Thursday, April 2, 2009

KEPIMPINAN MELAYU ERA 10AN

Bergaya dalam Dewan Persidangan Besar.. maaf beb
Tun yang ternyata menarik tumpuan dan perhatian sesiapa juga

Kepimpinan Melayu:

Perubahan kepimpinan UMNO membawa maksud besar kepada senario politik tanah air. Harapan besar rakyat kepada UMNO sebagai peneraju kepimpinan amatlah tinggi, gagasan perwakilan UMNO menyuarakan berbagai isu termasuklah agama, bahasa, media dan rasuah diketengahkan, namun jika ia sekadar luahan hati tanpa diambil tindakan yang wajar, UMNO hanya akan kaya dengan air liur sahajalah. Parti air liur!

Wakil Pemuda, Ustaz Shahrin yang mengkritik media perdana yang seakan lupa batasan sosial perlu diambil kira. Apakah negara Islam ala UMNO sekadar berbangga dengan pusat-pusat anak gadis Melayu didedahkan tanpa segan silu, semata-mata atas nama kebebasan peribadi? Usul yang sama diperbahaskan wakil Puteri yang mempersoalkan pelaksanaan syariat Islam yang masih belum terbukti setelah 50 tahun berkuasa.

Senada dengan kehendak rakyat umum, isu pengajaran bahasa Inggeris dalam Mat dan Sains turut dibahaskan dengan tuntas oleh wakil Johor, YB Ayob Rahmat. Bukan soal ia pengaruh pembangkang atau pengaruh luar, tetapi itulah rasa hati rakyat yang disuarakan dalam persidangan UMNO baru-baru ini.. Lalu apakah menteri berkenaan masih memekakkan telinga untuk bertindak memartabatkan kembali bahasa berdaulat lebih 500 tahun di alam ini?

Sekali lagi soal dasar dikemukakan oleh perwakilan, antaranya ialah bagaimana satu-satu dasar besar seperti isu bahasa, agama dan pendidikan tidak diputuskan melalui mesyuarat tertinggi, yang hanya dibuat oleh seorang sahaja (PM Mahathir) pada masa itu? Di manakah letaknya syura dan demokrasi dalam UMNO sebelum ini? Inilah beberapa kekurangan ketara yang dilontarkan oleh perwakilan sendiri.

No comments: