Wednesday, November 19, 2008

SHUFFLE DAN ISLAM

Tarian suffle merebak luas kalangan remaja. Di mana sahaja mereka terkedik-kedik menggayakan tarian ini, terutamanya ketika bersama rakan-rakan. Lazimnya apabila timbul satu budaya baru, ulama Islam akan mengeluarkan hukum dan fatwa itu dan ini. Bagaimana pula dengan shuffle ini? Adakah hendak dihukumkan haram atau makruh atau harus semata?

Tarian dan permainan pada asalnya adalah harus, yakni dibolehkan. Yang menjadi perkara itu haram atau ditegah apabila ia disalahgunakan atau dibuat dengan merbahaya dan melanggar larangan Allah yang asasi; seperti pergaulan bebas, meninggalkan solat, membuang waktu berlebihan daripada tugas hakiki (sebagai khalifah Allah), dan mengganggu ketenteraman awam.

Pada anak-anak yang terpengaruh dengan shafle, kita bukan hendak melarang cuma berpesan agar tidak berlebihan dan terlalu taksub dengan tarian ini. Berpadalah. Ingat juga nasihat ibu bapa, kalau mendapat kebenaranpun, perlulah jaga adab sopan dan tingkah laku. Isilah masa kita dengan aktiviti berfaedah.. kalau al-Quran tidak pernah khatam, eloklah baca dulu al-Quran tu, kalau wirid dan zikir pun tak pernah tahu, eloklah perkemaskan dahulu yang hakiki.

Selamat bershufle...

1 comment:

Anonymous said...

saya pernah tengok live tarian ini semasa shopping di sebuah shopping complex di shah alam.
ketika itu semua penarinya lelaki.
sebenarnya sangat menarik untuk ditonton.