Selain itu, beberapa monumen sejarah lain yang indah termasuklah Istana Al-Hambra di Sepanyol (juga kesan langsung tamadun Islam di Andalus), Masjid Nabawi, Masjid Muhamad Ali, Masjid Iran dan lain-lain. Anak-anak lebih teruja menaiki keretapi daripada memahami latar sejarah monumen berkenaan, terutamanya Ibrahim.
Kami solat Asar di Masjid Kristal yang sederhana sahaja luasnya tetapi terlalu ramai pengunjungnya pada waktu itu. Masjid terapung dengan kubah-kubah yang banyak menggambarkan keindahan seni bina Islam, amat menarik untuk dilawati... (?)
Saya terserempak dengan Rahimah, bekas pelajar UiTMJ yang kini bertugas sebagai guru di Pekan Nenas.. Adanya masih ceria seperti dahulu.
No comments:
Post a Comment