Tuesday, April 28, 2009

JAGA EXAM

Musim peperiksaan. Tugas routin sebagai pensyarah UiTM termasuklah mengawasi peperiksaan akhir dan saya diberi tugas sebagai Ketua Pengawas. Pengawasan kini tidak sebanyak dahulu (era 1996 - 2000) yang sampai 7 - 8 kali semusim.. Kini hanya sekali dua sahaja..

Ketua Pengawas perlu pastikan letak duduk meja calon peperiksaan dengan tepat dan betul. Itu tidak susah kalau maklumat yang diberikan adalah tepat. Sedikit kekeliruan maklumat pada kali ini menyebabkan letak duduk pelajar berkecamuk, dan sikap pelajar sendiri yang main duduk ikut suka hati juga menjadikan pengawas kelam kabut dan kekurangan meja. (Mungkin beberapa perkara lain perlu diambil kira dalam menentukan tempat duduk ni, terutamanya maklumat mengenai kelas dan pensyarah yang mengajar. Sebab tidak semua kelas A1 diajar oleh pensyarah yang sama, kerana ada pula yang D2A1 dan D3A1, walaupun jumlah pelajarnya kecil). Merujuk kepada nama pensyarah yang mengajar kadang kala boleh membantu penyusunan meja pelajar.

Kepada rakan setugas dan pengawas lantikan, saya ucapkan ribuan terima kasih. Hanya nasi lemak dapat disediakan untuk sarapan pagi berbekalkan air kosong..

No comments: