Friday, May 9, 2008

EN GHANI..

Antara rakan yang saya kagumi kerana kesungguhan dan ketulusan dalam kerja amalnya ialah En. Ghani, salah seorang Pengurus di Kilang Mitsumi Batu Pahat yang menetap di Taman Yayasan. Beliau banyak dan terlalu banyak membantu orang ramai dan aktiviti/ keperluan di surau. Alatan PA system-nya sememang digunakan pada setiap kali majlis besar diadakan. Tenaga kerja yang dihulurkan tiada banding, begitu juga isteri beliau; Puan Hasnah.

Suatu hari saya lahirkan rasa syukur dan terima kasih kepadanya, dan dia menjawab...
"Tak ke mana pun amalan kita.. Apa yang kita lakukan hanya sekadar segengam garam tumpah ke laut, tak mungkin laut bertambah masin.." 7 Mei 2008 13:29

No comments: