Wednesday, November 5, 2008

BAJU SLIMMING DAN CARA MENULIS TERBALIK


Semalam saya bertugas mengawas peperiksaan subjek Bahasa Arab dan Mandarin (4 Nov, 2.15) dengan Ustazah Norizan. Tiada apa yang menarik selain dari menyempurnakan routin amanah kepada kami.


Cuma saya hairan, pelik dengan seorang pelajar perempuan yang pakai baju bagai hendak ke 'slimming' sahaja gayanya. Dedah dada dan belakang.. Itupun sudah terlepas pandang, kalau dari awal, tentunya saya suruh tukar fesyen dahulu sebelum masuk kelas.. Bila sudah menjawab, kitapun tidaklah mahu mengganggu emosinya. Saya memberi memo kecil agar dia berpakaian lebih sopan dan sesuai ketika menghadiri kelas/peperiksaan. Barangkali pelajar kita ini sudah hilang pertimbangan, baju (fesyen) yang mana sesuai untuk ke kelas atau berjalan di petang-petang.


Seorang calon lain pula menulis dengan menterbalikkan kertas ke atas. Mungkin ada yang pernah perasan pelajar seperti ini. Pelik. Adakah terjadi kerana masalah penglihatan atau kerana didikan sejak kecil? Apabila ditanya, bagaimana pula awak guna laptop? Nak kena pusing ke atas ke juga? 'Tak ada lah pula... taip macam orang lain juga..
Terharu saya tengok kepelikan seperti ini...


(Foto ini tiada kaitan dengan cerita..)

4 comments:

Rina said...

salam,

hohoho... nape tak ckp nk snap gmbo? klu tak, boleh kami posing elok2.

BOB @ FADIL said...

Salam....

inilah masalah remaja zaman sekarang..dedah selagi boleh...betul x ustaz?

sammie said...

saye ni, bukan main tilik la kat gamba yg ustaz publish 2..
upenye bukan budak 2 pun..
ade ke budak pakai baju gitu g exam..
nak tunjuk sexy kat ustaz la 2..
nanti bleh kasi markh lebih..hehe
saye pun xpenah la nak pki cam 2 g exam..
kalo lect lain mesti da kene tukar baju da budak 2..
selamat la ustaz yg jage..
xpyh die sush2 nak terlari2 nak tukar baju..
hmmm...

Anonymous said...

yang tulis terbalik (pusing kertas tu) sebenarnya mengalami masalah dyslexia (berkaitan dengan otak).