Friday, March 27, 2009

TEAM NAJIB

Team Najib akhirnya terbentuk seperti dijangka.. Muhyiddin sememangnya layak menjadi orang nombor dua, dan Naibnya diketuai Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin dan Mohd Shafie, orang Sabah melengkapkan kepimpinan UMNO pada era KRITIKAL. Khairy yang pada saat akhir yang memberi sokongan padu Najib menjadikan perwakilan memberi sokongan kepadanya walaupun dia didapati bersalah dengan rasuah.

Perwakilan nampaknya lebih terbuka menilai kemampuan pemimpin mereka. Ahmad Zahid sememangnya orangnya amat terbuka, pernah mengkritik bosnya atas kebenaran, dan dia sememangnya layak menjadi orang ketiga, yang akan datang..

Kepada barisan kepimpinan UMNO, selamat memimpin negara dan tentunya perubahan kabinet akan datang membawa erti besar kepada kepimpinan Melayu. Saya idamkan perpaduan bangsa Melayu yang benar-benar terjalin yang mungkin boleh menjalinkan kepimpinan PKR, UMNO dan tentunya PAS dalam satu pakatan 'persetujuan' demi kelangsungan bangsa.

2 comments:

AnDeH said...

TAHNIAH buat saf kepemimpinan UMNO yang terkini. Orde baharu bangsa berKETUANAN akan lebih bermutu, insya Allah. Cuma, d harap Khairy mampu memulihkan keyakinan umat melayu yang rata-rata masih belum dapat menerima kehadiran beliau dalam arena politik tanah air.

Kelantangan suaranya yang dilihat 'lebih sudu daripada kuah' mengundang ciptaan hati yang 'terasa' oleh Tun Dr Mahathir serta beberapa Ahli Berhormat Parlimen suatu ketika dahulu.

Isu Khairy juga dikatakan salah satu penyebab pengundi melayu 'lari' mencari altenatif baru dalam PRU ke-12 dahulu.

Isu undian di REMBAU yang menjadi bahan bualan pasca PRU ke-12 turut seakan "rumah siap tapi pahat masih berbunyi". Perkara pokok antara beliau dengan MB Tok Mat (MOhd Hassan) harus dijernihkan terlebih dahulu.

Kes "amaran" lembaga disiplin UMNO baru2 ini juga memperlihatkan sedikit kecacatan pada kredibiliti beliau.

Semoga beliau mampu mengubah persepsi masyarakat (khususnya Melayu) agar UMNO lebih kuat menghadapi cabaran daripada umatnya sendiri iaitu BANGSA MELAYU.

Beliau perlu menunjukkan prestasi yang baik serta kualiti kepimpinan yang penuh integriti demi bangsanya sendiri. Sudut transperansi perlu digilap berhati-hati supaya segala informasi lebih berkualiti.

Smg cekal menghadapi bahtera cabaran mendatang agar slogan pendekar Hang Tuah "takkan Melayu hilang di dunia " dapat dijunjung seadanya.
Wallahu a'lam,

-Andeh-

p/s: minat dengan cara KJ dalam arena pengucapan awam yang mampu mempengaruhi pendengar.

Anonymous said...

menarik hati bila zahid dipuji. ucapan penggulungan penuh retorik. masih ingat apa yang beliau hulur ketika bertanding ketua pemuda. kini masih terdengar ada hulurannya......