Tuesday, January 27, 2009

TAHUN BARU CINA



Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang meraikannya. Semalam ada beberapa program berjalan serentak. Jam 12 kami dijemput bertahlil di rumah Cikgu Zafizan di Astaka Jaya. Alhamdulillah ada juga jemaah surau yang hadir maklumlah apabila kenduri dibuat pada siang hari, tak ramai yang akan hadir.

Seusai majlis kami ke surau solat Zohor dan terus ke majlis tahlil dan berzanji di rumah Puan Syarifah selorong dengan rumah saya.. Makan lagi...

Shida pula menghadiri majlis yasin/ khatam quran di rumah CIkgu Mazlan dalam program wanita Taman Yayasan...

Sekali lagi kami berkumpul solat Asar dan solat gerhana matahari di surau. Saya mengimamkan solat gerhana dan berkhutbah. Saya tidak pandai membaca teks, tetapi bolehlah berkhutbah...

Selesai solat, kami menyaksikan sebahagian lagi keajaiban alam; fenomena gerhana matahari. Walaupun sedikit sahaja sentuhan bulan melindungi matahari, ia cukup mengingatkan kita kepada kebesaran Allah. Saya pernah mengikuti gerhana penuh semasa di Kudat, Sabah dalam tahun-tahun 1998 dahulu.. Subhanallah, taajub.

Jiran cina di tepi surau pula menjemput kami ke rumahnya; ada open house raya cina.. Alhamdulillah, makan lagi dan kami bertuah kerana berjiran keluarga cina yang baik hati...

Malamnya kami berehat dan sempat menziarahi Kak Maria/ Abg Zaid melihat dapur barunya yang baharu sahaja diubahsuai.. Cantik gitu...

1 comment:

Ariberto said...

Hari ini adalah 'Hari Makan SeTaman' gamaknya. Dari rumah Mak Pah (Umi),beberapa rakan berbangsa Tionghua yang menyambut Tahun Baru (Gong Xi Fa Cai)hinggalah ke rumah Uncle depan surau. Yang mencuit perhatian ialah dengan kehadiran kita yang baru selesai solat Asar & Solat sunat gerhana. Rata-rata berkopiah putih.
Bersyukur kehadrat Allah kerana seumur hidup,inilah pertama kali bersolat sunat gerhana. Khutbah yang penuh dengan informasi serta ilmu.Terima kasih ustaz.
InsyaAllah Julai tahun depan,jika diizinkan Allah,dapat kita melihat gerhana yang sama dan menunaikan solat sunat berjemaah.