Wednesday, September 3, 2008

SUNGAI BESAR.. PUSAT SHOPPING

Cuti dua hari sebelum puasa mengizinkan kami sekeluarga pulang ke kampung di Sekinchan. Dan sempat berkunjung ke Sungai Besar. Hebat SB ini.. pekan kecil yang muncul sebagai pusat membeli belah, khasnya pakaian dan kain-kain. Bermula dengan pasaraya Yang Yang, pengusaha Cina memperkenalkan pakaian murah dan ia terus berkembang pesat.

Kini telah banyak pasaraya tumbuh seperti Suria, Arked Man, Al-Qaqiaah dan lain-lain. Kagum benar dengan Arked Man, milik penuh Bumiputera yang berjaya membuka pasaraya besar kain-kain pelbagai pilihan. Tahniah dan syukur dengan kejayaan pengusahanya yang bermula dengan menjual kain di pasar malam sahaja...

Kedai Al-waqiaah juga walaupun sederhana, tetapi menawarkan harga yang menarik dan pelbagai pilihan.. Sesekali datanglah ke kedai seperti ini untuk membantu pertumbuhan ekonomi umat Islam. Selamat berpuasa..

No comments: