Tuesday, December 30, 2008

AHMAD AFIF DAN PMR-NYA





Shida jadi guru Media dan kameraman sekolah..

Alhamdulillah dan syukur, anak sulung saya; Ahmad Afif mendapat 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Syukur tidak terhingga dan jutaan tahniah kepada Afif, guru-guru, rakan-rakannya dan semua yang memberi sokongan termasuklah adik beradik.

SMK Seri Kenangan berjaya mencatatkan rekod sekolah terbaik PMR Daerah Segamat dengan 63 mendapat 8A, dan 38 mendapat 7A,1B menjadikan sekolah ke enam terbaik negeri Johor. Shida yang mengajar di sekolah ini, boleh tersenyum kerana subjek KH-nya cemerlang; 99% dapat A.
Semoga kejayaan ini menjadi pencetus kepada kejayaan adik-adik... Tapi harus diingat, kejayaan akademik hanyalah sebahagian daripada resepi kejayaan kita di dalam hidup... Banyak kepingan dan potongan hidup yang masih belum terisi untuk menjadi seorang yang berjaya...

Selamat berjaya wahai anak-anakku.

4 comments:

Mohd Halim Kadri said...

Tahniah untuk Ahmad Afif.

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Tahniah buat ustaz dan Afif..
Kejayaan anak-anak adalah berkat doa ibu dan ayah..semoga afif terus berjaya..:)

Syah said...

Salam ustaz.

Tahniah buat Afif dan ustaz sekeluarga..

Apa rahsia???

Anonymous said...

Tahniah utk Afif. Sarah tanya sape Afif? Dia dah lupa agaknya! Safiah cakap, anak Ust Nawawi, yg sekolah SRAB tu. OOO, Sarah cakap dia dah ingat. Tahniah juga buat bondanya dan ayahandanya. Memang Afif budak pandai.