Tuesday, September 16, 2008

ZAID IBRAHIM DAN PERALIHAN KUASA

Atas dasar berpegang pada prinsip, maka Zaid Ibrahimpun menghantar surat untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri di JPM. Prinsipnya - sebagai pengamal undang-undang- bahawa tiada sesiapapun boleh ditangkap tanpa dibicarakan atau dengan kata lain, taida lagi ISA ke atas orang awam. Namun kerajaan Pak Lah, khasnya Syed Hamid Albar sebagai Menteri Dalam Negeri masih juga mahu menggunapakai undang-undang rimba warisan penjajah. ISA masih juga digunakan menahan Teressa dan Raja Petra sungguhpun telah ada akta hasutan dan akta lain yang boleh mendakwa 'si penjenayah' ke mahkamah.

Tahniah Zaid, walaupun sebenarnya si Zaid ini tiadalah apa-apa kekuatan dalam jentera parti. Dia hanyalah senator yang terpilih dan dipilih Pak Lah untuk menganggotai kabinet. Sepatutnya dialah orang yang paling kuat mempertahankan Pak Lah, tetapi ternyata sebaliknya berlaku. Mungkin ada agenda lain tersirat, wallahuaklam. Akhirnya Pak Lah menasihati beliau supaya bercuti dahulu sebelum melepaskan jawatan dalam kabinet.. Suratnya Pak Lah dah terima kan..

Dan sekali lagi Pak Lah mengumumunkan tempoh peralihan kuasa akan kekal seperti dirancang. Tidak akan berlaku seperti didesak oleh Mahyuddin mahupun disuarakan oleh Najib. Najib masih beralas supaya tempoh peralihan kuasa diserahkan kepada Pesidangan Perwakilan UMNO nanti, namun suara itu cepat-cepat ditangkis Pak Lah.

Biar apa pun terjadi, Pak Lah tetap mahu bertapak di singgah sana utama dan pertamanya. Huncai. Hancur dan lebur politik negara. Rakyat semakin hilang kepercayaan kepada kepimpinan Pak Lah, bair pelbagai insentif lewat Buget 2009 diberikan, namun rakyat ternyata semakin jelak dan meluat. Mereka seakan menanti kebangkitan gelombang ke dua yang lebih baik menerajui kepimpinan negara. Soalnya, bila dan bagaimana?

Anwar Ibrahim? Mungkinkah dia boleh diberi wala dan kepercayaan menerajui kepimpinan negara? Bagaimana pula rakan pakatan rakyat terbesar, PAS? Entah. Semakin difikir, semakin bercelaru warna politik tanah air pada masa kini. UMNO akan ditalkinkan dikit demi dikit, gelombang kebangkitan generasi muda pula ternyata akan lebih ganas dan berani mencorakkan pendirian mereka tersendiri.. Ibarat kata Kadir Jasin, UMNO tu dah lama, buat macam mana pun, orang dah tak percaya.

1 comment:

terabot said...
This comment has been removed by the author.