Thursday, October 16, 2008

BENGKEL WRITING & BACA PUISI DBP

Minggu depan ada dua program serentak. Pertandingan Baca Puisi Pelbagai Kaum IPT Kebangsaan di DBP berlangsung dari 20 - 23 Okt. UiTM Johor berjaya mewakili Zon Selatan dan saya akan menemani pelajar berkenaan ke sesi persiapan/ latihan dan pertandingan berkenaan.

Dan pada masa yang sama UPENA ada menawarkan kursus penulisan di Shah Alam (20 - 21 Okt). Itupun amat penting kepada saya untuk diikuti. InsyaAllah, agenda yang mulia perlu diberikan keutamaan. Nasib baik Sdr Naza HEP ada bersama-sama untuk membantu pelajar.

No comments: