Tuesday, March 3, 2009

WACANA INTELEKTUAL 'WAYANG"





(Foto: Prof Dr Hatta Azad Khan, Mas Muharni dan Hassan Mutablib)


UPENA, Pewani dan Unit Perhubungan Korporat berjaya menganjurkan program berkenaan atas tema 'Penyerlahan Budaya Melayu Melalui Filem' pada 1 Mac lalu dengan ahli panel Prof Dr Hatta Azad Khan, Hassan Mutalib (Silat Lagenda) dan Mas Muharni (pelakon Wayang). Mederatornya Ustaz Nawawi... he he..

Filem Wayang adalah filem pertama terbitan UiTM yang membawa mesej berat. Tentunya filem seperti ini payah mendapat tempat kalangan penonton Malaysia. Penonton kita umumnya suka kepada filem ringan yang kosong tanpa mesej. Filem Rempit yang meloyakan, merosakkan minda penonton 90% yang hanya diakhiri dengan 10% 'kebaikan'
boleh diterima penonton, sama juga filem percintaan dan motor besar yang luar biasa itulah yang diterima penonton.

Khalayak penonton pula adalah remaja, tidak golongan intelektual atau golongan sederhana.. Payah sebenarnya hendak menarik minat kalangan kaya dan kelas pertengahan ke panggung wayang. Mereka semacam sinis dan tidak berminat dengan wayang, terlebih lagi filem Melayu. Itulah malangnya bangsa kita yang tahu menilai kebaikan itu hanya dari luar.

Dalam wacana ini, Prof Hatta lebih menekankan aspek realisme dan nilai kemanusiaan yang perlu diserlahkan kerana ia membawa makna besar kepada penonton. Ada elemen pengajaran, ada elemen kedewasaan dan kematangan yang berupaya memandaikan bangsa.

(Sambutan agak kurang, akhirnya setelah dikerah oleh TP HEP, ramai pelajar yang datang dan semuanya seronok dengan topik yang dibincangkan)

No comments: