Thursday, January 15, 2009

BELAJAR MENULIS


(Ibrahim mula menulis namanya yang sebenar: Ahmad Sufi Al-Hadi)


Menulis suatu yang sukar pada sesetengah orang. Tiada ayat dan kalimah yang termampu dikeluarkan setelah memegang pen beberapa jam.. Malah kalau berhadapan PC pun, tiada gerakan tangan yang termampu untuk menterjemahkan idea untuk menulis.

Namun pada sesetengah orang pula, gerak jarinya lancar mengetuk papan kekunci seolah tidak perlu berfikir; tidak perlu merancang untuk menulis. Bagaimana kehebatan ini terjadi?

Ia sebenarnya bermula dengan sedikit rasa hati untuk menulis. Bahkan kadang kala 'rasa hati' itu seakan tidak wujudpun, hanya sekadar 'gatal-gatal' tangan untuk menaip, maka terkeluarlah sebaris tulisan. Pada saya, menulis bermula dengan menulis diari harian dan menulis surat-surat untuk rakan dan kenalan.

Hari ini, jika mereka punyai blog dan sering memuatkan bahan tulisan, maka tentunya tindakan menulis itu menjadi lebih lancar dan mudah. Kepada mereka yang jarang-jarang menulis, biasakanlah diri dengan memegang papan kekunci (key board) dan biasakanlah menulis sedikit demi sedikit.. dan anda tidak percaya bahawa anda juga sebenarnya seorang penulis.

Aktiviti ini kerap saya lakukan kepada pelajar saya di kelas pada sesi awal semester. Tujuannya untuk mereka membiasakan menulis dan 'menggoreng' kerana kursus CTU memerlukan kemahiran ini....

Selamat menulis.

No comments: