Tuesday, September 9, 2008

MENCECAH USIA 43 TAHUN




Hari ini adalah sama sahaja dengan hari-lain yang dilalui. Ada pagi, ada petang ada malam dan ada senja. Cumanya hari ini ditakdirkan Allah 43 tahun lalu saya dilahirkan. Itu sahaja. ((Happy birthday to me))




Seusai solat Subuh, bergegas saya mendapatkan bonda Hajah Zainab (ibu angkat di TY) di ruang solat perempuan dan mencium tangannya mengucapkan selamat hari lahir.. Dia terperanjat.. Oh ya lah.. hari ini hari lahir bonda.. Usianya genap 68 tahun, bertongkat dan terus mengimarahkan masjid. Dia adalah ibu sejati yang sejuk mata memandang. Saya pangggil dia 'bonda' berkembar dengan suaminya, Haji Khalid dipanggil ayahanda. Panggilan ini melekat pada mereka. Dan akhirnya semua jemaah memanggil mereka sebagai bonda dan ayahanda.




Apa yang seronoknya menyambut hari lahir, selain ucapan dan penghargaan daripada isteri, anak-anak dan insan tersayang. Saya menyakat anak-anak.. Abah janji esok kita makan tengah hari di Pizza Hut... dan mereka terkedu.. Alah mana boleh abah.. Abah tak aci, kitakan puasa!




Doa yang kubaca selesai jemaah Subuh, yang terlantun tanpa dirancang; (dlm bahasa Arab) "Ya Allah jadikanlah umur yang Kau berikan kepada kami ini umur yang bermanfaat kepada diri kami, ummah Islam dan muslimin muslimat sekelian... amin..




7 comments:

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Selamat hari lahir ustaz...
Semoga panjang umur dan dimurahka rezeki dan berbahagia di dunia dan akhirat..:)

saufi said...

Ust.

Selamat hari lahir. semoga dipanjang usia. Seiring banyaknya beramal

Rina said...

Happy birthday to you!!

may Allah bless you!

insan said...

Assalamualaikum Ustaz...

SELAMAT HARI LAHIR USTAZ...
SEMOGA USTAZ DI RAHMATI ALLAH SWT SELALU.. INSYAALLAH..
DAN SEMOGA USTAZ PANJANG UMUR...
SEMOGA USTAZ BAHAGIA D DUNIA DAN AKHIRAT...

(NOORASLINDA-BMD3C1)

sharina -upena- said...

YA USTAZ....Epi Hari Tua!!! hehe...selamat ulangtahun, moga dimurahkan rezeki slalu...kebetulannya kita berkongsi hari istimewa yg sama..tp bukan birthday la utk saya.. :)

Daia said...

Salam..
Maaf ustaz, saya terlupe nak wish.. ingatkan nak jadi orang yang pertama wish... hehehe.. Apapun, selamat ulangtahun kelahiran yang ke 43... masih muda lagi tu ustaz... saya doakan agar ustaz dipanjang umur, dimurahkan rezeki, dan moga2 tercapai apa yang diimpikan...

Daia said...

ALLAH SELAMATKAN KAMU...
ALLAH SELAMATKAN KAMU...
ALLAH SELAMATKAN AHMAD NAWAWI...
ALLAH SELAMATKAN KAMU...