Tuesday, April 22, 2008

NORLINA ALAWI DAN PERNIM

Norlina Alawi dan PERNIM

Pada Jumaat lepas (18 April 2008) saya menerima panggilan pertama dari Hajah Norlina Alawi yang memperkenalkan dirinya sebagai ibu dan penjaga kepada kanak-kanak HIV. Terperanjat juga saya dibuatnya kerana seribu harapan besar diletakkan kepada saya untuk menulis dan menghasilkan sebuah buku mengenai catatan perjalanannya dalam mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak HIV dan anak-anak terbiar.

Kebetulan ketika itu saya berada di Selangor, lalu esoknya (Sabtu) saya menghabiskan sepetang melihat sendiri apa yang dia lakukan di PERNIM. Saya pergi bersama isteri dan Kakak Shima (kakak ipar). Terharu. Kagum. Hebat. Hebat betul apa yang dilakukan, dikorbankan oleh Hajah Norlina. Dengan anak kandunAapa lagi yang ada pada beliau sekelurga untuk terus memelihara anak-anak ini? Dua tiga hari saya termangu memikirkan apa yang perlu saya tulis, dari mana perlu saya mula dan apa yang perlu saya fokus.. hingga terbangun di malam hari dan..

Ya Allah, berilah kekuatan kepada hamba-Mu ini dan berilah ketabahan dan kemudahan kepada Hajah Norlina sekeluarga membesarkan anak-anak terbuang. Hanya Allah yang lebih mengerti.

2 comments:

Daia said...

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.Setiap anak yang lahir ke muka bumi ini tiada dosa. Harapan saya,semoga Hajah Norlina hadapi dengan peenuh sabar.Kesabaran itu penting dalam kehidupan kita. semoga apa yang dilakukan oleh Hajah Norlina di dunia ini akan mendapat ganjaran di akhirat kelak. Insya Allah.

YEMTY said...

salam,setiap perbuatan yang kita lakukan dengan niat lilahi'taala akan dapat pembalasannya di akhirat kelak.apa jua yang Hajah lakukan saya menyokong penuh .semoga Allah merahmati Hajah sekeluarga .AMIN.....................:)