Pengalaman manis peserta Bengkel Penulis Muda Johor 2008 antaranya ialah aktiviti menyusuri sungai Muar. Bot kayu berbentuk Melayu tradisi sungguh cantik untuk dinaiki dan menyusuri sungai Muar suatu pengalaman yang indah. Melihat kesan sejarah pada bangunan dan aktiviti hiliran sudah cukup manis untuk dirakamkan pada sebuah novel.
Pengalaman ini dikutip oleh penulis Muar spt Saudara Adam (ADMUA, beliau kembali ke Rahmatullah pada 27 Mei 2008, hari bengkel ini bermula) melalui novel ?? ttg anak nelayan, dan juga Dzul Karnain Ithnin (novelnya Gerakan Tengah Malam) dan ia begitu indah.. Adakah peserta kali ini juga teruja untuk menulis berlatarkan sungai Muar?
Nisah Haron merakamkan ungkapan menarik...
Seekor rama-rama
yang basah sayapnya
dipercik buih sungai Muar
adalah aku
yang gelitar
mencari cinta-Mu.
Dan aku tidak punyai apa-apa untuk diungkap selain .. jadi pemandu pelancong yang tak bertauliah...
3 comments:
assalamualaikum ustaz... ok la tu jadi pemandu bukan senang tau nak dapat title pemandu bot tau.. tak kena bayar pun ustaz.....by the way... singgah2 la ke laman blog saya....wasalam...
ustaz,
bukan aje pemandu pelancong tp merangkap kapten tak berlesen juga :)
salam ustaz, apa pun JUTAAN TAHNIAH!!!!!! utk penganjur & peserta yang menghadirinya.
Post a Comment