Monday, August 25, 2008

23, HARI KENDURI KENDARA

Empat kenduri hari ini.. Satu di Taman Yayasan yang kena rewang dan siap sedia segala benda. Rumah En Hasan saya datang awal pagi dan seperti biasa diberi tugas mengendalikan PA dan jadi DJ kenduri bersama Hazlami. Menyediakan beberapa kelengkapan asas DJ, tidak sesusah mana. Mengalu-alukan kedatangan tetamu dan ingatan pada Ramadan yang akan datang sudah cukup untuk memberi input berharga kepada tetamu dan petugas.

Sempat mencari ruang ke kenduri Imam Hj Kadir di Bukit Lintang mengahwinkan cucunya. Imam Haji Kadir bekas imam di TY dan sedang sakit yang terlalu uzur. Menziarahinya amat bermakna kpd saya, dan terharu kerana dia masih ingat dan boleh bercakap dengan baik..

Singgah pula kenduri Pak Sudin di Rasau, sebelum kembali menjadi DJ di rumah Pak Hasan. Sampai jam 3.30 saya mohon permisi untuk terus ke rumah Pn Roza di Jementah. Tiba dalam jam 4 petang hanya bertemu Haji Roslan dan makanannya sedap pula, membuka selera. Dapat makan rojak dan kuah rojaknya sudah cukup berkesan. Pulang membawa jajan dan itulah kali pertama selain telur kenduri kahwin, dibekalkan pen dua batang.. Ini mesti Prof punya idea.
Malamnya pula, setelah Shida baru pulang dari Ulu Bendul, kami berangkat ke Kluang. Di sana juga ada kenduri yang akan dilangsungkan esok (24), tapi kesuntukan waktu menyebabkan kami terpaksa dtg lebih awal. Alhamdulillah malamnya ada kenduri tahlil di rumah kak Tam dan ramai sedara mara sebelah kakak Yati yang dapat ditemui. Biarpun kami ini penumpang sahaja, tetapi keakraban pertalian sedara ini amat indah... Seronok sangat berkeluargakan dengan orang Keluang.
Pulang ke rumah sampai jam 1.00 pagi. Dan esoknya ada lagi kenduri di TY, rumah Haji Toha/Ustazah Zaleha...

No comments: