UPENA UiTM JOHOR
Apa yang ada pada UPENA UiTM Johor? Tiada apa-apa selain sedikit aktiviti yang kami jalankan dari hari ke hari. Malah semacam menjadi satu kewajipan, pada setiap semester mesti ada dua program UPENA yang kami jalankan. Contohnya, semester lepas kami buat program penulisan dengan PTS Publication dan satu lagi program dengan Yayasan Warisan Johor.
Selain itu, UPENA kini mempunyai tiga ranting operasian; iaitu bahagian Akademik (diketuia Sdr James Kuna), Bahagian Kreatif (diketuai Mr Lee TL) dan Bahagian Pengumpulan Data (diketuai Cik Noraisyah). Ketiga-tiga bahagian ini digerakkan serentak bagi menghasilkan sesuatu yang projek atau agenda yang dirancang. Alhamdulillah, sokongan dan kerjasama semua AJK amat baik dan konsisten. Tahniah kepada semua AJK.
Harapan saya cuma satu; semua AJK UPENA dibekalkan kemahiran untuk memimpin dan menjadi pelapis, petugas dan pekerja terbaik kepada UiTM Johor. Saya harapkan semua AJK UPENA tertonjol ke hadapan sebagai mereka yang aktif dan berupaya menjadi pentadbir yang cekap dan berkesan. Selain itu, saya harapkan juga melalui program yang dijalankan lewat UPENA akan membuahkan hasil penulisan daripada semua AJK. Cabaran besar kepada AJK UPENA ialah kewajipan mereka menerbitkan sebuah tulisan – baik artikel, jurnal mahupun buku – melalui wadah yang sedia ada. Selamat berjuang.

No comments:
Post a Comment