Monday, June 15, 2009

KESYUKURAN

Awal pagi Sabtu saya ke pasar membelikan itu ini untuk dimasak pada majlis tahlil kesyukuran malam nanti. Tidak ramai yang dijemput, sekadar jemaah surau dan jiran tetangga.

Namun pagi itu saya terpaksa memenuhi undangan menjadi DJ bagi majlis kenduri di Ekin Restoran yang telah lama mengajak. Pada kami, ini hanyalah satu lagi medan dakwah, mengajak dan memberikan sedikit info kepada tetamu yang hadir. En Ghani menyediakan peralatan PA system secukupnya. Majlis berakhir jam 4.00 petang.

Pulang ke rumah membantu Shida dan anak-anak membuat persiapan apa yang patut. Kak Salmi dan abang Awam dari Selancar datang seketika membawakan kek lapis hijau dan jeli. Terima kasih.

Malamnya, Alhamdulillah ramai yang datang; dalam 120 barangkali. Namun makanan tentunya banyak yang lebih kerana sudah terlalu banyak makanan yang hendak dimakan di Malaysia ni.. Kenduri siang tadipun bukan satu, malah sampai 3 - 4..

Syukur kerana sahabat handai datang merai. Kesyukuran pada Afif yang belajar di MRSM TGB, Jasin, Zaim yang akan mengambil peperiksaan UPSR, dan kebahagiaan kami sekeluarga..

'Maka dengan nikmat Tuhan mana lagi yang kamu mahu dustakan!"

2 comments:

mamak said...

Tahniah dari kami di SP. Syukur kepada Allah diatas anugerahNya.

Engku Artini said...

Salam Ustz.. Tahniah atas kenaikan pangkat selaku Prof Madya mengikut pahaman saya atau mungkin lebih dari itu. Saya sekadar mengikuti blog ini ketika menjenguk blog blogger lain. Amat menarik cerita, pandangan, keihklasan dan keakraban ustaz dengan masyarakat. Saya pohon supaya ustaz berkongsi petua menambahkan kenalan, cara menjadi pendidik terbaik kerana saya masih belajar perkara2 tersebut supaya dapat menjadi terbaik seperti Ustaz..
Terima kasih