Wednesday, September 17, 2008

GESAAN MAHATHIR

Membaca blog Mahathir, dia secara terus terang mendesak Pak Lah meletakkan jawatan bagi menyelamatkan negara ini terus hancur. Saya sunting kesimpulan Mahathir dalam satu tulisannya terkini;

"Pimpinan UMNO, MCA dan Gerakan mesti berusaha untuk memperbaiki keadaan ini dan memulihkan semula BN. Tetapi saya akui ianya adalah sukar jika Abdullah masih lagi memimpin BN dan Kerajaan. Sudah tiba masanya UMNO, MCA dan Gerakan bersatu dan paksa Abdullah lepaskan jawatan. Hanya dengan cara ini kita dapat pulihkan BN dan mungkin juga menyusunnya semula. Jika tidak hubungan kaum akan terus merosot dan negara akan jadi mangsa."
Gesaan supaya Pak Lah melepaskan jawatan telah lama kita dengar. Ia bukan hanya kalangan pembangkang, malah pakatan dalam BN sendiri termasuklah pemimpin UMNO. Pak Lah terpaksa memekakkan telinganya dan memberi alasan; 'banyak kerja yang saya hendak lakukan' (Alasan ini sama seperti alasan Mahathir semasa diminta melepaskan jwtnya dahulu).
Pak Lah tidak mahu mengalah. Pak Lah mahu kekal berkuasa di puncak tertinggi. Tentunya ramai kalangan kerabat dan penyokong kuat Pak Lah yang punyai kepentingan tertentu untuk terus memberi sokongan kepadanya supaya kekal berkuasa. Selamat memerintah.. he he..

No comments: