Thursday, December 18, 2008

HARGA GETAH DAN SAWIT MENJUNAM..

Harga getah menjunam jatuh ke 80sen sekilo, bawah paras RM1 seperti yang ditetapkan kerajaan. Harga sawit pula tinggal RM160 setan yang menurut Haji Toha (Pengurus Ladang Espec) hanya cukup membayar kos pekerja sahaja dengan keuntungan zero..

Kejatuhan pasaran komoditi utama negara berlaku kerana kaitan kita dengan pasaran global yang terjejas teruk. Minyak sawit telah terlalu banyak di stor simpanan kilang-kilang sawit. Tiada pembeli luar yang mahu membelinya menjadikan lambakan minyak sawit banyak. Harga minyak masak dijangka akan turun mendadak seiring dengan bekalan berlebihan.

Nampaknya 2009 bakal mengukir kisah derita masyarakat dunia, khasnya petani dan nelayan (orang Melayu, bacanya) di Malaysia. Apa persiapan yang wajar untuk kita tangani masalah ini?

1 comment:

C H E D A said...

saya balik kampung, mereka juga mengeluh pasal hal yg ini.