Genap 40 tahun hari ini usia Rashidah Ahmad Dahari, isteri tercinta dalam kerencaman hidup yang berbagai. Tahniah dan selamat hari lahir... Bila ditanya apa perasaan Yang setelah mencecah 40 usia? Katanya dia gembira dan bimbangpun ada.. kalau lelaki dikatakan 'life begun at 40 tapi bagaimana pula dengan wanita.
Adakah dia akan melangkah jauh dalam kerjayanya, pemacuan rumah tangga dengan lebih indah dan berkesan? Apa yang penting ialah bukanlah jumlah usia menjadi penentu kebahagiaan sebaliknya ialah kesabaran dan kebijaksanaan kita melayari hidup ini.
Badai gelora ada di mana-mana. hanya kita sahaja yang bijak dan tahu mengendalikan masalah, boleh menjadi penentu kebahagiaan hidup.
Untukmu sayang, selamat hari lahir dan abang sayang selamanya.
Ibarat kata orang muda; '143'
4 comments:
Ustaz,
saya tertarik dgn kod nombor 143 sbb sy pernah bertanya-tanya pada seorg rakan on-line yg suka letak kod itu di 'indentfy'nya.
Pelik juga... lama sy bertanya br diberitahu he...kelako juga, rupa2nya itu rahsia lelaki ea..
Ustaz,
Didoakan agar ustaz sekeluarga akan berbahagia dunia akhirat.
Dalam gambar dua-dua masih segak.
143..hehehe..sweeeettt.. :p
tetiba nk tambah sket lg pasal 143...cuba campur, dpt berapa? pastu tgk 4 digit terakhir number hp saya...hehehehehe.....
Post a Comment