Friday, May 29, 2009

RAKAN BELIA n RAKAN REMAJA

Selepas majlis tahlil dan yasin malam tadi, kami adakan pertemuan rakan muda di Balai Raya, TY. Alhamdulillah dalam perancangan yang pantas, kita dapat mengumpulkan 50 remaja dan belia TY dalam satu majlis. Kali pertama kehadiran seramai itu.

Antara cadangan mereka untuk direalitikan di TY termasuklah xpdc ke Sg Batang/Gunung Lumut Kluang, Kelab Basikal, aktiviti shuffle, bola, silat, futsal, TV Astro dan skrin besar di surau semasa bola atau acara besar, kelab seni budaya, sukan pingpong, badminton dll..

Untuk permulaan, kita rancangkan pertandingan futsal pada 8 Jun ini di Padang TY dan akan dibiayai oleh Rukun Tetangga.

TY mempunyai banyak fasiliti yang boleh dimanfaatkan; kita ada pakar muzik (En Ghani) yang menawarkan untuk latihan kompang, biola, piano, ghazal dll alatan muzik lain, jurulatih kebangsaan; Tn Hj Hasan Rajikin, Jurulatih Badminton; Pak Rahman, dan ramai lagi yang boleh dijadikan induk bagi menggerakkan aktiviti.

2 comments:

bcn1291 said...

hebat betul Ty nie...napela kat kg saya x mcm tue... :(

Muhammad Khalid said...

Salam,
Tahniah ustaz dapat kenaikan pangkat.