Monday, June 9, 2008

HARGA MINYAK DUNIA

HARGA minyak dunia sememangnya naik mendadak dan Malaysia terkesan dengan bebanan ini. Cuma Malaysia lebih istimewa kerana kita juga menjadi pengeluar minyak, yang sepatutnya sebagai negara pengeluar minyak, sedikit keistimewaan hendaknya diperoleh kepada rakyat. Bagaimana negara Brunei boleh menjaga kepentingan rakyat dengan kawalan harga yang cukup rendah, begitu juga di Saudi dan negara pengeluar minyak lain?
Kelebihan apa yang rakyat kita dapat selain berbangga dengan menara Petronas mencakar langit dan sebuah kedai Melayu yang hampir mati di menara kebanggaan itu? Ataukah hanya pegawai dan pemegang sher PETRONAS sahaja yang terus mengaut kekayaan hasil minyak negara, sedangkan ia adalah khazanah negara yang perlu dimiliknegarakan dengan sebenarnya.
Berapa pula kadar zakat yang Petronas lunaskan untuk kepentingan rakyat umum; tak kira muslim atau tidak.. Entahlah, kami hanya marhain di bumi sendiri.

3 comments:

Dziauddin said...

Inilah padahnya membeli minyak menggunakan wang kertas USD. Bilakah agaknya pak-pak Arab di Middle East sana boleh mengubah sempadan kepercayaan mereka kepada matawang dinar spt mana dianjurkan Islam?

Rina said...

ustaz,
dgr kata 'Wak Dol' ketua kg tu saja je naik kan saham 'cecair emas' untuk aktiviti pengambilan untung sblm dia turun takhta.

kalau saham 'cecair emas' naik bulan August, 'Wak Dol' tak boleh untung byk sbb September dia sudah kena serah takhta.

seksanya jd penduduk kg yg di ketuai oleh 'Wak Dol' ni.

Mohd Halim Kadri said...

Ustaz,
Jom pindah Venezuela. Kat sana minyak 16 sen je seliter.