Thursday, April 9, 2009

DUA BUKIT DAN SATU BATANG

Pen dah terangkat, keputusan sudah dapat.. Begitulah pilhan rakyat; BN menang satu dan PR menang dua. Nampak gaya semua pilihanraya di Semenanjung selepas PRU12 dimenangi PR bermula dari Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan kini di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Duhulu kita salahkan Pak Lah (Tun), kini setelah mendapat PM baru, setelah tamatnya persidangan Agung Umno, setelah Tun Mahathir juga bersama UMNO dan turun padang berkempen di Kedah tanah bumi lahirnya, juga BN mengalami nasib yang sama. Akhirnya terimalah kenyataan DS Muhyiddin bahawa 'rakyat belum cukup mendapat pendedahan dalam perubahan UMNO'... Kenyataan ini macam pelik juga kerana semua perubahan dan perkembangan kerajaan sentiasa diperincikan dalam media arus perdana, apa lagi yang tak cukupnya... Lainlah kalau misi dan visi PR tidak jelas kerana mereka tiada TV, bahkan dengan kawalan media yang terbatas..

BN perlu menerima hakikat bahawa inilah negara demokrasi. Pertamanya BN perlu berubah persepsi mereka; persepsi menjadikan PR sebagai musuh dan dilabelkan seolah-olah penjenayah dalam negara. HORMATILAH mereka (PR) sebagaimana layaknya kita menghormati rakyat dan sebuah negara demokrasi. (Saya kira demokrasi Amerika tidak menghukum pembangkang seperti apa yang kita hukum dalam negara ini).

Pihak berkuasa terutamanya polis perlu lebih terbuka menilai rakyat. Dalam perbualan yang saya dengar sewaktu di SP semasa kempen berjalan dahulu, pakcik-pakcik di warung itu mengeluh, katanya polis tahan dan siasat mereka betul-betul hanya kerana mereka pakai ketayap haji dan berserban. Member mereka yang naik kereta lain yang pakai songkok hitam, tidak pula ditahan atau disiasat... seolah-olah itulah gambaran antara 'hak dan batil'.

Kadang kala orang marahkan kita bukan kerana kita tidak betul, tetapi kerana sikap kalangan kita yang membusukkan lagi keadaan. Saya harapkan permuafakatan Melayu Islam akan lebih terbuka dan terbina.. Carilah persepakatan yang telah lama hilang..

No comments: