Thursday, March 12, 2009

BASIKAL TUA.. BASIKAL LAMA

Telah lama juga saya berangan untuk mendapatkan sebuah basikal tua yang klasik. Bukan sekadar nostalgia, malah kepuasan mengayuh berbanding basikal anak-anak hari ini yang tidak setanding basikal lama. Keinginan ini dapat dikesan oleh rakan baik saya, Tn Haji Hasan Rajikin. Suatu hari ketika dia berada di Endau, terpandanglah badan basikal lama dan dia terus berurusan dengan cina kedai basikal untuk memasang sebuah basikal.
Saya bersetuju... Dan setelah siap, kamipun pergilah ke Endau dan mendapatkan basikal berkenaan pada 22 Feb lalu. Saya terasa basikal lama ini hidup dan dihidupkan kembali... (Teringat masa arwah ayah dulu, dia ada dua basikal besar seperti ini untuk mengangkut padi, jerami, durian malah membawa kami anak-anak ke majlis kenduri kendara atau sembahyang oarng mati)
Setelah mendapat basikal seperti ini, bolehlah petang-petang saya bawa Nuha dan Ibrahim keliling taman, seronok mereka dengan 'carrier' besar yang selesa diboncengi.

Lalu saya berangan pula untuk berkongsi keseronokan ini bersama kawan-kawan atau sesiapa yang berminat dengan basikal tua. Saya bercadang untuk menubuhkan Kelab Basikal Antik Segamat, ringkasnya KEBAS sebagai satu kelab sosial orang-orang tua, maaf orang-orang lama.. Banyak aktiviti yang boleh kita buat, contohnya lawatan ke Vietnam atau China kerana di sana masih banyak basikal digunakan, menyertai perarakan Merdeka peringkat daerah mahupun peringkat negeri... dan berbagai angan-angan lagi..
Sesiapa berminat, boleh hubungi saya di talian 013-7759965.. Alahai ustaz, ustaz!!!

10 comments:

Maria Hadiey said...

salam....
ustaz.... boleh ke ustaz mengayuh basikal tu? nampak cam besar je basikal tu... hehehe... ustaz kan kecil2 comel gitu...jangan mare k... semoga terlaksana jua impian ustaz terhadap angan2 yang kian melayang2 tu... hehehe...

Canopus said...

Salam,
Ustaz saya nak join...

Ariberto said...

Riang hatiku badan bertuah
Punya teman yang comel dan manja
Berjanji akan selalu bersama
Menemani ku setiap masa

Aku hidup serba sederhana
Tiada harta tiada rupa
Hanya yang ada budi bahasa
Harta sekadar basikal tua

Orang biasa basikal tua
Orang biasa basikal tua

Walau kemana ia meminta
Kubawa dengan hati yang bangga
Senang melihat ia ketawa
Duduk di palang basikal tua

Biar pun hidup aku begini
Berbasikal setiap hari
Namun hatiku riang selalu
Tiada hutang datang mengganggu

Angan-angan ku disuatu masa
Basikal kan ku tukar kereta
Tapi kekasihku tidak setuju
Mungkinkah dia rasa cemburu

Orang biasa basikal tua


>Al-Fatihah untuk Allahyarham Sudirman Hj. Arshad

AL-Fatihah

Abdul Ghani Bin Rahmat said...

Ada ciri-ciri basikal tua. Basikal tua mengunakan penutup rantai penuh, gantang besar. Basikal tua yang kelas sedikit tidak mengunakan carrier tetapi beg kulit tergantung di belakang seat dan menpunyai speed selector. Boleh free gear lagi.
Basikal klasik kampong, mereka tidak mampu mengunakan dynamo kerana jalan yang becak. Mereka mengunakan lampu minyak yang mempunyai lubang bulat di depan dan ditutup dengan cermin. Macam lampu penjaga keretapi. Tetapi ia kecil.
Kalau Ust tak sampai, kaki kiri pijak padle, kaki kanan tolak tanah. Pada kelajuan yang stabil, cepat-cepat lompat kaki kanan dan duduk pada seat. Mulakan kayuhan.
Kalau break tak makan, kaki Ust memang tak jejak ketanah. Ada dua pilihan pertama, masukkan kaki Ust di celah break rod antara frame dengan mud guard tayar depan, tekan atau cara kedua tumit kaki kiri letakkan pada sepit udang belakang dan tahan pada tayar. Tak boleh lagi, senggetkan basikal, gelongsor kaki kiri ketanah dan control handle.
Ghani: Kalau basikal setinggi ini, saya kayuh dari celah frame.

EcHa said...

bdk uitm nk join xleh ke ustaz???

Ahmad Nawawi said...

terima kasih En Ghani dan rakan-rakan.. Nostalgia naik basikal lama memang macam tu..

Barangan lama tu dah ada lagi.. Saya tanya beberapa kedai basikal lama, peti rantai memang tak ada lagi.. Kat Muar @ BP mungkin ada kut?

Echa.. nak joint the group? welcome..

Anonymous said...

Salam ustaz,
Tahniah kerana ingin mengembalikan nostalgia warisan silam. Kalau nak tubuhkan kelab basikal klasik ini merupakan satu cadangan yang menarik kerana rata-rata golongan muda sudah terlupa dengan mesin kuno yang semakin ditelan zaman. Kewujudan kelab atau persatuan basikal klasik secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan antara dua generasi yang terdahulu dan terkemudian. Bolehlah ustaz melayari blog saya jika berkesempatan di http://nostalgiabasikaltua.wordpress.com/

"Lestarikan Nostalgia Warisan Silam"

Sanim Othman

Anonymous said...

1st time belajar naik basikal,ialah dgn basikal tua.

rizal palong timur said...

Ustaz! KEBAS, da ada aktivti ke belom? nak join boleh?.

Ular Menyusur Akar said...

Tak habis lagi cerita basikal tua Ustaz ni. Dah nak masuk 2 tahun. Macam dah tak nampak basikal tua tu Ustaz?

Anak 7 orang, kat mana nak letak?

agbr47: