Monday, February 25, 2008

SEPANDUK

GANTUNG SEPANDUK: POLIS DAN BN

Kempen politik telah lama berjalan, baik atas nama kerajaan mahupun aktiviti sosial. Bila pembubaran Parlemen, lagi semarak perang poster biarpun belum harinya penamaan calon. Tindakan polis dan pihak berkuasa tempatan menurunkan poster-poster pembangkang kini menimbulkan kontroversi. Sememangnya poster tidak boleh digantung di tiang lampu atau tiang milik kerajaan. Namun hakikatnya, poster BN dan pembangkang telah sedia banyak tergantung di tempat macam itu. Kenapa pula pihak berkenaan sengaja mahu menimbulkan kekecohan dengan menurunkan poster pembangkang.

Mudahnya, perkara ini akan dilihat –dan dibaca- bahawa polis dan PBT adalah agen BN yang sah. Polis akan hilang kredibilitnya sebagai penjaga keamanan dan ketenteraman awam. Salah apanya jika semua pihak sama ada pembangkang dan BN menggantungkan poster di mana-mana ruang yang sesuai tanpa campurtangan pihak berkuasa. Di sini akan nampak kedudukan polis dan PBT bersikap terbuka dan memang sebenarnya mengamalkan demokrasi.

No comments: