Friday, January 9, 2009

SELUAR TERLONDEH

Fesyen remaja kini yang kita perhatikan termasuklah memakai seluar (baisanya seluar jeans) terlondeh ke bawah. Bawah dan lebih ke bawah pusat. Bukan kerana tidak bertalipinggang, jika adapun sengaja dilondehkan.. Bajunya pula jenis singkat-singkat; ngam-ngam paras seluar yang dipakai, tidak labuh walau sedikitpun.

Bagi yang perempuan, tidak tergamak untuk kita lihat... dan bagi yang lelaki juga amat jengkel. Bayangkan apabila mereka tunduk atau membongkok, akan telihatlah seluar dalam mereka dari belakang.

Hari itu saya solat di masjid dan terpandanglah jemaah lelaki di hadapan. Kasihan. Kasihan amat apabila setiap kali sujud, rukuk dan ketika hendak bangun, terdedahlah seluar dalam yang berbelang-belang dan yang paling rugi apabila terdedah juga aurat (terletak di bawah pusat). Bagaimana solat si budak lelaki ini?

Tentunya tidak sah kerana sengaja mendedahkan aurat; berpakaian tidak sempurna untuk solat yang begitu sempurna.

Oleh itu, kepada mereka yang berpakaian londeh dan terlondeh ini, mohonlah berpakaian lebih kemas, cantik dan sempurna pada agama, sempurna pada mata manusia dan sempurna pada eloknya perangai.

U ARE WHAT U WEAR

2 comments:

nurhuda_cahayapetunjuk said...

assalamualaikum...

memang benar kata-kata ustaz..saya pun tidak mengerti kenapa pakaian sebegitu yang perlu dipakai dan diikuti..aurat apabila solat juga tidak dijaga...nilah anak-anak remaja yang sangat dirisaukan...

UMI JAH said...

Assalamualaikum Ustaz,
ada satu lagi fesyen anak2 remaja lelaki sekarang. Pertama kali saya jumpa, saya ingatkan benar2 belakang seluarnya terlondeh, tapi sebenarnya ia adalah kain lain yang dijahit di luar seluar sebenar. Setiap kali berjalan, akan kelihatan seolah2 belakang seluar terlondeh, tapi sebenarnya tidak. Tapi kenapa perlu menarik perhatian orang lain dengan fesyen yang sedemikian? Tepuk dada tanya iman. Saya dan seorang pakcik yang melihat keadaan itu waktu itu hanya menggeleng2 kepala. Di mana ibubapa mereka untuk menegur?