Monday, August 25, 2008

ANAK-ANAK PERIKSA GIGI

Hari ini (Selasa, 19 Og0s) berpeluang membawa anak-anak ke klinik gigi Segamat utk membuat pemeriksaan biasa gigi anak-anak. Geraham si Zaim dicabut, gigi depan si Nuha juga dicabut kerana sudah tumbuh gigi kekal. Si Ibrahim bila tengok abang dan kakaknya menggigit kapas mula takut dan tidak mahu langsung masuk ke bilik rawatan. Nurse terpaksa melihat giginya di luar sahaja, itupun menangisnya lebih-lebih.. pakai baju superman, tapi takut tak boleh jadi superman lah...

No comments: