Monday, March 23, 2009

TEMUDUGA..

Surat yang saya dapat minggu lepas, makin menghambat masa suntuk yang ada. Panggilan temuduga DM54 pada 26 Mac ini agak menakutkan.. Takut, bimbang dengan persediaan yang tidak seberapa.. (mohon doakan kejayaan saya.., terima kasih)

Dalam kami (UPENA) bersedia untuk program Bengkel Pengucapan Awam & Protokol Majlis mengundang Dato' Mahadzir Lokman sebagai pembimbing, ada pula panggilan Mesyuarat UPENA di Shah Alam pada 26 - 27 Mac.. dan penceramah maulid Rasul di Melayu Raya pada 28 Mac, meeting Jaringan Industri yang terpaksa ditunda.. dan begitulah resam hidup..

Alasan 'saya terlalu sibuk' kadang-kala tidak boleh diterima dalam memenuhi tuntutan tugas dan tuntutan agama.. Cuma kena pandai pujuk 'orang rumah' yang selalu merajuk... Tapi saya rasa dia nak dimanjakan tu...

12 comments:

AnDeH said...

Semoga semua berjalan lancar, in sya Allah...

p/s: minat dalam bidang pengucapan awam sejak dari semester 1 melankag ke uitm 20o3 dahulu.

-Andeh-

HishamMB said...

Salam.

Ustaz, semoga berjaya dalam temuduga DM54, amiin... tak lama lagi bertambah seorang lagi Prof Madya di UiTM Segamat insya-ALLAH...

HishamMB

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum...

Semoga Allah memudahkan segala urusan ustaz...aminn..;)

Syah said...

Salam Ustaz,

Semoga berjaya.

Syah
Perth

Melihat Kesunyataan said...

Assalamualaikum Ustz.,
Tahniah, semoga berjaya dalam temuduga.

Mohd Halim Kadri said...

Salam Ustaz,

Semoga berjaya dalam temuduga tersebut.

Abu Khawarizmi said...

Salam PM. Tahniah atas panggilan interview, Semoga PM tabah menghadapi interview tersebut seterusnya berjaya dengan cemerlang, Kejayaan PM kejayaan kami juga asatizah CITU JOHOR. Ya Allah permudahkanlah segala urusan interview Ust. Ahmad Nawawi, sahabat kami. Lancarkan pertuturannya, hilangkan ketakutan dan kegelisahannya, gantikan dengan ketenangan & kekuatan untuk berkomunikasi. Semoga kejayaan memperolehi kenaikan pangkat yg dianugerahkan olehMU akan juga meningkatkan ilmu & takwanya kepadaMU. Ya Allah kepadaMU jua tempat kami mohon pertolongan & kepadaMu jua tempat kami pasti dikembalikan. Amin Ya rabbalalamin.

Anonymous said...

Semoga berjaya Ustaz! "La takhaf wa la tahzan innallaha ma'a na"

Ahmad Nawawi Yaakob said...

terima kasih atas doa dan restu rakan-rakan.. Rabbi yassir..

Maria Hadiey said...

salam.... ustaz.... wah.... kalu de rezeki, dapat DM54, boleh lah open table nasi ayam gemas... hehehe.... apa pun, saya doakan semuanya berjalan lancar.

Unknown said...

Good Luck Ustaz, kalau dah dapat naik DM54 nanti bagitaulah kat kawan-kawan ye...yelah, bende baik ni kita kene bagitau kat orang. Bukan nak tunjuk tapi sekurang-kurangnye kawan-kawan ni tumpang lah gembira....

Rina said...

sy doakan ustaz berjaya!