Wednesday, February 4, 2009

APA NAK JADI, APA DAH JADI..

Lagu ini ikut rentak lagu Apa Nak Jadi nyanyian SM Salim

Apa nak jadi
bila negeri dah kacau bilau
ada YB yang lompat parti
parti sana ke parti sini
apa nak jadi...

YB yang pertama tu, orangnya hensem bukan main lagi
tapi lompatlah juga.. melompat ke PKR

YB yang kedua tu, hilang ghaib entah ke mana
tiba-tiba dengar dah gugur jawatan
nasib baik SPR tak luluskan
kalau tidak mengundilah lagi
Apa nak jadi...

Begitu juga YB yang sorang lagi tu..
lompat parti nak cari makan
tak kira apa orang nak kata
asalkan dapat hajat di hati

Apa nak jadi
apa dah jadi
hanya pak Bghahim saja yang hebat
lompat sana lompat sini
tapi semua dia dapat...
Tahniah YB Bghahim..

Apa nak jadi..
kes Altantuya tak habis-habis
asyik sebut sana sebut sini
kait sana kait sini...

hai berpeluh lah lagi...
berpeluhlah lagi (orang tertentu je lah tu)
Apa nak jadi...

(Maaf lagu ini tak habis setakat ini, mungkin ada komenter daripada pelayar blog)

2 comments:

Anonymous said...

he he...
Ini boleh masuk Juara Lagu tak Ustaz?

Mari kita bermohon pd Allah agar dikurnia pemimpin yang ADIL.

Anonymous said...

Enta menyanyi di mana? Dalam kereta atau bilik mandi? He, he