Monday, June 15, 2009

DERAPAN RASA

Setelah tiga malam di rumah mak abah, Khamis 11 Jun pulang ke Segamat dengan selamat. Tiba jam 11 malam.

Jumaat hari kerja setelah hampir dua minggu bercuti. Pagi tadi bertemu Prof dan tiada ucapan untuk diluahkan bagi menyatakan penghargaan terima kasih. Amat seronok mendapat khabar Prof berumrah dalam suasana panas terik di hadapan Kaabah. Subhanallah.

(Surat Kenaikan Pangkatpun diterima drp Kak Lin, tq)

Melihat wajah Puan Roza yang baru pulang umrah juga menyentuh hati. Ya Allah kukuhkanlah ikatan kasih kami kepada-Mu ya Rabbi..

Di pejabat, sempat membalas email rakan-rakan, sebelum khutbah Jumaah menunggu giliran saya. Khutbah kali ini menarik yang menyentuh soal rumah tangga; laut mana yang tidak bergelora... dan punca gelora lautan kasih kerana kurangnya ikatan dengan Tuhan, masalah ekonomi, pengurusan rumah tangga, hilang tanggungjawab, bebanan hutang dan lain-lain. Banyak yang saya kupas sendiri sebagai tambahan isi khutbah.

Masuk ke pejabat lewat petang dan mendapat khabar berita Dr Ahmad juga mendapat kenaikan pangkat yang sama. Syukur, Alhamdulillah.

1 comment:

Anonymous said...

salam ustaz
tahniah sekali lagi dari saya
syed mazlan syed mat dom jb