Tuesday, April 22, 2008

LAWATAN KUALITI KE UiTM MELAKA

Bas bertolak pada jam 7.30 pagi -22 April 2008- membawa rombongan AJK Kualiti UiTM Johor ke UiTM Melaka disertai 22 orang peserta. Kedatangan kami disambut mesra Ketua Unit Kualiti, Cik Hayati Abd Hamid – yang lebih mesra dipanggil Che Yat – dan AJK-nya. Daripada taklimat yang disampaikan, banyak perkara yang boleh dikongsi, termasuklah pelaksanaan e-voting, e-books, sistem tatatertib (STEP), e-MP (aduan maklumat pelanggan) dan lain-lain.

Rasanya banyak perkara yang kita kena adakan seperti frame pengurusan yang dipamerkan pada sudut tertentu, pembentangan semula kajian yang telah dibentangkan pada seminar di luar, laporan amalan terbaik yang telah dijalankan, dan banyak lagi.

Selepas sesi taklimat, kami dijamukan nasi berlauk asam pedas ikan pari sebelum dibawa bertemu Ybhg Pengarah UiTM Melaka, PM Dr Mizan. Taklimat ringkasnya menyebut pentingnya kita mengamalkan sincierity (kejujuran) dan strategi, dengan melihat kekuatan UiTM Johor dan Melaka pada tahap yang sama, saling bersaing dalam perkara yang positif.

Lawatan diteruskan ke Kampus Bandaraya Melaka di Graha Maju. Ternyata gah dan hebatnya UiTM mampu bertapak di tengah pusat bandaraya Melaka dengan sebuah kompleks pendidikan tertinggi dan terhebat. Layanan staf UiTM Melaka amat mengharukan, menjemput dan mengiringi rombongan hingga ke pintu bas! Tahniah dan terima kasih kepada UiTM Melaka.

1 comment:

Rina said...

wah... ustz, bestnya ikut rombongan cik kiah ke melaka!

ikan pari asam pedas tu favourite sy. mak aihh! kecur air liur sy.

dorg hntr sampai pintu bas ke ustz? next time mintak dorg hntr sampai segamat laa ustz. baru syok sikit! hehehe...