Monday, November 17, 2008

SABTU DAN AHAD...


Sabtu; Pagi-pagi buat persiapan untuk Majlis Khatam Quran si Zaim yang dikendalikan kumpulan Yasin Wanita Taman Yayasan petang nanti. Angkat meja dan alatan dari surau..


Jam 10 ke rumah En Ghani Mohd Yusof merewang kendurinya esok.. Basuh ayam dan buat itu ini. Pada masa yang sama berjalan program Kursus Pengubatan Islam anjuran JIM Segamat di SMK Seri Kenangan. Saya booking makanan tengah hari di Restoran Al-Rizki untuk 10 orang. Selesai.. Itu sahaja yang termampu dibuat, sedangkan Ustaz Sabri Abdul Rahman adalah guru saya di UKM dahulu belajar darinya kaedah perubatan Islam... maaf Ustaz, saya tak dapat berjumpa ustaz..


Balik ke rumah jam 12.30 belikan ais dan apa-apa yang perlu. Kak Noor dah hantar makanan jam 2.00 petang dan tetamu mula sampai... majlispun bermula.. Pada masa yang sama Ustaz Halim jemput kenduri di rumahnya di Jementah.. Hanya berangan sahajalah nak pergi... Tak kesampaian.


Majlis khatam berjalan lancar. Hanya Puan Maznah (Ketua Yasin Wanita) tidak dapat hadir kerana sakit.. Kesian. Program berakhir sampai petang. 5.30. Kemas-kemas pula untuk malam nanti.


Maghrib di Surau dan saya bawa jemaah surau ke rumah untuk doa selamat dan makan-makan. Alhamdulillah ramai jemaah malam ini.. Syukur. Dan doa selamat dibaca, Zaim diuji dengan baca Ad-Dhuha dan Al-Insyirah sahaja.. Lulus. Makan ramai-ramai, seronok dan rasa bertuah dapat menjamu rakan-rakan. (Laksam dan nasi kerabu).


Ahad: Kenduri di rumah En Ghani... jadi Ketua Balai dan akhirnya jadi DJ juga.. hingga ke petang.

2 comments:

Rina said...

ustaz mmg ada talent jd DJ.

sammie said...

sedapnye nasi kerabu n laksam...hmmm..hehe