Wednesday, September 10, 2008

LAGI TEORI TTG KIAMAT

KIAMAT pastinya akan datang dan tarikh berlakunya kiamat adalah di luar jangkauan manusia. Hanya Allah yang pasti bila tiba masanya. Namun dengan sedikit daya pemikiran dan pemerhatian/ kajian, manusia bisa menjangkakan pada satu kebarangkalian berlakunya kiamat.

Contohnya melalui bacaan pergerakan planet di alam maya yang mendapati berlakunya penyerongan pada orbit. Sedangkan Allah pernah tegaskan di dalam al-Quran (wa kullun fi falakin yasbahun; Yasin: 40; 'kesemuanya bergerak di atas orbit yang ditetapkan') Penyerongan gerakan membawa akibat buruk kepada seluruh sistem cakerawala yang pada asalnya saling bergantungan pada tarikan graviti tersendiri.

Hal ini dijelaskan dalam satu pendapat yang saya sunting;

"Cerita ini saya telah mail sendiri ke Presiden Intitut Kajian Angkasa Malaysia, IKAM en Norul Ridzuan. Ini jawapannya. Susah nak confirm. Sebab memang berlaku perubahan orbit planet Marikh sehingga seolah-oleh kelihatan planet Marikh mengorbit pada arah bertentangan. Tetapi itu memang fenomena astronomi Marikh yang sudah dirakam oleh ahli-ahli astronomi yang menyatakan bahawa pada satu-satu masa memang berlaku suatu fenomena ke atas orbit Marikh sehingga ia kelihatan mengorbit pada arah bertentangan. Kemungkinan besar memang terdapat suatu planet atau beberapa planet dengan jisim yang besar mengorbit mengelilingi Matahari ataupun Sistem Suria dan sebuah lagi sistem planet lain berkongsi suatu pusat putaran.

Jika ini berlaku, dan laluan objek berkenaan cukup hampir dengan Bumi, memang boleh berlaku perubahan besar pada satah putaran Bumi sehingga menterbalikkan kutub. Planet yang mungkin sudah mengalami kejadian ini adalah planet Uranus, sebab satah putarannya hampir bersudut tepat dengan satah putaran Sistem Suria. Sepatutnya satah putaran Uranus hampir searas dengan satah putaran Sistem Suria, macam planet-planet lain dalam Sistem Suria. Kemungkinan penyebabnya, adalah laluan sebuah objek yang berjisim besar hampir dengan Uranus.

Jika ini berlaku pada Bumi, negara-negara yang hampir dengan khatulistiwa akan berada di kutub, dan kutub utara dan selatan akan berada di khatulistiwa, menyebabkan banjir besar. Planet merah boleh berlaku disebabkan tindakan geothermal melampau dalam planet itu disebabkan pengaruh tarikan graviti dari jisim yang besar objek yang lalu berhampiran planet itu, terutamanya jika planet itu cukup besar macam Jupiter. Mataharipun boleh bertukar menjadi "gergasi merah" (red giant) lebih cepat dari sepatutnya akibat gangguan melampau ke atas tindakbalas nuklear dalamnya disebabkan oleh pengaruh tarikan graviti jisim yang besar.

Tapi kalau mana-mana perkara ini berlaku, kehidupan di Bumi akan pupus terlebih dahulu. Tidak ada manusia yang akan selamat untuk menyaksikan kejadian ini."

No comments: