Thursday, October 30, 2008

COLMAR TROPICALE, BUKIT TINGGI, PAHANG

Bengkel Penyediaan Perjanjian Program Tahun 2010 – 2011 pada 25 – 27 Oktober 2008 diadakan di Colmar, Bukit Tinggi memberi peluang melihat sebahagian lagi kehebatan hotel besar dalam negara. Rupa bentuknya berkonsepkan binaan Perancis dengan rupa bentuk castel dan binaan tradisionalnya bangga menyambut kedatangan tetamu. Cuacanya tidaklah sesejuk Cameron Highland mahupun Genting, sekadar terperosok tengah hutan belantara milik Berjaya Group (tentunya jutawan Cina Malaysia itulah).

Bersama delegasi yang lain

Jadi driver bas baru UiTMJ -JKW 40
.
Mengisi ruang petang dengan melawat Japanese Tea Garden dan Ladang Arnab sekadar cukup mengisi ruang ke senja. Makanan memang terbaik dan menyelerakan terutamanya roti yang lunak, lembut dan pelbagai. Terima kasih kepada pihak pengurusan UiTM yang memberikan ruang kepada kami barisan pentadbir menikmati keindahan di Bukit Tinggi. Hendak datang sendiri, minta maaflah gamaknya.

3 comments:

BOB @ FADIL said...

Salam Ustaz....

Saya Fadil HEA. Terima kasih sebab letak gambar saya dalam blog ustaz, saya copy la yer...hehehe

Rina said...

Ustaz ada lesen GDL ke? nak bwk bas kena ada GDL tau. kalau tak, moh gi balai. hahaha...

bestnya gi bukit tinggi. tempat orang2 kaya. ustaz ptt bwk family ke sana.

schnna said...

ustaz x ajak sayer pun..
patotla tanye saye pernah ke sane ke x...
comel sungguh ustaz di tempat driver bus itm yg baru 2..~