Tuesday, January 13, 2009

CERAMAH WANITA DI SURAU (10 JAN 2009)



Semperna dengan Maal Hijrah, Wanita UMNO Segamat menganjurkan program ceramah khas untuk kaum ibu di Surau Al-Muhajirin, Taman Yayasan pada 10 Jan 2008. Selain ceramah, diadakan juga solat hajat mendoakan keselamatan dan kemenangan umat Islam di Palestin.

YB Datuk Haji Othman Jais sudi merasmikan penutupan majlis berkenaan yang berlangsung selepas solat Asar. Ramai kaum ibu yang hadir, walaupun promosi yang dibuat tidak meluas. Terima kasih kepada Wanita UMNO yang diketuai Puan Hajah Puspakhairani yang selalu menggunakan surau ini untuk aktiviti keagamaan.

(Cuma dalam satu hal yang lain; kebenaran membawa masuk politik ke dalam masjid dan surau kenapa hanya dibenarkan kepada UMNO sahaja, tidak kepada pihak lain.. ini yang mungkin boleh dipersoalkan.. menggunakan kemudahan awam untuk tujuan tertentu.. walaupun sebenarnya semua pihak ada niat dan tujuan tertentu...Balai raya seolah-olah ia milik UMNO sedangkan pembinaan dan penyelenggaraannya dari sumber kerajaan jua; duit rakyat)

No comments: