Monday, April 20, 2009

MESYUARAT PIBG SEK AGAMA BULOH KASAP

AJK baru Badan Kebajikan Sekolah Agama Buloh Kasap

YB Ayub Rahmat



Terima kasih YB..

Ahad 19 April Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Sek Agama Buloh Kasap (PIBG) diadakan. Selaku YDP, apa yang merisaukan ialah sambutan ibu bapa dan sambutan YB Ayub Rahmat, ADUN KEMELAH dan Pengerusi Belia Daerah Segamat.

Syukur kerana kehadiran ibu bapa ramai, yang berdaftar 116 orang dan anak-anak juga turut hadir memeriahkan majlis.

Pada saya, YB Ayub ini seorang pejuang bangsa dan agama. Dalam persidangan Agung UMNO dahulu isu yang dibangkitkan ialah isu bahasa Melayu dalam pengajaran di sekolah. Malah dalam persidangan ADUN Johor juga, banyak isu agama yang dibawa dan nada suaranya adalah jelas dan jujur.

Pada Mesyuarat berkenaan, sekali lagi ibu bapa memberi kepercayaan kepada saya menerajui Badan berkenaan. Nampak gaya beban YDP ini sukar hendak dilepaskan, walaupun berkali-kali saya mempromosi Sdr Juraimi.

Terima kasih kepada YB Ayub atas kelapangan dan sumbangan yang dihulurkan. Terima kasih guru-guru, khasnya Guru Besar, Ust Jumaat Min yang hebat dan memberi kerjasama sepenuhnya dalam pembangunan sekolah agama. Terima kasih ibu bapa yang komited dengan aktiviti sekolah.

No comments: