Tuesday, July 1, 2008

HUJUNG MINGGU YANG PADAT

Hunung minggu memang padat dengan aktiviti kemasyarakatan. Dari petang Jumaat hingga Malam Senin, begitulah adanya...

Petang Jumaat ada meeting untuk MaQalah, buletin Q UiTM Johor. malamnya ada tahlil dan yasin di rumah jiran. selepas itu, jam 11, meeting cacing pulak..

Sabtu pagi Program Pengurusan Jenazah dng Pej Agama di surau Taman Yayasan. Sambutan ok, sampai 150 peserta. Program tamat menjelang Zohor.

jam 3 ke cacing, bersihkan baja kosmos.. mula-mula dulu geli juga pegang cacing, sudah biasa.. it's OK.

jam 5, kerja belum siap tapi terpaksa pulang segera ke TY utk pasang khemah utk program esoknya. Pasang khemah di taman permainan...

maghrib, Isyak.. ada pula yasin dan tahlil di rumah Cikgu Ramlee. Jumpa bapanya, Tn Hj Ramlan orang Tanjung Selabu..

Pagi Ahad, sukaneka keluarga. jadi MC dan pengendali sukaneka yang berakhir jam 1.00. Siap berkemas.. pulang segera ke jemputan kenduri kahwin di JEmentah..

malamnya pula ada tahlil, berzanji di restoren Al-Amin TY... pulang rumah jam 11 malm. kepenatan.
Esok kerja??

No comments: