Tuesday, November 25, 2008

MENCARI KOPI O

Jarang benar waktunya untuk bersantai dan minum-minum di kedai atau warung, selain kerana lapar untuk sarapan dan makan tengah hari di pejabat. Bukanlah pula hobi untuk suka melepak di kedai-kedai seperti ini. Mungkin sukar dipercayai bahawa saya tidak pernah makan di restoran RZ selama beroperasi di tepi Sungai Segamat. Restoran Al-Amin juga hanya sekali dan itulah kali terakhir makan di situ. Restoran Wahila hanya sekali cuba dan yang lain-lain itu boleh dibilang dengan jari.

Sesekali bawa juga anak-anak makan di luar seperti di warung Kang Talib, Buloh Kasap, warung tepian sungai Buloh Kasap, dan beberapa kedai makan di persimpangan Muazam, termasuklah KFC, McD dan seumpamanya.

Antara minuman kegemaran saya ialah kopi o. Dulunya suka juga meminta teh o, tetapi apabila dikhabarkan teh o banyak pewarna, jadi semacam takut pula rasanya. Kopi o kira ok jugalah, selain daripada bahaya terlebih gula.

Mencari kopi o yang sedap lagi enak bukan senang. Banyak kedai yang saya pernah cuba, kopinya tidak menjadi. Ada yang membancuh kopi o dengan air suam. Fail. Gagal. Memang tak sedap langsung. Ada pula yang hidangkan kopi o panas dalam cawan plastik, lagi fail, gagal. Ada pula yang kopi o-nya cair semacam, itu juga fail.

Maka antara kopi o yang sedap pernah saya cuba ialah di kedai Azman Batu Anam. Gerainya telah lama beroperasi, cuma semacam warung makan biasa-biasa sahaja. Tetapi memang kopi o-nya kelas, gitu. Sedap dan lemak. Sekali minum, mesti ingat lagi dan nak cuba lagi sekali. Kalau ada rakan-rakan blog yang berminat hendak cuba, boleh saya tunjukkan tempatnya.
Pagi tadi setelah ke pasar membeli ikan, saya bersantai di warung kecil Sg Haji Dorani minum kopi sambil melayan diri melihat karenah pengunjung. Ramai yang dah tua-tua, termasuklah Haji Supian (Wak Sentat) yang baru saya kenal. Kopi o yang dipesan, enak juga. Nasi lemak katanya sedap di situ, tapi saya rasa biasa sahaja, tak ada lebihnya daripada masakan isteri.

4 comments:

Nazri2005768285 said...

Assalamualaikum Ustaz
Search punya search jumpe blog ustaz nie.
Kalau kat uitm sume student panggil ustaz comey. Saya dan kawan2 penah belajar dengan ustaz satu sem jek la subjek CTU kelas M3 Marketing.
Bila ustaz critakan balik suasana kat segamat cari kopi o, teringat saya suasana di uitm segamat.
Suasana yang tak tau bila saya akan rasa lagi.
Walaupun org kate solok, terperuk, hutan, itula tempat saya dari diploma sampai degree.
Memang suasana di UiTM Segamat akan saya igt sampai bila2.
Kitorang baru grad 22hb haritu, budi dan jasa pensyarah di Segamat takkan kami lupakan .
Harap2 satu hari nanti saya akan kembali ke UiTM Segamat sbg seorang lecturer. Aminn


Note:
1.Makanan paling best di segamat
Soto, lontong, mee kari, sate paru di Kampung Jawa
2.Kuih paling murah tapi besar, mee goreng pun dapat 50 sen di depan taman bunga raya gemereh
3. sate murah kalo tak silap 20 sen ke 15 sen kat dengan balai polis traffic segamat
4. Nasi lemak nak makan malam2 kat railway station segamat
5. Dan tak lupa tempat mkn tengahari paling popular utk pelajar , pensyarah selain RZ ialah di beringin gemereh dekat2 ngan petronas lebih dekat lagi dengan kemas.

Ahmad Nawawi said...

terima kasih sdr Nazri.. bg le laman blog, boleh kongsi sama

Maria Hadiey said...

salam...
wah...wah... kira ustaz ni memilih jugak makan yer... kopi o pun boleh jadi isu... hehehe.... apa pun sama lah ngan saya... kalau habis saya makan, bermakna sedap la tu... kalau x habis, bermakna ade yang x kene ngan makanan tu..

Nazri said...

alamak ustaz
blog takde lg
nanti dah ade saya jemput