(Nam Jahanam merujuk kepada foto Lina Joy dan rakan peguamnya yang disebar luas melalui internet)
Kes Lina Joy memang menarik perhatian umat Kristian dan Islam di Malaysia bg menentukan status kebebasan beragama. Sememangnya kita bebas beragama, cuma bg penganut Islam, mereka tidak diberkan hak kebebasan beragama ini kerana adanya larangan 'murtad'.
Kes Lina Joy memang menarik perhatian umat Kristian dan Islam di Malaysia bg menentukan status kebebasan beragama. Sememangnya kita bebas beragama, cuma bg penganut Islam, mereka tidak diberkan hak kebebasan beragama ini kerana adanya larangan 'murtad'.
Pada saya umat Kristian perlu diberikan hak mereka beragama dan sekiranya pertubuhan Melayu Kristian diluluskan, saya fikir tiada salahnya. Ia bagi memudahkan kerajaan memantau gerakan mereka yang berjalan secara sah, tidak secara subversif. Malaysia sebuah negara mengamalkan pasaran terbuka, so sesiapa yang bijak berniaga, bijak berkempen, bijak berusaha dia pasti akan berjaya. masalah sekarang umat Islam tidak bijak berniaga, tidak bijak menjaja ISLAM ke tengah masyarakat lain. Mereka hanya tahu menyalahkan Kristian dan Lina Joy sedangkan negara kita tidak mampu melaksanakan hukum Islam, hukum murtad yang terang-terang untuk menjaga kepentingan umat Islam semata.
Kegagalan kita jangan kita menunding tangan ke pihak musuh, sebaliknya mengambil iktibar agar kita lebih berani, lebih bijak dan lebih gigih berusaha memperdagangkan ISLAM ke tengah masyarakat; baik masyarakat muslim/Melayu mahupun non-muslim.
1 comment:
Melayu kita memang suka menyalahkan orang lain dan berpura-pura baik.. tak pernah nya nak cermin diri sendiri sebelum duk tuding jari ke muka orang lain... Inilah sikap melayu... dengan sikap ni lah, melayu tak kan kemana...
Post a Comment