Wednesday, April 22, 2009

TELLA @ SUHAILA

Semalam, ketika pintu ofis diketuk muncullah seorang wanita yang kukenal, cuma teragak-agak namanya; Suhaila..

Masih kecil molek seperti dahulu ketika mengajarnya, namun penampilannya berbeda.

"Ustaz, saya dah kahwin.." sambil Tella menunjukkan cincin di jari jemarinya..

Semacam kurang percaya, saya cuba menduga.

Sepantas itu juga Tella membuka internet pada laman Friendster-nya dan menunjukkan koleksi foto majlis perkahwinannya..

Syukur. Syukur kerana seorang lagi anak didik saya selamat berumahtangga dan saya amat berbangga dengan penampilannya yang konsisten bertudung..

"Suami saya selalu ingatkan saya bertudung..."

Si Tella petah berbicara itu dan ini, termasuklah pengalaman kerjanya dengan bos Cina-nya. Bermula sebagai kerani kecil, kini dilantik sebagai Penolong Pengurus di Kompleks Johor Jaya. Sikapnya yang rajin, buat semua kerja yang bos suruh (katanya; apa yang bos suruh bukan bermaksud hendak buli, tetapi itulah peluang untuknya belajar dan mencari sesuatu yang baru) membuatkan beliau lebih disenangi daripada rakan lain.

Begitulah adanya.