramai sasaran tidak mengetahuinya. Mungkin lebih banyak siri jelajah UPENA boleh diadakan pada masa depan, ataupun menswastakan pasaran kepada syarikat dan individu berminat.

Saya pun baru belajar berniaga...

Monday, August 10, 2009

PELANCARAN POLICING COMMUNITY TAMAN YAYASAN









Ahad (9 Ogos 2009) Setelah lama tertunda program ini, akhirnya pada Ahad lepas Policing Community Taman Yayasan dilancarkan oleh Supt Abd Majid Mohd Ali, OCPD Daerah Segamat dihadapan 150 peserta yang hadir. Policing Community adalah sebahagian daripada usaha sama polis dan masyarakat bagi membanteras jenayah, sebagai jalinan kerjasama orang ramai membantu polis menangani jenayah.

Beberapa program turut diadakan seperti rawatan kesihatan percuma, pameran polis (motor besar polis), anjing pengesan, keselamatan jalan raya di samping aktiviti mewarna anak-anak tadika Taman Yayasan. Program ini adalah kerjasama Rukun Tetangga, RELA dan Kolej Komuniti YPJ yang diadakan di Dewan Besar YPJ.

Aktiviti ini diharapkan dapat membuka mata orang ramai dalam membantu pihak berkuasa menangani jenayah dalam kawasan sekitar.

FORUM GPMS



GPMS wujud di UiTMJ dua tahun lalu. Kehadiran GPMS dahulunya saya sambut ketika menerajui Penasihat MPP. Kini GPMS UiTMJ berdiri megah sebagai organisasi untuk membela bangsa Melayu, itu azam mereka.

Forum kali ini sepatutnya saya bertugas sebagai moderator, namun ahli forum yang tidak dapat hadir, akhirnya saya bersama Sdr Rosdi Amir (GPMS Pusat) menjadi panel yang dihadiri ramai pelajar memenuhi dewan.

Fokus utama ialah membina kesedaran diri untuk berubah, untuk melangkah jauh dan memiliki persediaan secukupnya untuk bertemu masyarakat. Remaja adalah perubah bangsa, anda perlu bertindak lebih berani dan gagah. Selamat berjuang.

(Sdr Rusdi adalah Naib Presiden GPMS Pusat, YDP GPMS Johor merupakan seorang peguam muda yang berpotensi menjadi orang besar suatu hari nanti. 012-2129573)

MAJLIS AKAD NIKAH


Sdr Amir Aziz memang pemimpin dan ketua anak muda di TY. Dia berjaya mengepalai rakan muda dalam apa jua program, termasuklah kompang. Jumaat (7 Ogos) kakak sulungnya, Nur Athirah akan bernikah dengan Mohd Fadzil dari Kuala Paya. Saya kira percintaan mereka dari bangku sekolah kerana lahir pada tahun yang sama. Dan Fadzil pernah bersama KERSANI suatu ketika dahulu.

Saya menjadi Pengerusi bagi menjalankan majlis akad nikah yang diadakan di rumah. Modul Keluarga Sakinah memang menarik untuk diaplikasikan dalam majlis seperti ini.

Selamat pengantin baru.

(Esoknya seharian merewang di sini.. dan tugas hakiki.. DJ) Kurang selesa dengan gangguan anak muda yang terover dalam majlis seramai ini...

SMK GEMEREH

Walaupun SMK Gemereh ini amat hampir degan UiTMJ, namun inilah peluang pertama kali kepada saya berceramah, menemui pelajarnya; PMR & SPM. Jumaat lalu (7 Ogos) sedikit perkongsian disampaikan sebagai persediaan mereka untuk berjaya dan cemerlang.

Cikgu Jamil Sajuri (Pengetua), Cikgu Mohd Noor (GPK1) dan Cikgu Anisah (bimbingan & kaunseling), turut hadir dan terujua bertemu Pak Lang (Haji Lud) yang lama tidak bertemu. Maaf, ceramah saya hari ini kurang bertenaga, badan sayapun masih seram sejuk demamnya belum begitu OK..

Friday, August 7, 2009

H1N1

Selain H1N1 yang digeruni dan ditakuti hari ini, ada lagi satu yang digeruni kalangan lelaki iaitu B1N1.. Kalau tak kerana takut kepada B1N1, mungkin dah ramai yang mengikut jejak P Ramlee dalam Madu Tiga.

Tapi orang perempuan pun takut juga, takut pada B1N12.. itu lagi bahaya..

Fikir-fikirlah sendiri.

Wednesday, August 5, 2009

H1N1: TINDAKAN PENCEGAHAN DI UiTM JOHOR


H1NI semakin meluas serakannya. Angka kematian mencecah 9 orang dalam negara dan yang dirawat di hospital entah berapa bilangannya, tidak dapat dipastikan lagi. Sebagai pencegahan, UiTM Johor membatalkan semua aktiviti melibatkan orang luar, lawatan ke luar bagi mengelakkan interaksi terbuka. Arahan telah dikeluarkan.

Manakala Majlis Perwakilan Pelajar mengagihkan mask (topeng) kepada semua pelajar dan staf. Suasana baru bermula hari ini, semuanya kelihatan memakai topeng, walaupun segelintir masih ragu-ragu...

NISFU SYAABAN: AMALAN DAN BID'AH

Malam ini Nisfu Syaaban (pertengahan bulan Syaaban) dan kebiasaannya kita mengadakan majlis bacaan Yaasin dan tahlil. Saya kira ia adalah amalan yang baik sebagai usaha kita beramal ibadah. Cumanya, janganlah pula beranggapan malam ini sahaja yang perlu diraikan, diibadahkan sedangkan pada ketika lain tidak pula mahu beramal.

Ibadah janganlah pula dipaksa-paksa, lebih-lebih lagi ibadah sunat yang tiada nas kesahihannya. Bacaan Yaasin sampai 3 kali adalah kurang sesuai dengan kita mengejar masa dan satu 'keterpaksaan' pula kepada jemaah. Beramallah sebagaimana amalan para sahabat r.a.

Suka saya sunting satu pendapat seorang sahabat tentang amalan pada bulan Syaaban; PM Dr Ahmad Che Yaacob;

"Terima kasih kepada puan yang memperingatkan kita semua untuk beramal. Ia juga mengingatkan kita tidak lagi kita semua akan menyambut bulan Ramadan yang mulia. Oleh itu, kita perlu membuat persiapan terutama dengan latihan berpuasa sunat dan membaca al-Quran. Cuma berpuasa sunat selepas 15 Sya'ban tidak digalakkan jika ia bukan menjadi kebiasaan kerana kita sudah menghampiri bulan Ramadan dan dibimbangi kerana mengejar yang SUNAT kita tak larat nak buat yang WAJIB.

1. Saya ingin memperbetulkan mengenai amalan dalam bulan Sya'ban ini. Apa yang disebut terdahulu bahawa kita disuruh membaca Yasin 3 kali.

Pada pandangan saya, memang tidak dapat dinafikan bulan ini (Sya'ban) adalah bulan yang mulia dan amalan membaca Yasin serta mana-mana ayat al-Qur'an adalah AMAT DIGALAKKAN dalam Islam. Cuma tidak ada dalil atau nas yang khusus menyuruh kita berbuat begitu sempena bulan-bulan tertentu. Kita boleh membaca pada setiap masa dan ketika. Sudah menjadi satu tradisi dan kebiasaan setempat bagi masyarakat Melayu di Nusantara untuk melakukan amalan seperti ini dan ia tidaklah ditegah kerana ia adalah bentuk dakwah yang berkesan untuk mengajak orang beribadah. Tetapi sekiranya kita beranggapan dan beri'tiqad bahawa hanya pada malam tersebut sahaja kita boleh membaca Yasin dan hanya pada malam tersebut sahaja amalan diterima, maka ia SUDAH SALAH.

2. Disebutkan juga kita disuruh solat sunat Nisfu Sya'ban. Pada hemat saya ini sudah SALAH.

Kesimpulannya, marilah semua kita menambahkan amal dan menambahkan ilmu. Amalan ibadah adalah bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Oleh itu, pastikan amalan ibadah tersebut adalah bukan dari hasil ciptaan atau rekaan diri sendiri (bid'ah) tetapi bersumberkan dari Allah dan RasulNya (al-Qur'an dan al-Sunnah). Mana-mana amalan ibadah yang direka-reka ia menjadi bid'ah dan ditolak / tidak diterima.

Ibadah itu suci dan murni
Ibadah bukan rekaan insani
Ibadah datang dari perintah Ilahi

Sekian, terima kasih. Mohon diperbetulkan jika saya tersilap.

Al-Faqir ila ALlah

ahmad che yaacob
15/ 9 / 2005

THE POEM: DARI SAHABAT UNTUK SAHABAT

Ingatan dan kasih kita kepada sahabat lahir dari ketulusan hati, tanpa dipaksa oleh kepentingan dan keperluan sesuatu. Allah berikan rahmat kepada mereka yang merasai intimnya hubungan kasih sayang ini. Biarpun dengan ucapan ringkas; 'selamat hari lahir'; atau sapaan salam; 'Assalamualaikum' dan disertai senyuman halus, sudah cukup menggambarkan erti tautan kasih.

Seorang sahabat saya mengirimkan bait puitis ini; sungguh cantik untuk dihalusi..

Ribuan terima kasih atas ingatan tuan, sesungguhnya alam yang kita nikmati ini masih menyanyikan lagu penyayang.

This friendly world draws these sounds and hope it would reflect,
Our sacredness deep within us we cherish with honor and respect.
where souls have united, entwined in single embrace,
breathing in happiness and peace, playing in God's sacred space.

We are the soil of the earth in which the seed of our soul grow,
We are the mirrors of our eyes in which our true reflection show.

Inside us we have discovered the meaning of who we are,
Through this friendly world we came to realize if we believe we could, we can.
We poured the riches of our wisdom into the once an empty shell,
And made us forget sadness and regret and wave to it farewell.

We are the anchor in the days we drift sad and lost away,
Our own special mould that God made from human clay.
We hope these sounds we drew could even simply explain,
that we are the rainbow seen through the endless rain.

Sahabat, I know I am not a Poet, I could not even pretend,but I hope you know that this friendly world is the essence that helps souls to mend

SAKIT-SAKIT KIFARAT DOSA

Orang kata, sakit-sakit adalah kifarat dosa, menghapuskan dosa ringannya. Tapi bagaimana jika pada waktu sakit kita tidak redha, asyik merungut dan menyalahkan takdir? Tentunya ia tidak dapat menghapuskan dosa-dosa kecil seperti yang dijanjikan.

Masuk malam ketiga saya demam, dan Alhamdulillah malam tadi panasnya hilang tiba-tiba setelah Shida membasahkan air asam di kepala dan seluruh badan. Syukur. Hari Selasa terpaksa MC...

Monday, August 3, 2009

AHMAD FAHMI ZAMZAM AN-NADWI


Isnin hari pertama bekerja setelah UiTM dicutikan dengan H1N1, kami dihidangkan dengan ceramah Bicara Hati oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam. Menarik ceramahnya dan terasa bertuah terpilih menghadiri majlis ilmu semulia ini.

(Malam tadi panas demam, awal-awal pagi pergi jumpa Dr Ali mengambil ubat, sebelum mengikuti program di masjid; 'Musim demam' kata Dr Ali.)

BULAT MATA BAYI..

Sabtu (1 Ogos), kami sempat sampai ke rumah pada jam 7.45 malam dari Kuantan. Solat Isyak di Surau dan menghadiri kenduri tahlil di rumah Hj Mohd Nor, di tepi surau. Tiada imam lain yang ada, saya mengimamkan majlis dan pulang lewat 10.30 malam, keletihan.

Ahad (2 Ogos)

Pagi Ahad latihan kompang berjalan seperti biasa, dan kali ini En Ghani membimbing sedari awal. Saya keluar ke pasar membeli itu dan ini untuk sarapan, dan tidak ada rezeki saya apabila latihan kompang ditamatkan lebih awal.

Tengah hari kami menghantar Afif ke Jasin dan pulang sempat menziarahi bayi kecil; Puan Azura dan Puan Ina di Taman Dedap. Seronok tengok anak kecil yang comel.. Geram jadinya.
Malamnya selepas Isyak, meeting AJK Surau dan Koperasi; persiapan untuk Ramadan akan datang. Semoga Ramadan ini yang terbaik untuk kami.

SONGKET PAHANG BERPETAK-PETAK



Kami sempat singgah di Pusat Perkembangan Songket Negeri Pahang, melihat pameran songket, penenunannya dan peragaan songket Pahang. Ternyata, songket Pahang lebih banyak berkonsepkan petak-petak dan berjalur, jauh berbeza dengan tenunan Terengganu. Namun ia ada keistimewaan tersendiri untuk dihayati.

Shida teringin nak buat langsir dengan kain semahal ini.. Ayoyo..

AMANSARI, TANJUNG LUMUT, KUANTAN





SMK Seri Kenangan menganjurkan Perkhemahan SPM pelajar tingkatan limanya di sana. Saya diminta menyampaikan ceramah pada malam pertama mereka tiba. Rasanya telah terlalu banak motivasi yang diberi, namun apa yang utama ialah kesediaan mereka untuk melangkah maju, bersedia sepenuhnya dan menjadikan hubungan dengan Allah, ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan sebagai yang terbaik untuk dienakkan. Itu yang terlebih utama.
Membawa keluarga berjalan (kesempatan Afifi dicutikan H1N1) gembira sekali. Ibarat pesta makanan dengan pelbagai jenis kuih muih dan udang goreng yang amat berbaloi harganya di sepanjang Tanjung Lumut. Puas menikmati sata, udang goreng, keropok lekor, kuih muih yang penuh sesak dengan pengunjung...

Thursday, July 30, 2009

RONA RUPA

Rebah tanpa parah
cita tumpah cinta
rupa duka muka
tiba

Resah
lelah dan pasrah
biar sesak susah
pendam
ammarah

Tega cita

BENGKEL PENYEDIAAN SOALAN CITU

Hari ini CITU UiTM Johor mengadakan bengkel penyediaan soalan dibimbing PM Asri Abdullah dan PM Asmak Ali. Selain menghalusi Bloom Teksonomi, pendekatan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) turut dibincangkan terperinci.

Kadang-kadang kala ketawa, kadang kala terasa sukar hendak dirangka soalan-soalan peperiksaan akan datang.

Selamat berbengkel.

Wednesday, July 29, 2009

HIJRAH satu PILIHAN

"Abang ni jenis orang yang tak tahu nak katakan 'tidak''. Itulah luahan Shida kepada saya dalam apa jua keputusan, ketika menerima tugas mahupun soal perpindahan.

Banyak perkara yang difikirkan menjadi pertimbangan; yang pastinya ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Hijrah pastinya ada hikmah dan kelebihan yang tidak tercapai dek akal. Ibarat hujan dan panas yang tentu ada pasang surutnya. Bertahan terlalu lama pada satu keadaan sahaja boleh menimbulkan kejumudan dan kebekuan. Routin harian akan kekal sama dan berulang tanpa henti sedangkan arus perubahan luar bergerak pantas..

Dan saya pinjamkan ungkapan Prof lewat blognya hari ini; (pohon dengan izin) menjadi azimat berharga kepada saya...

................
"Keinginan dan realiti nyata berbeza.

Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)? [Fathir:2-3]

(Saya ringkaskan..)

Tawaran sebagai Pengarah Kampus atau jawatan akademik yang lain merupakan lumrah kepada staf akademik UiTM. Ia satu penghormatan. Namun pilihan sama ada kita mahu ataupun tidak terletak ditangan sendiri. Tiada paksaan. Kalau “ya” pergi, kalau “tidak” jangan bersungut di kemudian hari. Cuma pesan saya: “jangan terlampau lama memegang satu-satu jawatan pentadbiran akademik, dua penggal sudah lebih daripada memadai”.

Pengalaman lampau menyebabkan saya sentiasa teruja memberi galakan untuk sahabat-sahabat atau staf saya yang ditawarkan jawatan tertinggi UiTM. Saya seronok melihat Ustaz Nawawi yang sanggup meninggalkan keluarga untuk berpindah ke Shah Alam. Pergilah… bukan menghalau tetapi hijrah itu sentiasa lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga!" (Prof MKI)
..................

Saya memerlukan doa restu dan sokongan rakan semua dalam apa jua keadaan.

Tuesday, July 28, 2009

YASMIN AHMAD; SATU MEMORI DUKA

Saya mendapat info ini dari rakan email (tentunya info seperti ini tidak terjamin kesahannya). Hanya sanya yang pasti beliau sudah pergi selamanya dan kita merakamkan tarikh pemergiannya yang abadi. Kita yang hidup perlu mengambil iktibar yang baik, sewajibnya.

"Pengarah hebat iklan terbitan Petronas hampir setiap tahun aidilfitri ini, telah pun kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 11.30 malam di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya, Sabtu lalu (25 Julai 2009). Beliau koma 3 hari selepas diserang strok sebelumnya. Sepanjang tempoh tersebut, Yasmin Ahmad hanya menerima alat bantuan sokongan hayat.

Yasmin Ahmad rebah secara tiba-tiba di pejabat Sri Pentas ketika bermesyuarat bersama Siti Nurhaliza & Datuk K. Selepas ini, blog YasminTheStoryTeller mungkin akan sunyi selamanya. Al-Fatihah kepadanya.

Persoalan sama ada beliau lelaki atau pun perempuan, di dunia ini manusia mampu buat apa sahaja untuk menukar sesuatu seperti dalam kes ini. Memang kita tahu bahawa beliau telah bertukar kepada perempuan dan sudah pun berkahwin dengan Abdullah Tan Yew Leong. Tapi pada zahirnya dan batinnya dia tetap seorang lelaki. Sekarang beliau sudah meninggal dunia, kita serahkan segalanya kepada Tuhan untuk menguruskan hal jantina baliau. Hanya org-orang yang mandikan jenazahnya sahaja yang tahu jantinanya.

Seperti semua ketahui, jenazah akan dimandikan oleh orang lelaki sekiranya jenazah adalah seorang lelaki, dan perempuan hanya boleh memandikan jenazah perempuan, masih ada yang mempertikaikan jantina beliau kerana sudah terang lagikan disuluh jenazah telah dimandikan oleh kaum lelaki. Urusan di dunia mmg kita boleh ubah, tetapi segala-galanya hanya Allah s.w.t yg maha mengetahui apa yg terjadi".

PERKAHWINAN ITU SATU KEBETULAN

Pernahkah kita berfikir dan terfikir begitu? Payah dan sukar dimengerti. Namun dalam warna kehidupan, perkahwinan bisa terjadi atas satu kebetulan..

Monday, July 27, 2009

SEORANG IBU TUA

Seorang ibu tua, yang pernah lumpuh beberapa ketika, kompilasi jantung yang tiggal di ceruk kampungnya, Kampung Keruing Patah, Buloh Kasap (saudara mara Normala Shamsudin) adalah seorang ibu tua yang baik. Pada wajahnya lahir ketulusan hakiki yang tidak mengharapkan apa-apa daripada kita.

Hubungan saya dengan ibu tua itu agak rapat. Dia adalah ibu Puan Maria, suami En Zaid yang berjiran di Taman Yayasan suatu ketika dahulu. Anak beranaknya ramai yang kami kenal (Kak Uda, Bang Mail, Pak Tam) kerana majlis kenduri kendara biasanya kami dijemput ke Keruing Patah. Kami menumpang keluarga kepada keluarga besar ini. Anak-anak saya (Zaim dan Atifi, kadang-kadang Afif) biasa bermalam di rumah tua mereka pada hujung minggu, menangkap ikan dan memanjat rambutan.

Hari ini, ibu tua itu dijemput Ilahi dan dia pergi bersama seribu jasa; jasa melahirkan anak-anak, jasa sebagai peneroka awal di Keruing Patah, jasa pada agamanya juga. Jasadnya disemadikan di Perkuburan Bukit Keman, jauh di penghujung kampung. Saya meluangkan masa sepagian di sana, menghargai kasih sayang yang ditaburkan. Semoga Allah menjadikan kuburnya sebagai taman-taman syurga, setulus doa daripada kami buatmu ibu, Hadijah binti Sohor.

MEMBANGUN SIKAP DAN MINDA PELAJAR







Bukan mudah bekerja untuk membawa perubahan pada sikap dan minda pelajar, khasnya remaja yang masih berdarah panas. Kata hati mereka tentu sekali benar, tidak pada yang lain. Melalui Modul Pembangunan Pelajar, UiTM berusaha gigih bagi melengkapkan sebahagian soft skill yang kelihatan lompang dalam kendiri pelajar.

Modul 3 Diploma berjalan pada 25 Julai lalu, dan cabaran terbesar pada ketika itu pelajar lain dicutikan, bercuti dan pulang ke kampung. Hanya kalangan Part 3 yang terlibat 'terpaksa' meneruskan program seharian suntuk (8 pagi - 6.30 petang). Ramai peserta yang hadir seperti tidak hadir, keberadaan dalam tiada.

Pertama apa yang saya tanya ialah perasaan mereka ketika menghadiri modul pagi itu; ini antara jawapan mereka (bertulis);

Modul terpaksa, kena repeat;
kenapa mesti wajib datang modul?;
agak pasif he he;
Dush2x!!;
tak suke pgi modul.. pnat, nk blik..;
nak balik, modul..? eemm gantuk ckit maa..;
tak de perasaan la.. rana nak balik ari ni je..;
Ok la.. lalala.. nk pulang..;
modul knp x wat next week? nk blik!;
Modul ni biase je. sume x besh coz sume org dah balik, tp oklah coz dah kenal ustaz.;
modul boring la!;
nak balik @ 5.30;
nak balik!! tak nak gi modul.. TP:
ngantok boring nak balik;
membazir masa, tiada faedah;
wat pe la modul ni! thank you wild pig! wasting time, energy and current;
pegilah mati modul xde funtion, buang duit kerajaan...


Begitulah antara keluhan peserta yang saya hadapi pagi itu. Bagaimana mampu fasi bertindak untuk memenangi hati mereka dan menjemput mereka melibatsama dalam aktiviti modul dalam keadaan jiwa raga penuh emosi, marah, frust dan sebagainya?

Banyak perkara yang kita lalui pada hari ini, baik pada amalan dan perbuatan yang tiada faedahnya sertamerta. Seperti solat, bukanlah solat itu menguntungkan apa-apa; berpahalapun kita tidak nampak pahalanya, hanya ganjarannya pada hari akhirat kelak. Itulah janji Allah.

Modul juga begitu, kita tiada nampak kebaikannya hari ini, tetapi ia berguna setelah pelajar bertapak di alam kerjaya yang memerlukan kemahiran lain.

Sehingga jam 6.00 petang, saya dapatkan maklum balas dari pelajar dua perkara; apa yang kamu dapat dari modul ini, dan apa komen kamu kepada saya sebagai fasi. Antaranya;

i just wanna to say dat modul session for dis time is very significant to myself. i got something benefit and i realise dat i have a capability in creating a chance to speak out to the public as well. Thank;

modul hari ni agak boring drp sem lepas.. tapi disebabkan ustaz pandai memeriahkan kelas, so die jadi fun. walaupun ustaz cakap saya diam je, tapi saya enjoy! you rock! yeah tq ustaz

bagus, next sem nak modul y sm ngan ustaz, thanks.

interseting enjoy

saya suka modul pada hari ini kerana ustaz menjadi fasilitator saya. saya rasa seronok.. Inilah modul saya yang paling best antara semua modul yg pernah saya hadiri. thanks a lot u have cheered my day.. UP..

penyampaian baik, jelas. mempunyai style tersendiri utk menarik minat pelajar fokus apa yang cuba disampaikan.. keep it up ustaz nawawi. thanks. juz smile n there ar nothing u cant overcome..

ustad! thx a lot.. sy rasa modul kali ni modul yg paling best pnh saya join. b4 ni sy mmg boring giler b
le time modul part 1 & 2 but kali ni best sgt. saya suka lagu2 yg ustad pasang, betul2 menghiburkan ustad the best, saya da x sepi lagi.. ha hah

ustaz mmg best sangat2. tak bosanpun dalam kelas tadi. first time dpt fasi best macm ustaz. mula2 rasa malas sangat nak pergi modul, tp bile dalam kelas dengan ustaz, nyanyi semua, gurau, jadi seronok pulak. terima kasih ustaz. nabeelah

terima kasih krna buatkan modul 3 saya berjalan dgn baik dan happy. ustaz pandai menarik minat pelajar utk datang modul yang akan dtg.

bagus, cuba sedaya upaya beliau untuk menarik minat kami dengan modul yg hilangkan bosan didada. menarik. penjelasan yg jelas, terang dan teratur. THE BEST MODUL'S LECTURER EVER! QILA

cara modul yang dijalankan oleh ustat sangat bagus dan menarik, tidak bosan sedikit pon bagi saya. Terima kasih.

fasilitator menunjukkan komitmen sepenuhnya sepanjang LDK ini

ustaz berjaya mengambil hati saya dan membawa hati saya ke modul, semoga ustaz berjaya dalam hidup dan akan saya doakan semoga ilmu ustaz turunkan berkekalan.

very good ustaz, funny. the best module comparing to part 1 & 2 tq PM ustaz ahmad nawawi

ustaz agak sporting jg

ustaz nawawi pandai menceriakan suasana di dalam pembelajaran ini dan pelajar tidak merasa tertekan semasa modul ini berjalan

ustaz berjaya mengalihkan perhatian student dari sibuk memikirkan cmne nak pulang ke rumah. teirma kasih ustaz nawawi

ustaz berjaya menjadikan modul ini tidak bosan, terima kasih ustaz.

Saya terharu apabila ada pelajar yang mendoakan kebahagiaan dan keselamatan kita.. jangan lupa kita juga perlu doakan anak-anak didik kita sepanjang masa, semoga mereka menjadi insan terpilih di sisi Allah.

Saturday, July 25, 2009

H1N1: UiTM DICUTIKAN

Semalan (Jumaat) lawatan Audit Inspektorat bagi menilai kelangsungan amalan kualiti setelah UiTM dianugerahkan AKPM, berlangsung di UiTM Johor. Saya turut terlibat menjaga soal penulisan, penerbitan dan pembentangan kalangan pensyarah. Sedikit maklumat diberikan sudah cukup untuk mendapat '4'. Syukur.

Dalam kesibukan itu, kira-kira jam 11.15 kami mendapat berita UiTM dicutikan kerana wabak H1N1 di beberapa kampus UiTM lain. (Cuti dari 27 Julai - 2 Ogos) UiTM Johor setakat ini tiada ada yang terlibat, namun bagi memastikan keselamatan pelajarnya, UiTM seluruh negara dicutikan. Ramai yang seronok, terutamanya pelajar dan ramai juga yang mengeluh kerana terpaksa membatalkan beberapa agenda yang dirancang sejak awal.

Modul Diploma Part 3 tetap diteruskan juga pada hari ini (Sabtu) hingga ke petang.. Saya juga turut terlibat sebagai satu lagi wasilah pembinaan diri pelajar dan diri kita juga..

(Shida rombongan/lawatan ke Kuala Lumpur hari ini, dan malam tadi kenduri khatam al-Quran rumah Abg Zaid/Kak Maria)

Thursday, July 23, 2009

LESTARI WANITA MU

Pada langkah
lulus lolos
baluti tubuh
dan jubah hitammu

Menguit
nurani
dan mimpimu berulang
melestari Yasinan
kalimah Tuhan
yang dibaca

Pana.

Wednesday, July 22, 2009

MASJID BUKIT BUJANG

Jauh di pedalaman Segamat terletak kawasan ladang luas milik Pertubuhan Peladang Negeri Johor; Ladang Bukit Bujang. Dengan tenaga kerja 500 orang, tentulah luas ladangnya dan punyai kelengkapan prasarana yang cukup.

Ini kali ke dua saya dibawa masuk untuk berceramah. Malam tadi majlis israk mikraj terisi dengan tayangan slide dan menurut Pengurus Ladang, kehadirannya ramai, sambutan menggalakkan. Rata-rata pekerja ladang adalah orang Indon yang mencari rezeki di bumi ini.

Perjalanan Israk Mikraj Rasulullah tidak akan sama dengan perjalanan manusia lain, membuktikan mukjizat kenabian baginda. Memupuk cinta kasih kepada baginda, perlu ditanam seawal usia dan setiap ketika.

(Enak makan dalam talam, nasi lemak dan rendang daging; hingga menjilat jari)

Tuesday, July 21, 2009

PROGRAM ISRAK MIKRAJ DI SURAU AL-MUHAJIRIN

Malam tadi berlangsungnya program Israk Mikraj di Surau Al-Muhajirin, Taman Yayasan. Banyak yang menarik dan menyentuh hati (dan iman).

Pertamanya; penceramah yang kami jemput orang muda, Ustaz Muhd Zainuddin Mustafa, rakan sejawat di UiTM Johor. Ceramahnya jelas, menarik dan memaku pendengar. Pada saya, selayaknya dia bergelar seorang ustaz dan penampilan yang menampakkan ketinggian ilmu yang dimiliki. Alhamdulillah, semoga ustaz dapat datang lagi ke tempat kami, mungkin seminggu sekali ke..

Kedua; gotong royong jemaah memasak nasi ambang (ambeng). Idea En Ghani dua tiga tahun lalu kami teruskan. Kali ini ramai jemaah yang terlibat menjayakan nasi ambang ala Taman Yayasan. Unik kerana masing-masing memasak (atau menyumbang) bahan tersendiri dan akhirnya digabungkan di surau untuk dinikmati bersama. Ada yang menyumbang beras (Sdr Fauzi Pasar Mini Bistari), ada yang menyumbang ayam (Fauzi MDS), ada yang memasak serunding (Cikgu Ramlee, memang sedap), sayur (Puan Rashidah), buah-buahan (?), ikan masin (Samsuri), petai (Hj Mad Nor, ini yang kelakarnya.. nasi ambang mana ada petai.. tapi bila dah dihidangkan.. memang tak cukup), air (Hj Hafiz), kuih muih (Hj Hasan, Husin dll) dan banyak lagi..

Ketiga; Sambutan jemaah amat memberangsangkan. Ramai yang hadir memenuhi surau dan melihatkan kerjasama, interaksi sesama sendiri rasa amat bersyukur dengan nikmat persaudaraan ini. Semoga Allah satukan hati-hati kami di rumah-Mu yang suci ini.

(Malamnya 12.30 ada orang datang memaklumkan kematian di Astaka Jaya.. bergegas pergi lihat.. usianya baru 42 telah kembali...)

Monday, July 20, 2009

HADIAH SASTERA DARUL TA'ZIIM KETUJUH 2009

Jumaat lalu (17 Jul) saya bersama Ainol mewakili Pengarah dijemput menghadiri majlis berkenaan di Persada Johor. Hubungan intim UiTM Johor dengan pihak Yayasan Warisan Johor mengikat UiTMJ dengan aktiviti kerajaan negeri dan YWJ, khasnya.

Majlis disempurnakan Datuk Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor yang turut dipenuhi warga UiTM Bandaraya JB diketuai PM Dr Ahmad, ketua mereka.

Peluang ini menemukan kita dengan beberapa orang penulis profilik tanah air dan penggiat sastera negara termasuklah Tan Sri Prof Ismail Hussein, Mohamad Salleh Rahamad, Datuk Hasan dan ramai lagi.. Dan saya bertemu seorang rakan lama; PM Muhd Zahib yang kini menjawat Pengarah Kebudayaan di UTM Skudai, kenangan di Kolej Tunku Canselor UTM kekal dalam ingatan.

Apa yang istimewa pada majlis berkenaan ialah anugerah khas Hadiah Karyawan Sastera Johor kepada Pak Matlob (Mokhtar Talib), Hadiah Cipta Karyawan Muda (Nazim Subari) dan Hadiah Karyawan Bukan Melayu Johor dinobatkan kepada Sdr Lee Tan Luck, dari UiTM Johor.

Tahniah kepada Sdr Lee TL di atas penganugerahan ini yang merupakan galakan dan dorongan besar kepadanya untuk terus berkarya. Percayakah kita bahawa karya Lee TL sebenarnya diterbitkan oleh UPENA Malaysia dengan novelnya Kiambang Seri di Kuala Paya (2006), Istikharah di Persimpangan Pauh Manis (2007) dan Perlah (2008).

ISRAK MIKRAJ: PERJALANAN MENUJU RABBUL JALIL

Israk bermaksud perjalanan pada waktu malam, mikraj bermaksud diangkat ke atas (ke langit) dan membawa makna 'tangga'. Itulah perjalanan Rasulullah s.a.w yang mengkisahkan berpabagai peristiwa untuk dijadikan iktibar sepanjang masa. Perjalanan dalam satu malam cuma, merentasi 800 kilometer lebih dan melonjak pula ke langit satu, dua, tiga hingga ke langit ke tujuh (entah sempadan mana langit itu berada).. adalah satu mukjizat besar baginda. Ia menguji sempadan iman kita, sama ada mahu percaya atau tidak, mahu membenarkan risalah Muhammad s.a.w atau tidak.

Perjalanan ini bukan Muhammad s.a.w yang berjalan, tetapi Allah dan para malaikat-Nya yang memperjalankan baginda dari satu destinasi ke destinasi lain. Mustahil seekor semut boleh berjalan dari Segamat ke Kuala Lumpur dalam tempoh 3 jam, tetapi tidak mustahil jika semut itu kita yang membawanya menaiki BMW (Us Syazali, he he) hanya dua jam pun boleh sampai. Begitulah perumpamaannya perjalanan baginda yang ditemani Jibril a.s.

Malam tadi saya berceramah di Masjid Sepinang dan rasa teruja melihat para jemaah tekun melihat layar putih menyaksikan sebahagian daripada kebesaran Allah.

Friday, July 17, 2009

KERESAHAN PADA SATU PERTIMBANGAN

Membuat satu keputusan tidak semudah mengatakan ia atau tidak. Jauh daripada itu kesan jangka pendek dan panjangnya kepada diri, karier, anaka-anak dan keluarga. Sudah lama keresahan pada satu pertimbangan ini bermula dan berulang. Telah dua tahun lamanya.

UPENA Shah Alam bagai memanggil pada setiap kali meeting mereka di sana. Sudah banyak kali juga saya katakan tidak dan tidak. Dan dua hari lalu, ulangan yang sama.. dan saya katakan 'ia'. Namun 'ia' itu amat berat melonglaikan jantung hati dan perasaan.

Ibarat kata Prof, kita kena bulatkan azam...

Dan resah itu tidak pernah berakhir...Entah bila!

Wednesday, July 15, 2009

MU

Pas masih lagi memenangi PRK di MU walaupun dengan majoriti yang kecil, 65. Pas seakan sengaja mahu dikalahkan dengan meletakkan calon yang 'kurang wibawa' (maaf bukan menghina, tapi merasa) walaupun tentunya ramai calon lain yang lebih baik. Namun BN masih juga tewas.

Kelebihan majoriti ini seharusnya dinilai secara positif oleh PAS dan BN. Pancingan BN mengena dengan janji pembangunan dan tentunya pengundi MU mahukan kemenangan itu tanpa menggugat kerajaan negeri. Manakala PAS tentunya sedar dengan isu dalaman yang kurang enak didengar, isu pakatan yang bergeseran tidak tentu arah dan hala tuju perjuangan yang terpaksa dilenturkan.

BN nampaknya perlu lebih baik mendekati rakyat, melabuhkan keegoan dan kerakusan kuasa (dan wang). Binalah sifat mujahadah Islamiah sejati bagi membina sebuah negara yang Allah redhai; 'baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur'

Tuesday, July 14, 2009

PPSMI: DASAR DAN POPULARITI

TS Muhyiddin baru-baru ini mengumumkan pemansuhan PPSMI menjelang 2012 setelah didesak sebahagian besar rakyat dan tokoh bahasa, tokoh pendidik tanah air, termasuklah guru-guru. Kekalutan nampaknya akan terlerai walaupun dibantah keras Tun Mahathir, pengasas kepada PPSMI.

Namun begitu, kelmarin DS Najib pula membuka ruang baru untuk dibincangkan keputusan sebelumnya. Atas alasan 'rakyat diutamakan' DS Najib seakan memanjangkan lagi isu ini untuk dipolimikkan dengan lebih panjang.

Kepimpinan adalah penentu dasar dan kepimpinan pula seharusnya konsisten dengan dasar berkenaan sebagai membuktikan keupayaan kita memerintah. Sikap 'keterbukaan yang terlampau' akhirnya akan menjerat diri sendiri, yang mana dilihat sebagai kurang upaya atau tidak konsisten.

Era pemerintahan Tun Mahathir berjaya mewujudkan suasana ini, dan walau apapun dasar dilaksanakan, tiada siapa berani membantah dan melihat hasil daripada sesuatu dasar setelah 5 tahun dijalankan. Di sini kehebatan Tun Mahathir, kehebatan yang tiada kepada tokoh lain.

Rakyat tidak gemar mendengar menteri itu berkata begini, (setelah diputuskan oleh kabinet) dan menteri ini pula berkata begitu. Yang mana satu mahu diikut, mahu dipercayai. Pandangan rakyat dan orang ramai sememangnya sentiasa ada pro dan kontra, hanya kebijaksanaan kepimpinan menentukan apa yang seharusnya rakyat diberi ruang dan peluang.

Selamat memimpin.

Monday, July 13, 2009

MANIK URAI: SELAMAT MENGUNDI

Selamat mengundi kepada mereka yang terlibat dalam PRK Manik Urai, esok. 99 peratus pengundinya adalah Melayu-Islam tentunya menguji kekuatan parti PAS dan UMNO mengharung gelora politik semasa. Menang atau kalah dalam PRK ini tidak memberi apa erti kepada BN mahupun PAS sekadar membuktikan kekuatan dan penyokong sahaja. Sebab itu, kerajaan PAS pernah mengusulkan supaya BN tidak bertanding, dan cadangan ini tidak sampai ke mana.

Jika pengundi mahukan pembangunan seperti yang dijanjikan, elok rasanya mereka mengundi BN bagi membolehkan kewujudan Pusat Pengeluaran Makanan dan pembinaan jambatan baru. Namun jika mereka mahu berpegang kepada prinsip dan sokongan asal, tentunya PAS menjadi pilihan walau siapapun calonnya.

Seorang rakan yang baru pulang dari MU memahami realiti orang Kelantan; 'Demo beghi kita amek, pangkah dok tetu lagi..'

FALSAFAH KOMPANG

Main kompang ada falsafahnya sendiri. Pertama, ia perlu berjemaah (berkumpulan) kerana pukulan semua orang adalah sama hanya menimbulkan rentak memerlukan ramai orangnya. Kompang adalah kesatuan, kesepaduan, keserasian dan komitmen.

Kedua, kompang mengajar erti kesabaran dan kelangsungan. Sabar mendidik diri dari menyalahkan orang lain semata, kelangsungan pada setiap pukulan agar tidak menjadi laju atau kelewatan. Setiap pukulan membawa rentak yang boleh menjadi sedap didengar atau sebaliknya.

Semalam saya rasa puas apabila anak-anak telah 'tahu' bermian dengan lebih baik pada satu relly yang panjang. Terima kasih En Ghani yang mengajarin anak-anak kami di TY.

(Petangnya sempat kami menziarahi Afif di MRSM Jasin, nampak dia lebih bersedia.. syukur)

POLISING COMMUNITY, RONDAAN

Rondaan malam dengan kerjasama Polising Community dan RELA Taman Yayasan berjalan lagi. Malam Sabtu lepas kami bertugas dengan kekuatan tujuh anggota melibatkan Taman Yayasan, Astaka Jaya, dan Segamat Jaya. Ketika berpusing-pusing meronda, apa yang terlintas di hati terimbang-imbang apakah ganjaran yang kami dapat? Elaun memang tiada, minyak motor sendiri, masa tidur dikorbankan sedangkan orang lain tidak pernah menghiraukan apa yang kita buat. Syaitan tu!

Namun saya puas kerana mendapat kawan, pahala (Insya-Allah), dan mengawal keselamatan kawasan sekitar, walaupun tidak seberapa mana. Kami harapkan lebih ramai 'sukarelawan' yang sudi membantu dan turut serta dalam aktiviti seperti ini. Jenayah perlu dibendung, kerjasama perlu dierat.

SABTU 11 JULAI 2009

Sabtu (11 Julai), anak-anak semuanya bersekolah dan saya kena menjaga si Ibrahim yang tidak bersekolah. Seusai bersarapan, kami bergotong royong di Sekolah Agama Buloh Kasap, membersihkan itu ini dan mengecat itu ini. Biarpun tidak ramai ibu bapa yang hadir, kerjasama guru-guru dan murid telah menjayakan program pagi ini. Selaku Pengerusi Badan PIBG, keberadaan kita amat penting biarpun tidak banyak yang dapat dibantu.

Jam 10.30 bergegas ke UiTM kerana ingin melihat dan meraikan tetamu yang menyertai Ceramah Intelektual yang disampaikan oleh Prof Dr Muhd Kamil hari ini khusus kepada pelajar sekolah Tingkatan 4 dan 5. Sambutan memeriahkan dan memenuhi dewan LT1 dan LT2. Sentuhan Prof kali ini terasa menyengat dan menyentuh peserta yang hadir. Saya gembira dapat meraikan anak-anak pelajar yang sudi hadir dan tentunya lebih teruja melihat wajah putera puteri Sek Men Agama Kluang dipimpin Ust Atiqah.

Zaim dan Atifi bertalu-talu menelefon dari sekolah, maaf kerana terlewat menjemput mereka yang sepatutnya diambil jam 12.30, hanya jam 1.30 baru saya tiba di sekolahnya.

Terus kami ke SMK Seri Kenangan meraikan Hari Terbuka Asrama yang dilangsungkan hari ini hingga ke malam. Shida menguruskan jualan gerai dan kami berkesempatan melihat asrama putera dan puteri, khasnya bilik Ain Hanani. Asrama puteri ternyata lebih indah dan kemas dihias!

Pulang ke rumah jam 3 petang.

Ada seorang rakan saya bertanya; Ustaz kerja ke hari ini? Saya katakan, tidak, tapi kena datang sekejab ke ofis, ada program. Pada saya, apa-apa program universiti yang melibatkan orang luar, seharusnya sebagai staf, kita perlu hadir. Biarlah kita bukannya AJK, tetapi sebagai tuan rumah, tiada salahnya kita mengembirakan tetamu yang hadir. Rasululah mengingatkan kita; "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya."

Pada malamnya kami menghadiri kenduri tahlil di dua buah rumah; pertama di rumah Tn Haji Jaafar Arsyad bercukur jambul cucunya dengan diiringi Selawat; dan kedua di rumah En Abdul Ghani Rahmat, juga rakan akrab setaman. En Ghani mengadakan majlis 'Lenggang Perut' kalau ikut tradisi orang dulu, tapi pendekatannya kali ini jauh lebih baik. Kumpulan Wanita yang datang lebih awal membaca surah Maryam manakala kumpulan lelaki yang datang selepas Isyak membaca surah Yusuf. Satu perubahan yang amat baik untuk diikuti. Semoga Nurul mendapat anak yang soleh berbakti kepada agama dan negara, sehebat atuknya!

Friday, July 10, 2009

TOYOL

Lagu 'Toyol' dendangan Sudirman popular sekitar 80an (April 1980) seiring dengan cerita komik 'Toyol' yang disiarkan setiap minggu melalui akhbar Mingguan Malaysia karya (?, maaf tak ingat pelukisnya). Cerita komik toyol tidak sampai kesudahnya kerana pelukisnya meninggal di Mekah ketika itu. Namun lagu 'toyol' terus kekal diingat hingga kini lebih-lebih lagi dengan slot drama 'e-toyol' lewat TV3.

Anak-anak saya suka menonton cereka ini dan sukakan lagunya. Dalam koleksi peribadi (ihsan sdr Omar Zaki -Jaki online) ada lagunya untuk didengar. Pada saya lagu Sudirman ini ada mesej juga, paling tidak disuruh basuh kaki (berwuduk) sebelum tidur, dan mesej lelucon -kelakar yang jelas pada setiap bait.

Toyol (Sudirman)

Toyol dia datang padaku berlari-lari
tolong ke mana kukan pergi
toyol kenapa pula aku yang engkau cari
tolong rupanya hudoh wooh

Kepala botak matanya terbeliak
giginya bertaring merata-rata
ee seramnya kumelihat rupanya
melambai-melambai ketawa pula
apa yang kau mahu datang kepadaku
aku sudah tahu asal usulmu
wahai toyol jangan ganggu

Badannya montel comel perutnya buncit
Terkedek-terkedek, terpanggil-panggil
Ee tajamnya taring dan juga kuku
tercari-tercari jari kakiku
Apa yang kau mahu datang kepadaku
aku sudah tahu asal usulmu
Wahai toyol jangan ganggu

Padamu toyol sebenarnya ku tak rasa takut
sengaja aku bersembunyi menggeletarkan musuh
Pergilah toyol jangan ganggu
Manalah ada duit di saku, mana-mana, mana ada.

Toyol dia datang padaku berlari-lari
tolong ke mana kukan pergi
toyol kenapa pula aku yang engkau cari
tolong rupanya hudoh wooh

Kakinya kontot tapi larinya kencang
menghambat-menghambat dari belakang
dikuat pukulan buku limanya
menghentak-menghentak sakit kepala
Apa yang kau mahu datang kepadaku
aku sudah tahu asal usulmu
wahai toyol jangan ganggu

Tiba-tiba aku rasa sakit di kepala
terjatuh dari katilku sungguh besar benjolnya
rupa-rupanya ku bermimpi,
tidur tadi aku tak basuh kaki
mimpi-mimpi, cuma mimpi.

Toyol jika kau datang lagi ke dalam mimpi
aku ajak engkau menari.
Toyol jika kau ada lagi di zaman ini
aku ajar engkau menyanyi.

Wednesday, July 8, 2009

TANGGA DAN WARUNG BARU

Warung-warung sementara ditempatkan di bawah khemah.
Tangga baru, jalan pintas ke masjid dan Dataran NR

Zohor tadi saya melalui jalan pintas yang biasa diikuti sebelumnya dengan memanjat bukit ke Dataran NR, pintas terus ke masjid. Terperanjat apabila tiba-tiba tangga besi berdiri tegak memudahkan perjalanan. Dan tangga besinya agak besar dan kukuh, walaupun tidak siap sepenuhnya lagi. Laluan pintas ini menjimatkan beberapa langkah untuk ke masjid melewati tangga LT 1 dan LT2.

Di sebelah kanan Dataran NR pula beberapa buah gerai telah mula beroperasi. Saya tanyakan seorang pelajar, katanya makanannya sedap dan harga berpatutan.. Ini beberapa langkah segera UiTM bagi menampung pertambahan pelajar semseter ini. Selepas Zohor, saya cuba nasi ayam cantonis, bolehlah..

Tuesday, July 7, 2009

KEMATIAN ITU TIDAK PERNAH DIDUGA

Kematian itu tidak pernah diduga. Tiada siapa yang tahu, tentunya. "Apabila sampai ajalmu, tidak akan dilewatkan sesaat dan tidaklah pula dipercepatkan walau sesaat".

Kelamarin dua berita kematian dalam kalangan keluarga terdekat. Pertama, Pak Cik Dasuki iaitu bapa saudara (adik bapa mertua) yang telah lama mengidap kencing manis. Pemergiannya seakan dijangka begitu.

Kedua, saudara sepupu; Ustaz Mat Zain Abdullah yang masih bertugas di SMK Naka, Kedah. Orangnya pendiam, tenang dan baik; pemergian yang tiba-tiba akibat serangan jantung, dikhabarkan. Saya pernah mengambil tesisnya sebagai rujukan dalam kajian yang dijalankan, terima kasih semoga ia menjadi amal jariah tuan.

Kematian pastinya datang, giliran kita entahkan bila dengan persediaan yang tidak seberapa ini. Sering sahaja saya berpesan kepada En Najib, penggali kubur Kg Berata untuk menempah satu ruang tanah kubur di sini! Di Segamat!

Monday, July 6, 2009

SEMESTER BARU BERMULA

Semester Julai - November bermula hari ini. Jadual kelas telah ditetapkan dan jadual saya amat cantik; hari Isnin satu kelas 4 - 6 petang; Selasa 8 -10 pagi dan 2 - 4 petang, Rabu dan Khamis kelas 8 - 10 pagi dan 4 - 6 petang pada setiap hari. Dan Jumaat nampak free.

UiTM tidak seperti universiti lain. Kami biasa mengajar 16 - 20 jam seminggu, yang jumlah jamnya lebih berat daripada seorang guru di sekolah. Namun itulah keistimewaan UiTM yang mengekalkan konsep 'teaching university' walaupun kita berhasrat mencapai taraf Research University. Pada kami, bebanan jam pengajaran tidaklah menjadi halangan utama untuk kami menjalankan kajian, menulis dan membuat sumbangan kesarjanaan seperti yang dilakukan oleh pensyarah U lain. Sesungguhnya kami berpuas hati dengan bebanan ini, tanggungjawab untuk memajukan anak bangsa (Bumiputera) agar mereka mampu bersaing dengan rakan lain di U lain..

Aktiviti kemasyarakatan masih menjadi agenda; Ahad kelmarin saya menghadiri mesyuarat jawatankuasa Badan PIBG Sekolah Agama Buloh Kasap. Selaku Pengerusi (dah tiga tahun), fokus utama ialah untuk membantu sekolah berkenaan mencapai matlamat pendidikan dan pembinaan diri pelajar. Soal wang ringgit memang ada kekangan, namun ada jalan keluar yang boleh diatasi. Meeting satu jam setengah dan kami luluskan elaun kelas tambahan untuk guru, sumbangan motivasi, baik pulih atap kantin, kerosakan bilik air dan lain-lain. guru Besarnya tersenyum puas!

(Maaf hp saya rosak.. jatuh parit kat kebun Sabtu lalu..)

Friday, July 3, 2009

MASUK PENJARA KAJANG

Macam banduan JI je..



Hari ini saya masuk ke Penjara Kajang bersama Sdr Ariff dan Alizah Ali, bukan sebagai banduan tetapi bercadang untuk menjalankan kajian pada satu bidang yang baru.. Disambut Puan Shamrah begitu mesra dan beberapa bahan kajian dapat kami ambil untuk dijadikan asas kajian kelak.. Namun masih banyak yang perlu dicari..

MODUL 1 PEMBANGUNAN PELAJAR




Semalam (2 Julai) Modul 1 Pembangunan Pelajar dijalankan kepada pelajar baru. (Meeting Akademik berlangsung pada 10 pagi, mendengar luahan Prof terasa beratnya beban dipikul dengan kesilapan/ kesalahan tertentu kalangan staf).

Modul berlangsung dari pagi hingga 11 malam dan saya mendapat kumpulan yang OK walaupun seorang dua yang ketiduran sahaja. Fahamlah pelajar baru yang kena bangun awal pagi dan tidur jam 12 atau lebih..

Setiap modul dibekalkan skima pengajarannya dan ia wajib dibuat, namun kreativiti fasilitator amat perlu bagi memastikan modul itu berkesan dan mesej yang hendak dibawa itu sampai ke sasaran. Elemen selingan dirasakan penting dan amat perlu bagi mengelakkan pelajar boring dan 'menjadi pendengar yang pasif'. Selingan yang biasa saya lakukan ialah tepuk lalat, malam tadi diajarkan pula tepuk drumstik dan main futsal. Biarpun nampak macam main, tapi kita perlu kaitkan dengan mesej yang hendak dibawa.

Nampak ceria peserta kumpulan saya dan masing-masing memberi respons yang baik. (Bila ada seorang pelajar bermasalah, Allah tunjukkan cara mana kita melentur emosi dan keegoannya). Semoga semua anak-anak saya 27 orang ini berjaya dengan cemerlang.

Thursday, July 2, 2009

PELAJAR BARU (1400)




Penuh Dewan Seri Temenggung dengan 1400 pelajar baru yang mendaftar kali ini; mungkin yang teramai dalam sejarah UiTM Johor. Dalam ramai-ramai itu, yang kita cari ialah mereka yang bersungguh-sungguh mahu belajar, punyai jati diri, sedia menerima perubahan ke arah yang lebih baik dan yang penting komitmennya untuk berbakti kepada agama dan negara.

Untuk menghasilkan produk yang baik, tentunya pengajar dan pembimbing juga perlu punyai kualiti dan ketulusan diri untuk membimbing mereka.

Berburu ke padang sasar
mendapat rusa berbelang kaki
berguru kepalang ajar
bagaikan bunga kembang tak jadi

Wednesday, July 1, 2009

JAMBATAN KG BATU BADAK



Jambatan yang kami lalu setiap hari ini akan diroboh dan digantikan dengan yang baru yang lebih besar, tentunya.

WAJAH BARU



UiTM Johor sedang rancak dengan projek menaiktarafkan bangunan dan kemudahan persekitaran. Banyak bangunan yang sedang dicat termasuklah Masjid As-Syakirin, blok pensyarah (A dan B), di samping beberapa projek bangunan berjalan lancar; bangunan akademik di bukit baru (nak namakan bukit apa ni ya? Blok Akademik Ledang....?), sementara di sebelah Blok Seri Laksamana pula akan dibangunkan bangunan asrama baru.

Ramai kontraktor yang mendapat projek dan tentunya mereka berpuas hati mendapat projek itu dan ini..

Semoga UiTM Johor akan berubah wajah; fizikal dan spritualnya.

Tuesday, June 30, 2009

HARI TERBUKA SEKOLAH

Zaim berjaya mewakili daerah Segamat dalam pertandingan Saintis Muda.

Minggu lepas banyak sekolah yang membuat hari terbuka; memberi peluang kepada ibu bapa melihat prestasi tahunan anak-anak mereka di sekolah. Beberapa waktu boleh juga bersua dengan para guru yang jarang-jarang dikenal.

Mulanya Afif dimana MRSM menghantar result pertengahan tahun. Syukur dia mendapat beberapa A, namun keseluruhannya berbanding rakan-rakan lain, risau pula dibuatnya. Lagi-lagilah dia ini jenis menyendiri dan bagaikan kehilangan kawan mahupun guru-guru lamanya di SMK Seri Kenangan. Afif kena sedia menerima kenyataan dan lebih positif yang tentunya akan membuahkan hasil.. Dunia (dan persekitaran) tidak semua boleh diubah, tetapi kita yang perlu berubah dan mampu menyesuaikan diri; itulah rahsia jika mahu berjaya.

Ain Hanani di SMK Seri Kenangan dimaklumkan mendapat 8A dalam tingkatan 2-nya. Tahniah. Saya sempat berjumpa cikgu kelasnya; Cikgu Rozlin, merakamkan penghargaan terima kasih dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir pada hari terbuka. Anak dara ini, merisaukan juga, risaukan dirinya yang... Ain, jagalah dirimu sebaik ummi menjagamu. Abah tahu Ain seorang yang cukup baik.

Ahmad Zaim yang akan mengambil UPSR dikhabarkan mendapat 5A, syukur Alhamdulillah. Semoga kejayaan ini akan dibuktikan pada peperiksaan sebenar kelak. Sekolah agamanya hanya mendapat tempat ke 4, kira OK lah tu.. tapi kita tahu lebih banyak main daripada belajar.

Atifi, dengan berat badannya, risau dan mengganggu pergerakannya. Menjadikannya lambat, tidak pantas! Hanya satu A, 3 B dan 1C.. Dah kena rotan 10 kali.. tapi sikit je tu... bilangnya aje 10, tapi terasa pun tidak! Atifi, awak ni kena pantas bergerak, pantas bertindak dan pantas pula berfikir... Sekolah Agama tempat ke tiga.

Nuha yang baru Tahun 1 di SK Batu Anam mendapat tempat ke dua dalam kelas, tempat pertama di sekolah agama. Terperanjat dia sebenarnya dengan apa yang dia dapat... Tahniah Nuha.. hanya si comel ni kuat nangis.. cepat sahaja air matanya berderai kalau cari itu ini tak ada, kalau kena suruh.. hai si comel abah ni..

Ibrahim, maaf tak ada nombor.. hanya tahu mengarahkan itu dan ini. Kasihan umminya yang tahan sabar melihat karenahnya.. Ya Allah berikanlah kejayaan kepada kami semua, kepada anak-anak kami, anak-anak jiran kami, anak-anak semua muslimin...

Baru tadi Zaim pulang dari Karnival Sains (Saintis Muda) di SK Maokil dan dia bersama seorang kawannya (satu team) berjaya dinobatkan sebagai juara daerah dan akan mewakili Segamat di peringkat negeri nanti. Tahniah Zaim!

BUNGA KEMBANG CINA


Bunga ini tidaklah sukar hendak ditanam, hanya ambil batangnya dan cucuk ke bumi. Pastikan ia mendapat air yang cukup dan tiba masanya, iapun berbunga. Warna putih dan harum semerbak cukup memberi kepuasan kepada penggemar bunga.
Sayangnya kerana ia kembang sehari dua sahaja.

BUAH KUNDANG





Jarang anak-anak sekarang mahu makan buah kundang, malah pokoknya pun semakin pupus. Semasa kecil dahulu kami selalu ke hutan dan mencari buah ghemia (remunia) yang seakan buah kundang juga; yang muda dicicah sambal dan yang masak dimakan begitu saja. Rasanya yang masam dan sedikit manis dengan warna kuning memikat hati, seakan-akan anggur jua..

Pagi Ahad lalu Haji Hasan mengajak saya memetik buah kundang, dan kenalah saya memanjat pokoknya yang agak tinggi.. Gayat jadinya. Dan kepada anak-anak kenalah saya tunjukkan cara memakannya.. kena hiriskan, baru hendak makan. Alahai anak-anakku.

KOPERASI MASJID NEGERI JOHOR

Selain Sijil Pendaftaran Koperasi, RM1000 diberi galakan oleh MAIJ.



27 Jun lalu Surau Al-Muhajirin Taman Yayasan secara rasminya mendapat Sijil Pendaftaran Koperasi Masjid, antara lima buah masjid pertama di Negeri Johor dan di Malaysia amnya. Johor adalah negeri pertama yang mewujudkan koperasi di masjid dan diharapkan Koperasi Masjid Al-Muhajirin Buluh Kasap Segamat Berhad akan mampu menjana ekonomi kepada warga setempat.



Majlis ini disempurnakan oleh EXCO Agama Negeri; Dato' haji Zainal Abidin Osman dan turut hadir Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Dato' Mangsor Saad yang diadakan di Masjid Bandar Baru Uda, JB.



Pihak surau diwakili En Abd Ghani Rahmat, En Rahman Mohd, En Idris Tohiran, Haji Manan dan saya. Pada sesi taklimat masjid BBU, menampakkan betapa fungsi masjid amat besar dan berupaya mengembangkan kepakaran dan jalinan komuniti yang begitu hebat. Di sinilah model terbaik untuk diikuti bagi meletakkan masjid pada tempatnya yang sebenar.

Saturday, June 27, 2009

MITCHAEL JACKSON DIVA YANG PERGI..

Seorang diva dunia pergi buat selamanya pada hari ini. Penyanyi pop berusia 50 tahun yang banyak meninggalkan lagu, rentak, irama, style, gaya, tarian, fesyen dan menjadi idola suatu ketika dahulu. Biarpun banyak perkara hitam dilalui, namun kesudahannya menerima Islam sebagai agama adalah suatu yang luar biasa, pada pandangan saya.

Tentunya sebagai seorang penyanyi yang berlingkar pada suasana bebas Amerika, sukar tentunya seorang 'saudara baru' sepertinya memahami dan menghayati Islam dengan baik. Kekurangannya terpulanglah kepada Allah untuk menerima, dan kita mengharapkan yang terbaik itu kekal menjadi ibadah kepada beliau.

(Ketika saya berdoakan keampunan kepada MJ pada solat Isyak di surau tadi, ramai jemaah yang terkejut dan mengaminkan doa yang dibaca.. Sebagai saudara seagama, hulurkanlah doa pada ketika dia amat memerlukan doa kita..)

Friday, June 26, 2009

UiTM MELANGKAH KE ARAH RESEARCH UNIVERSITY (RU)

Tinggi harapan UiTM bagi mencapai taraf Research University termasuklah dalam penghasilan jurnal berimpak tinggi. UiTM mempunyai lebih 58 jurnal yang diterbitkan saban tahun melalui berbagai fakulti dan jabatan. Kini kita berusaha untuk mendapatkan beberapa artikel yang baik dan layak untuk diberi nafas baru bagi penerbitan pada jurnal impak tinggi yang mendapat sitation yang tinggi.

Semoga usaha terakhir ini dapat membantu pencapaian UiTM.

(Upena Johor diharap mendapat Koordinator baru bagi memberi momentum yang lebih berkesan menjelang penarafan RU)

WAN AZIAH (?)

Dalam perjalanan ke Shah Alam 25 Jun lalu, saya singgah mengisi minyak di Petronas. Seorang wanita kelihatan memerhatikan saya, dia memakir semula keretanya dan datang menegur saya. Rupanya dia adalah bekas pelajar saya semasa di UiTM Sabah dahulu. Sejak 1996 saya tingalkan Sabah, sejak itu tidak banyak perkembangan yang diikuti. Ramai bekas pelajar yang berjaya dalam kerjaya mereka, ada yang menjadi pensyarah, usahawan, pegawai kerajaan dan berbagai lagi.

Wan Aziah saya kenal rapat dahulunya, namun setelah lama tidak berhubung, tiada langsung ingatan lagi kepada nama ini. Sikapnya yang mahu menyapa melihatkan ketulusan diri dan saya amat hargai sikap anda. Dia boleh berlalu tanpa menegurpun kerana saya tidak pernah ingat namanya lagi, namun seorang guru amat teruja dengan penghargaan seperti ini. Guru tidak mengharapkan balasan, sekadar penghargaan dan terima kasih.

Semoga anda berjaya.

Thursday, June 25, 2009

CERAMAH PROF DR HJ MUHD KAMIL DI SMKSK

Malam tadi warga SMK Seri Kenangan bertuah kerana berpeluang mendengar ceramah Prof sempena dengan 1 Rejab dan puasa perdana anjuran PIBG dan pihak sekolah. Bermula dengan bacaan Yasin dan berbuka puasa, solat Maghrib dan solat hajat; acara nampak sungguh meriah dan ramai kalangan ibu bapa (Ting 3 dan 5) yang hadir.

Selepas Isyak, sesi ceramah mendapat perhatian dan tumpuan pelajar (dan ibu bapa). Pada mulanya saya risau juga bila suasana dewan yang padat dan seakan bising yang mungkin sukar hendak dikawal, namun apabila Prof memegang mikrofon, suasana tenang dan pelajar memberi perhatian penuh. Syukur.

Banyak yang Prof nyatakan; terutamanya perlunya pelajar (dan kita) mempunyai AZAM, NIAT dan IMPIAN yang hebat untuk memulakan langkah ke pintu kejayaan. Selain itu, faktor keberanian menjadi pendesak kepada apa yang diimpikan. Namun ia perlu bermula dengan kejayaan dalam pelajaran dan yang utama hubungan dengan Allah.

Curahan semangat seperti ini memberi bekas kepada pendengar dan semoga SMKSK akan mencipta kecemerlangan sulung SPM pada tahun ini.

Terima kasih Prof (dan Puan Raudzah yang turut hadir) atas sumbangan beliau kepada kami.

(Saya suka tengok Prof yang simple; sedia menjamah nasi ambang -ambeng- dan kuih kuici yang mungkin menjadi kegemarannya. Berkali-kali Puan Hajah Zainab (Pengetua) berbisik menyatakan kegembiraannya, syukur).

Tuesday, June 23, 2009

1 REJAB

Esok bermulalah bulan Rejab bagi tahun ini, bererti hanya dua bulan lagi Ramadan akan tiba. Eloklah rasanya Rejab ini kita jadikan titik mula untuk menyambut kedatangan Ramadan dengan berpuasa sunat.

Rasanya lama juga tidak berpuasa sunat. Maklumlah kita ini jenis tak rajin nak berlumba dalam ibadah, tapi rajin berlumba nak cari harta.. tak salah tu, asalkan betul caranya.

Semoga Rejab ini akan menyemarakkan iman dan persediaan kita untuk Ramadan.

Selamat berpuasa sunat.

JAMUAN UNTUK RAKAN-RAKAN UiTM




Hari ini kami (saya dan Ust. PM Che Zuina) menyempurnakan hajat kami mengadakan sedikit jamuan tengah hari untuk rakan-rakan sepejabat. Alhamdulillah kerana pengurusan UiTM Johor turut serta, esp Prof Dr Haji Muhd Kamil, PM Zaluddin, En Badrul (Pendaftar) dan rakan-rakan lain. Ramai juga kelihatannya..

Terima kasih kepada semua rakan yang datang merai. Terima kasih kepada Bahagian Fasiliti UiTMJ yang menyediakan kelengkapan jamuan sebaiknya; terima kasih kepada rakan yang membantu itu dan ini, dan terima kasih kepada semua.

Prof dalam ucapan ringkasnya tidak putus-putus menyeru warga UiTM, khasnya pensyarah untuk meningkatkan promotion kerana ruang di UiTM boleh membantu kenaikan dengan lebih baik. Semoga rakan dan sahabat mendapat manfaat dan berhasil pastinya.

(Orang kata keknya sedap; bolehlah buat promotion)

Saturday, June 20, 2009

ASPIRASI PARA USTAZ

Pendidikan Islam tidak hanya pada akademiknya, malah pada pembangunan modal insan; memantapkan manusianya. Pelaksanaan kesarjanaan pada nilai utama manusia seiring dengan etika diamalkan. Buku Nilai Etika perlu diteliti dan dihayati.

Budaya; cara berfikir, adat, perlakuan menjadi warisan pada semua kaum.

Manusia fitrahnya suci dan bersih, namun persekitaran membantu perubahan itu. Namun pada ustaz, mereka ada fitrahnya tersendiri, fitrah yang mungkin merubah bentuk penghayatan. Berkomuniksi menentukan aspek kejayaan peribadi, leluhur pernyataan; bertaut dengan Allah

Mulakan dengan keikhlasan; bertaut dengan Allah berkasih dengan manusia; fadhilat takwa, carilah penawar Ilahi, bagaimana memperoleh keberkatan hidup, kita hanya juara bila beriman dan beramal.

Thunami politik negara dan cabaran ekonomi negara semasa mengundang dan menjemput para ustaz lebih terkehadapan; menjadikan Islam sebagai landasan perpaduan bangsa dan agama. Kepimpinan, inovasi, keusahawanan, perhubungan luar, jaringan indstri, penyelidikan pembudayaan kualiti (QQ5E) menghambat tugasan para ustaz.

Friday, June 19, 2009

KONFERENSI PENIDIKAN ISLAM- CITU UiTM




Hari ini kami berada di Pasir Gudang (bukan gudang pasir?), menghadiri konferensi yang menghimpunkan seluruh warga CITU Malaysia. Bertolak dengan bas seawal jam 10 pagi dan solat Jumaat di Simpang Renggam... dan tiba sekitar jam 3.30. Pertama kali saya menjejak kaki ke Pasir Gudang, khasnya Hotel Selesa yang agak selesa juga.
Konferensi ini meriah dan menjadi lebih meriah dengan pertemuan rakan dan sahabat lama dari seluruh negara. Agenda utama kami ialah mencari jalan dan hala tuju ke arah memantapkan peranan CITU di UiTM, membantu seupaya mungkin UiTM ke arah mencapai RU.. Itu ikrar dan janji kami.

(Agak terkilan kerana tidak dapat memenuhi hajat Tn Haji Daud yang akan melangsungkan perkahwinan anaknya, Dr Farhana pada 21 Jun nanti. Maaflah bukan rezeki saya untuk membantu sahabat baik saya berewang dan berkenduri di rumahnya..)

Rakan setugas si Hanyza pula terpaksa berkurung di rumah kerana sakit (MC), dan kasihan kepadanya kerana mungkin banyak kerja UPENA yang dibuat hingga lewat malam... akhirnya terpaksa bercuti rehat di rumah.

Petang ini juga kami mendapat berita Pak Rahman, bekas pengawal keselamatan UiTM kembali ke rahmatullah. Semoga Allah menerima segala amal baiknya.. Semasa hayatnya, dia seorang yang amat baik, amin..

Thursday, June 18, 2009

WORKSHOP ON JOURNAL ARTICLE WRITING

Kalau ada sumur di ladang...
Alhamdulillah, UPENA hari ini dapat menganjurkan bengkel ini dibimbing Prof Madya Dr Nooreiny Maarof, Fak Pendidikan UKM yang dihadiri 100 pensyarah. Program kali ini banyak digerakkan Puan Nor Haniza, Nathan, Adilah, Soo, Shamsatun Nahar, Rohani J, Noraisyah, Maz, James, Tay dan rakan-rakan.. Terima kasih kepada urusetia yang buat program dan tidak kisah sangat soal masa, wang dan tenaga... Sukar nak cari rakan yang seperti ini..

Programnya menarik dan banyak yang dapat dikongsi khasnya mengenai penggunaan ayat yang sesuai bagi sesebuah jurnal. Harapan besar UPENA mahu melihat lebih ramai rakan kita yang berjaya menerbitkan bahan bermutu melalui jurnal berwasit bagi menjayakan impian mencapai taraf Research University. (Staf UiTM Bandaraya JB pun datang 7 orang.. terima kasih).

Wednesday, June 17, 2009

SEKOLAH AGAMA TAMAN YAYASAN

Puan Rozita, Ust Jumaat, Ust Naza, Ust Sulaiman (En Hanafi, tiada dalam foto)

Telah lama kami berusaha untuk mendapatkan sebuah sekolah agama di Taman Yayasan. Sejak 2005, saya membentuk jawatankuasa penaja sekolah dan mengadakan 'mesyuarat penajaan' untuk menubuhkan sekolah ini. Surat permohonan kepada Pejabat Agama Johor kita hantar beberapa kali, hinggalah kini kali keempat pada 2009.



Semalam staf Pejabat Agama Segamat (juga rakan baik saya) membuat lawatan ke Kolej Yayasan Pelajaran Johor di Taman Yayasan bagi menguruskan soal sewa menyewa bangunan untuk dijadikan sekolah agama. Alhamdulillah nampaknya pihak YPJ bersedia menyediakan ruang kelas untuk disewa, dan kami mengharapkan sekolah ini dapat beroperasi menjelang Julai nanti.



Ustaz Nazarudin pula menggesa pihak kami memohon peruntukan pembinaan sekolah baru (kekal) di Taman Yayasan, memandangkan rezab tapaknya sudah sedia ada. Insya-Allah perkara ini lebih mudah diuruskan jika 'sekolah sementara' diwujudkan sebagai bukti kepada pembangunan pendidikan agama.



Ya Allah permudahkanlah urusan kami untuk kami berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta.

Monday, June 15, 2009

KESYUKURAN

Awal pagi Sabtu saya ke pasar membelikan itu ini untuk dimasak pada majlis tahlil kesyukuran malam nanti. Tidak ramai yang dijemput, sekadar jemaah surau dan jiran tetangga.

Namun pagi itu saya terpaksa memenuhi undangan menjadi DJ bagi majlis kenduri di Ekin Restoran yang telah lama mengajak. Pada kami, ini hanyalah satu lagi medan dakwah, mengajak dan memberikan sedikit info kepada tetamu yang hadir. En Ghani menyediakan peralatan PA system secukupnya. Majlis berakhir jam 4.00 petang.

Pulang ke rumah membantu Shida dan anak-anak membuat persiapan apa yang patut. Kak Salmi dan abang Awam dari Selancar datang seketika membawakan kek lapis hijau dan jeli. Terima kasih.

Malamnya, Alhamdulillah ramai yang datang; dalam 120 barangkali. Namun makanan tentunya banyak yang lebih kerana sudah terlalu banyak makanan yang hendak dimakan di Malaysia ni.. Kenduri siang tadipun bukan satu, malah sampai 3 - 4..

Syukur kerana sahabat handai datang merai. Kesyukuran pada Afif yang belajar di MRSM TGB, Jasin, Zaim yang akan mengambil peperiksaan UPSR, dan kebahagiaan kami sekeluarga..

'Maka dengan nikmat Tuhan mana lagi yang kamu mahu dustakan!"