Wednesday, February 18, 2009

APABILA TERINGATKAN SESEORANG

Kadang kala lintasan ingatan datang berbagai rupa, baik pada benda mahupun pada seseorang. Lintasan ini mungkin ada kaitan dengan gelombang delta yang sedia terbina dalam diri, yang hanya kena pada masa dan ketikanya sahaja, lintasan itu terlihat, terjelma dalam realiti mahupun mimpi.

Tidak disangka-sangka sekadar contoh, malam tadi termimpikan bertemu seorang tok guru yang lama saya tidak ketemui. Mengapa Allah berikan lintasan dan mimpi sedemikian? Hanya DIA sahaja yang tahu. Kadang kala ketika memandu sendirian, kita terlintas pula wajah rakan, jiran, sahabat, anak-anak mahupun isteri (jika tidak isteri-isteri), maka tentunya ada gelombang yang menghubungkan kita dengan orang berkenaan.

Apa yang perlu kita lakukan? Sekadar tersenyum mengingatkan lembaran kisah silam? Ataukah ia sekadar lintasan yang tidak membawa apa-apa makna?

Pada saya, jika lintasan seperti ini Allah berikan kepada kita, tentunya ada maksud tersendiri. Paling tidak kita perlu doakan dia semoga dia selamat dan bahagia, atau jika termampu menelefon atau menghubunginya, itu lebih baik; kerana kemungkinan 'lintasan' yang sama terjadi kepadanya..

Sebab itu selalu terjadi... 'Eh, saya baru teringat kat awak, tiba-tiba awak telefon saya pula.." Gelombang delta seperti ini adalah anugerah Tuhan kepada kita, lalu syukurilah dan nikmatilah kemanisannya...

Dan lagi, jika terlintas akan seseorang, bayangkanlah kebaikan yang ada pada dirinya, bukan sebaliknya.. Ia akan lebih menenangkan jiwa kita dan lebih membahagiakan empunya diri...

15 comments:

Anonymous said...

Ustaz,
kita boleh katakan juga konsep Law of Attraction..
Banyak dikatakan ia kebetulan, namun lebih dari itu 'ANUGERAH' pd seseorg utk seseorg (betul tak ayat sy ni?)
Lbh kurang gitu la ustaz..

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Ustaz apa khabar?..lama saya tidak meninggalkan jejak di sini..

Saya setuju benar dengan pendapat ustaz..kadang kala bila terdetik di hati ingatkan seseorang,kadang-kadang terus dapat msg daripada org tersebut..mungkin ini yang dikatakan rahmat Allah dalam memberkati setiap ikatan yang ikhlas hanya kerana Allah..

Saya teringat kata-kata Luqmanul Hakim terhadap anaknya iaitu "Lupakanlah kesalahan orang lain terhadapmu".. jika kita mengingati seseorang ingatlah yang baik2..lupakanlah yang buruk terhadapnya, maafkan kesalahan orang itu kerana hati kita akan menjadi tenang, walau pun ia memang payah untuk kita hadapi, maka segalanya hanya Allah Yang Maha Mengetahui betapa ikhlasnya diri kita...Maha Suci Allah Yang Maha Pemberi Nikmat kepada kita, hamba-NYA yang lemah...

Maka benarlah kata-kata ustaz "jika terlintas akan seseorang, bayangkanlah kebaikan yang ada pada dirinya, bukan sebaliknya.. Ia akan lebih menenangkan jiwa kita dan lebih membahagiakan empunya diri"...

AnDeH said...

slalu jgk teringatkan seseorng..
hmm
sahabat2 yang telah lame menghilang huhuuu~

Anonymous said...

ustaz,kadang2 saya teringat kawan2 lame, saya rase rindu sangat2 sampai mengalirkan air mata. Nak jumpe smua jauh2 blaka. Cmne kalau orang tu dah baik sangat dengan kite sampai kite susah nak lupekan dia..?Rase macam nak semua kawan2 tak terpisah jauh, baru tak terlalu rindu..kadang2 terbawak2 dalam mimpi.

Syah said...

Salam Ustaz,

Saya pula sering terlintas tempat2 atau makanan di Malaysia..

Apa lah maksudnya tu.

munyu gitu gitu said...

Ustaz kalau saya hari2 rindu teringatkan lelaki yg tinggalkan saya kenapa ye

Mjhri said...

selalu je alami sejak akhir2 ni. Alhamdulillah 'ala kulli hal, jumpa jgk jawapan. shukron

Mjhri said...

selalu je alami sejak akhir2 ni. Alhamdulillah 'ala kulli hal, jumpa jgk jawapan. shukron

Unknown said...

Saya tiap2 hari teringat kat seseorang..apakh di sebalik jawapan ni..dah lama macam ni...dia seorang ja yang bermain dalam fikiran ni....

Unknown said...

Saya rindukan seseorg.smpai rase sakit sedih..nak lupakan dia makin susah..

Unknown said...

Sjak akhir2 ni sy sering tringatkan bks kekasih sy yg dah trpisah 2 tahun.. Sebelum ni xde smpai teringat je.. Sjak kebelakangan ni je..Apa maknanya ustaz

Fadilahdila said...

Assalamualaikun ustaz saya ingin bertanya . Perkara ni selalu jd kepada saya . Bila saya dekat dengan seseorang sepert contoh saya sayangkan seseorang , bila saya teringat kan seseorang tu hati saya akan berasa ngilu tiba2 . Mcm ye tu ustaz . Sebelum ni terjadi bila rasa mcm tu datang rupanya akan menangis dan terima benda yang buat saya sedih dan nangis . Kerap kali kalau saya rasa mcm tu bila saya mula rapat dgn seseorang ye . Itu mcm mana ya , boleh tak ustaz beri penjelasan .

Unknown said...

Saya selalu teringat kt seseorang sampai rasa nak menangis.hanya Allah sahaja yg tau..

Unknown said...

Sy ingin bertya klu kite sellu tergt seseorng sampai menglir kn air mata ,memng xdpt melupa kn nye...knp ustaz

Unknown said...

assalamualaikum ustaz.. sejak akhir2 ni sy selalu teringatkan kawan perempuan sy yg tinggal jauh dari tempat sy. Kami hanya berkenalan melalui wassap dan tak pernah bertemu, rasa rindu tu selalu timbul dlm hati sy sedangkan kami hanya berkawan.. sy pernah meluahkan perasaan pada dia tetapi dia kata dia lebih selesa berkawan..tapi walaubagai manapun fikiran sy selaku teringatkan dia. apa maksudnya tu ustaz?