Tuesday, May 20, 2008

SIAPA TUN MAHATHIR?

Tun seorang politikus yang bijak, strategik dan keras kepala (Maaf kalimah ini mungkin tidak tepat, tapi begitulah Tun, dia akan buat apa yang dia nak buat, masakan Proton, Jambatan PP boleh wujud jika tidak dengan penderiannya seperti itu?). Dia tega melakukan apa sahaja asalkan matlamatnya tercapai. Sejak dari zaman Tengku Abd Rahman lagi, dia berani bersuara menyatakan kebenaran menurut apa yang dirasanya. Sebab itu, Tengku menyingkirnya daripada UMNO dan dia bermukim di Langkawi. Pada zaman Tun Razak, dia diambil kembali ke dalam UMNO dan menjawat jawatan menteri pertanian dan menteri pelajaran. Ketika Hussien Onn, dia dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan dengan sikapnya yang rakus dan suaranya yang berani, dia menggugat kedudukan Hussien Onn. Tun Hussien Onn terpaksa melepaskan jawatannya lebih awal setelah terdesak dan didesak oleh orang nombor dua ketika itu.

Mendapat jawatan Perdana Menteri pada tahun 1981 adalah kepuasan luar biasa baginya dan dia boleh merealisasikan apa yang termaktub dalam bukunya yang pernah diharamkan suatu ketika; The Malay Delimma.

Tun Mahathir terlalu banyak jasanya sebagai PM dalam tempoh 22 tahun berkuasa. Dia berjaya membangunkan ekonomi negara, memacu industri pembuatan, memperkenalkan Malaysia ke persada dunia melalui keretanya, F1, pelancongan dan terlalu banyak untuk dicatatkan di sini.

Namun ada banyak perkara yang diperkenalkan oleh beliau terutamanya mewujudkan politikus yang rakus pada kebendaan, politik dikaitkan langsung dengan wang dan kekayaan, kronisme, pemusatan kuasa, negara polis yang digeruni rakyat dan akhirnya beliau bergelar Firaun alaf baru.

Keadaan ini berbeza dengan Pak Lah yang orangnya lembut, tenang dan sabar. Dengan kelemahan peribadi, khasnya `public speaking` menyebabkan Pak Lah dicemuh dan dilihat sangat lemah dan tersangat lemah. Bairpun Tun Mahathir telah melepaskan jawatan PM-nya, namun dia masih juga merasakan dirinya masih punyai kuasa dan punyai pengaruh. Sememangnya pengaruh Tun masih utuh dan kuat. Suaranya tidak pernah kering didengar dan diulas di media.

2 comments:

IbnuHassan said...

Tun Mahathir tu mungkin tidak se'alim" anak ulamak seperti Pak Lah, mungkin atas kejahilan banyak kesilapan "sengaja" yang beliau ada lakukan. Tapi saya sangat kecewa orang seperti Pak Lah yang latar belakangnya berpendidikan Islam.
Pak Lah memang lembut dan lembik. Tetapi terlalu lembik dalam perjuangan Islam. Contoh yang paling mudah adalah keputusan judi nombor ekor dalam akhbar-akhbar harian berbahasa Melayu yang majoriti pembacanya adalah umat Islam masih tidak mampu dihapuskan oleh UMNO. "Betulka Islam haramkan judi?" Tanya rakan saya bukan Islam. "Itu surat kabar Melayu manyak iklan judi oo", katanya lagi dalam loghat Cina. Apa yang saya boleh harapkan pada UMNO dalam memartabatkan Islam dan keadilan kalau perkara mudah seperti ini tidak boleh di"nahi mungkar"kan. Hai Ustaz!!! Macam mana nak jawab di akhirat nanti?....bersekongkol dengan mereka? Orang haramkan Valentine Day sibuk komen tak setuju tapi nombor ekor yg haram kenapa tak berbunyi!!

Pendokong Islam. TY, Segamat.

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Ok.. terima kasih atas pandangan yang bernas. Gunakan seluruh peluang yang ada untuk menegakkan agama dan syariat.. Do something selagi Allah izinkan kita bernafas di bumi ini..