Friday, April 17, 2009

UPENA DAN AKTIVITASNYA

UPENA bergerak dengan beberapa aktiviti penulisan dan penerbitan di UiTM Johor. Namun selangkah lebih jauh, UPENA melihat peluang pendidikan dan latihan yang boleh dimanfaatkan oleh warga UiTM, beberapa aktiviti dirancang dan dijayakan..

Tahun 2009 telah dijalankan:

1. Program Jom Tulis Artikel Akademik di UiTM Melaka
2. Wacana Intelektual 'Wayang'
3. Menyertai Bengkel Penulisan Novel Sejarah Johor anjuran YWJ
4. Kursus Pengucapan Awam dan Protokol Majlis (Dato' mahadzir Lokman)
5. Workshop on Journal Article Writing: Language and Conventions (18 Jun 09)
6. Jom Tulis Artikel Akademik siri 2 (22 - 25 Jun) Dalam perancangan awal, UPENA Malaysia dan UPENA Johor.
7. Bengkel Penulis Muda Johor anjuran bersama YWJ (akan menyusul)
8. Menerbitkan 2 buah Jurnal Akademik (peringkat penyuntingan)

Dalam kepelbagaian ini, saya sendiri risau sama ada kami termampu memenuhi misi dan tujuan UiTM Johor membina kecemerlangan.. Namun sokongan pihak pengurusan UiTM Johor dan rakan-rakan AJK yang tiada berbelah bagi, mantap dan cekap sebenarnya amat mengharukan saya. Saya amat kagum dengan kesungguhan AJK dan komitmen mereka, lantas terlantun persoalan 'apakah yang termampu untukku balas jasa baik kalian, pada ketulusan dan kesungguhan kalian?'

Ya Allah rahmatilah kami semua, inilah sebahagian kecil usaha yang termampu kami lakukan untuk ummah tercinta ini. Terimalah amalan kami ya Allah...

1 comment:

Anonymous said...

membaca seluruh blog, cukup bagus